Monday, 28 May 2012

my heroes!

Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah masih lagi diberi peluang tuk aku  menconteng wall ni.

Kali ni,aku nak bercerita tentang hero and heroin kesayanganku..sapekah??hehe

mereka adalah adik pompuan and lelakiku!yes,they are my heroes!!Alhamdulillah,bersyukur sangat aku dikurniakan adik2 yang sangatlah concern,baik and patuh..and encem,lawa lg.:)
graduation day
 
About my hero..his name Ahmad Rohaizad bin Abd Rahman...(ramai cakap muka kami seiras)
ape yang aku suka pasal dia?

banyak....
Dia ni seorang yang matang and berpandangan jauh.that's why dia dilantik sbg presiden badan pengawas kat maktab.Dulu kami pernah 1 sekolah(mrsm) and along that time,kami selalu 'dating' sama2!hehe
and yang penting,heroku ni seorang anak yang sangat patuh!especially mum's commands.sebab tu aku sayang dia.and i believe 1 hari nnt dia akan menjadi seorang anak yang mampu mengalirkan air mata gembira kami,seorang suami dan juga ayah yang mampu membimbing isteri dan anak2 dalam mencari reda Allah.I TRUST YOU BROTHER!

CUBA TEKA NI SIAPA?

Inilah heroin yang tersayang..nazieka huda binti ahmad zikri(pun ramai yang cakap kami seiras even lain ayah).walopun baru 6 tahun,p dia sangatlah bijak..perangai dia samalah macam aku,suka kucing and agak nakal!

senanya x nak cakap pasal sikap or sifat adik2ku yang dirindui selalu..cume di sini aku just nak bagi pesanan for my heroes..

to ejad,to ika..ur sis really love u here..seriously,rindu nak jumpa kamu.
di sana,..xde lagi dh kan kakak yang annoying ni.but i still want to watch over u all..sbb tu dah jadi tanggungjawab sorang kakak.
ejad,spm x lama dah kan?i hope u can do the best!make us proud k??
nak berjaya and jadi orang yang berjaya memang x senang,tapi kak ira percaya u can make it!be sure,pilot to be!
ika,dah besar rupanya..tahun depan dah nak masuk std 1..belajar leklok dik.sebelum kak ira fly,ika ada cakap kan nak jadi doktor macam kak ira.. and i hope our dreams come true..ONE DAY,insyaAllah
adik2,jadi anak soleh ye?jaga diri leklok..u're always in my pray.

sampai sini j warkah dari kakak yang annoying but 'caring'.xleh nak panjang,final exam just around the corner.last,doakan for the best..for ur sis here.jom kita sama2 banggakan ma,arwah abah,arwah adik wan,arwah adik boy,papa!

salam dari hati.. :)

:))))))



Thursday, 24 May 2012

Mimpi Rasulullah SAW

bismilahirahmanirrahim..apa khabar iman??
insyaAllah kali ni nak share buat sahabat ilmu dengan sebuah kisah

9 mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata,Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi2 yang menakjubkan sebelum aku disraqkan..

1.Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat sakaratul maut dengan keadaan yang menggerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhan kepada ibu bapanya.


2.Aku melihat seorang dari umatku disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,diselamatkan berkat wudhuknya yang sempurna.


3.Aku melihat seorang dari umatku dikerumuni syaitan2 dan iblis2 laknatullah,maka dia diselamatkan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.


4.Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat dpd api neraka jahannam,yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi dia dilepaskan oleh solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk.


5.Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kerana Allah SWT memberi minum sehingga dia merasa puas.


6.Aku melihat kumpulan nabi yang sedang duduk berkumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir,maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku lalu duduk di sebelahku.

7.Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita di sekelilinya,sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung,maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8.Aku melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin,tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah sifat silaturahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar berbicara dengannya,lalu berbicaralah mereka dengannya.

9.Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut."



Subhanallah,sayangnya Allah kat kita ,just buat ni je..

