Saturday, 30 March 2013

kembali

Assalamualaikum,asif mr blog,dah lama ana x menconteng kat wall ni.bukan x rindu,bukan x nak menulis,cuma kadang2 diri ini perlukan sedikit waktu untuk muhasabah.yelah,melalui blog ni,ana menaip lagaknya seperti seorang daie,.tapi bila di dunia luar,ana jadi sebaliknya.jadi ana buat keputusan untuk 'berehat sekejap' menjadi typer .ana x nak bila di hadapan sahabat,di hadapan keluarga ,ana dipanggil hipokrit,apa lagi di hadapan Allah.mesti akan rasa frust,kecewa bila Tuan kita sendiri x ingin memandang hamba yang diciptakanNya.nauzubillah

Allah sendiri telah berfirman
"...mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(itu) sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan."(As-saff:2-3)

selama hampir sebulan ana sembunyikan diri dari laman blog.bila dilihat dalam blog ana,banyak post2 islamik,ayat2 cinta dari Allah.ya!memang jari2 ini yang menaip semua itu,namun adakah hati ini turut berbicara sedemikian?jika direnungkan,apa yang dapat disimpulkan.

ANA BELUM LAGI MENGGUNAKAN SEPENUH HATI ANA UNTUK MENCINTAI DAN MENJADI HAMBA ALLAH.

Astaghfirullah al azim.. T.T

ana menipu diri sendiri,dan ana juga menipu Allah!
-dalam blog,ana pernah menyeru sahabat untuk sentiasa ingat Allah di waktu senang dan susah,tapi hakikatnya ana sendiri yang lupa Allah waktu senang,dan bila susah ana kembali ingat Allah.malunya ana dengan Allah.