  • taat kepada ma abah
  • jaga wudhuk
  • solat
  • puasa
  • mandi junub
  • haji dan umrah
  • jaga hubungan sesama manusia
  • sedekah
insyaAllah kita akan terselamat dari siksaan di alam barzakh dan akhirat nanti..asalkan setiap pekerjaan kita ikhlas lillahitaala :)

Ketahuilah setiap amalan kita di dunia ni pasti akan dihitung oleh Allah di akhirat nanti.And sama2 kita jadikan dunia ni sebagai medium untuk kita beramal sebanyak mungkin supaya di akhirat nanti kita tidak termasuk golongan yang menyesal,insyaAllah.Setiap amal kebajikan kita di dunia memberi sinar harapan untuk kehidupan di akhirat
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."(Al Kahf:46)

Barakallahufikum :)

p/s:maaf dipinta andai terdapat sebarang salah dan silap 


Sunday, 20 May 2012

bertamu di Rumah Allah:Masjid Tetrakov,Moscow

Bismillahirahmanirahim..sebelum dipanjangkan lagi coretan ni,jom sama kita ucapkan
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
:) :) :) :)

Kali ni just nak berkongsi pengalaman kunjunganku ke rumah Sang Pencipta .Entah,selepas solat subuh,tiba2 hati ini menjadi rindu untuk mendengar laungan azan,untuk solat berjemaah di masjid.Lalu bermulalah perjalananku ke Masjid Tetrakov,yang terletak di ulitsa novokunetskaya,about 1 hr dari hostel.

Along the way..aku betol2 x ingat jalan untuk ke sana sebab kali terakhir aku k masjid time mula2 sampai moscow.huhu.,time tu aku hanya berserah kepada Allah.jika Dia berkehendaki,pasti Dia akan menemukan aku dengan masjid kerinduan.lama jugakla aku tersesat time nak ke sana..almost 2 hr

Alhamdulillah,time aku tengah mencari-arah,Allah pertemukan aku dengan seorang muslimah and dia berkenan untuk membawaku ke masjid.rupan2nya aku dah jauh tersesat dari masjid tu!

 Sebaik melangkah ke masjid...hati ni terasa tenang bila aku melihat ramai sebenarnya saudaraku di sini!Subhanallah!walaupun aku hanya seorang foreigner ,tapi dorang layan aku macam family dorang sendiri.terharu
Masjid Tetrakov


muslims here



Alhamdulillah,kali ni Allah izinkan aku untuk berkunjung ke rumah-Nya walaupun banyak cabaran dan dugaan ditimpakan along the way.And time tu aku hampir j nak give up..tapi Allah dah berpesan:

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(petikan dari surah yusuf:87)


Ajaibnya,sebaik sampai ke masjid,segala keletihan terus hilang.Sementara menunggu azan zohor dilaungkan,aku sempat bertasmi' surah az-zumar dengan 2 orang jemaah wanita russian.selepas bertasmi',kami saling bercerita tentang islam in russia and islam in msia.Sedang bercerita...suddenly..

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR...!


Alunan azan bergema,.Subhanallah,setelah sekian lama aku x diperdengarkan dengan seruan Allah yang sangat mendamaikan,susah nak cakap perasaan aku time tu.then,kami solat zohor sama2..Alhamdulillah.selepas solat,setiap bait doa yang dibaca imam sangat sayu!ya Allah,indahnya tarbiyahMu!

masjid adalah sebaik2 tempat untuk mencari ketenangan :)


Alhamdulillah3!berjaya juga aku akhirnya berkunjung ke rumah Allah.


betollah cakap orang,bila niat and kerja kita fi sabilillah ,insyaAllah dipermudahkan segala urusan.Bila diuji dengan kesesatan,keletihan,lapar,dahaga..ketahuilah time tu Allah nak tengok sejauh mana tahap keimanan kita.so sahabat,untungla kita jika kita bersabar ketika diuji.

wasalamualaikum wbt

Thursday, 17 May 2012

Kehebatan Surah fi Kalamullah!

Assalamualaikum,lama sungguh  x mengupdate wall blog .Alhamdulillah,kali ni  diberi lagi kesempatan untuk menconteng blog and kali ni  just nak share about ..

10 Surah yang dapat menghalang ujian besar daripada Allah SWT

jom kita sama2 renungkan dan beramal ^^


  • surah al-fatihah 
->dapat memadam kemurkaan Allah SWT
  • surah Yasin
->menghilangkan rasa dahaga pada hari kiamat
  • surah Ad-Dukhan
->membantu kita menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat
  • surah Al-Waqiah
->melindungi kita daripada ditimpa kesusahan/fakir
  • surah Al-Mulk
->meringankan azab kubur
  • surah Al-Kauthar
->merelaikan segala perbalahan
  • surah Al-Kafirun
->menghalang kita dpd menjadi kafir ketika menghadapi sakaratul maut 
  • surah Al-Ikhlas
->melindungi kita daripada menjadi orang munafik
  • surah Al-Falaq
->menghapuskan hasad dengki
  • surah An-Nas
->melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Subhanallah..tengok,Allah sayangkan kita!Dia sebolehnya x nak tengok hamba2Nya dihumban ke lembah durjana

so,jangan kita just baca ..tapi kenalah amalkan dalam life kita.insyaAllah!amalkan secara berterusan,sepenuh hati and ikhlas kerana Allah semata2 .. 

Allah bberfirman: 
"Dan sebutlah nama Tuhanmu,dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati."(73:8) 

insyaAllah kehidupan kita di dunia n akhirat nanti dipermudahkan.ingat,sesungguhnya janji Allah itu benar!
"Maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."(40:55)

selamat bermuhasabah,wasalamualaikum..

Monday, 7 May 2012

Amaran_Buat_Wanita..dari an-Nar!

Sebagai seorang wanita/perempuan .,tetiba rasa bertanggungjawab lak nak share something buat girlfriendsku..tuk kaum adam pun boleh,maybe kita boleh share peringatan ni kat adik/saudara perempuan atau isteri2..



Di sini  aku nak berkongsi azab2 yang bakal ditimpakan buat kaum hawa yang berdosa  di neraka..nauzubillah!and perkongsian/peringatan ni terlebih dahulu untuk diri sendiri..

     wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih

  • golongan wanita ini adalah yang tidak menutup rambutnya ketika keluar rumah

wanita yang digantung kedua-dua kaki dan tangannya  ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking
  • ketahuilah bahawa wanita itu telah keluar rumah tanpa izin dari suaminya dan x mandi wajib dari haid dan nifas(bila dah x mandi wajib of coursela golongan ni x solat!)
wanita yang memakan badannya sendiri serta terdapat api yang menyala-nyala di bawahnya
  • suka bersolek untuk kelihatan cantik di hadapan lelaki dan suka membicarakan keaiban orang
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
  • menonjolkan diri di hadapan orang supaya orang tu dapat melihat perhiasannya and fall in love with it!
wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai
  • suka melaga-lagakan orang dan berdusta
wanita yang berbentuk seperti anjing
  • golongan ni suka fitnah orang dan suka marah pada suami
Ngeri kan siksaan Allah?sehingga Rasulullah SAW sendiri menangis bila melihat azab yang ditimpakan kepada kaum wanita ketika peristiwa isra' mikraj.wahai sahabatku,wahai mujahidah solehah!sungguh aku x sanggup nak hadapi azab Allah yang amat pedih..dan jika kita lihat dunia hari ini,ramai di kalangan kaum kita yang mempunyai ciri2 ahli neraka yang bakal diazab!nauzubillahiminzalik..masih belum terlambat buat diri ini dan sahabat untuk perbetulkan segala kekhilafan diri yang mungkin sebelum ni dipandang ringan.



jom sama-sama amalkan doa ni.semoga Allah memperkenankan
selamat bermuhasabah..


Ya Allah!matikan kami dalam husnul khatimah..amin






Thursday, 3 May 2012

-Family Day by Azam Russia-

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (49:10)

Alhamdulillah,pada 1Mei lepas pihak azam rusia dah berjaya anjurkan program yang julung kali diadadakan pada tahun ni..


the event started at 10.30 am  untill 4 pm..which were participated by all muslim students in moscow and also my senior Kak Jem yang datang melawat dari Nizhny.

mula2,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan ..and setiap kumpulan mesti ade 'cheer',nama and panji.Kumpulan aku lak diberi nama Lavender(saje je nk gtau)




Along the event,the most attracting activity was amazing explorace!macam2 yang kami kena buat,like minum jus tomato,berjalan atas titi,lipat kain,makan wasabi,teka nama negara islam,hafal ayat 10 dari surah al-hujuraat,and lukis bendera Syria

lipat jangan x lipat :D

zon larangan merokok


kami dipaksa untuk habiskan 1 kotak jus ni..'sedap!..


saya masih lagi kanak2 :D



peniup semangat!















After having a lot of extreme journey along the explorace,kami sama2 menunaikan solat zohor berjemaah..

"Tunaikanlah solat untuk mengingat-Ku."(surah taha:14)

Selepas solat,aktiviti diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menang and the last activity was..makan!tapi kali ni agak berbeza sikit,sebab makan kami ala2 potluck style, like berkongsi dan bertukar makanan antara satu sama lain(karipap lompat pun ada..)


exclusively hand made :)



potluck kami
Alhamdulillah..semoga Allah memberkati Family Day kali ni ..dan meredhai ukhuwah antara kami.
amin

Tuesday, 1 May 2012

KARIPAP_LOMPAT

mulakan dulu dengan lafaz..Bismilahirahmanirahim..

Karipap lompat?caner tu?!



Alkisahnya begini..

Pada 1 Mei 2012,pihak azam Russia adakan 1 event yg memang menarik..that was FAMILY DAY.So sempena event ni,setiap bilik dikehendaki membawa makanan masing2 untuk potluck.pada mulanya,kami planned nak buat kuih keramat,but dunno why,last2 terlintas nak buat karipap.and idea tu datang malam sebelum family day event.

Then,bermulalah misi kami membuat karipap..
About 10.40 malam waktu moscow(kalau waktu m'sia dalam pukul 2.40 pagi) kami start sampai kul 2.15 pagi dalam 2 bekas karipap yang belum digoreng lagi selamat dilahirkan.Along the process of making karipap,so many tragedy happened!first,time nak membentuk kulit karipap,aku dah tersalah taruk majerin lebih!commonly,250 g for 1 kg..tp kali ni aku taruk 500 g and maybe lebih 2 g for the same quantity!hasilnya,..Alhamdulillah,walaupun tekstur x menjadi sangat..

Alhamdulillah..nampakla bentuk karipap walaupun ..:)

inti>>ikan+potato+kari


Tragedi kedua..time nak bentuk karipap..tetiba sarang/ibu karipap tu patah!ya Allah..aku x taula nak buat ape,sebab benda tu senanye kepunyaan kawan aku!harap2la dia x marah bila dpt tahu barang kesayangan dia telah terkorban. :'(

maafkan saya... :'(
tragedi ketiga..karipap yang dh siap dibentuk tu tetiba terbuka dia punya gigi bila dilemaskan dalam minyak panas..maybe disebabkan terlebih majerin,so doh tu jadi agak liat...bila dah liat,susahla karipap tu nk dibentuk dengan kemas.tapi x banyak sangat yang terbuka,Alhamdulillah..

And lastly,alhamdulillah Allah izinkan juga kami untuk jadikan karipap sebagai juadah untuk potluck...masuk kali ni,dah 3 kali karipap berjaya dilahirkan di bumi moscow :)

Begitulah kisah disebalik karipap lompat ni..banyak pengajaran yang dapat aku amek dari kisah ni,terutamanya kesabaran,istiqamah dalam pekerjaan.even banyak dugaan yang ditimpakan ,kita jangan berhenti di tengah jalan,teruskan walaupun pahit,walaupun jam dah menunjukkan pukul 2.15 pagi.Because there will be 'hikmah' in the end of patience.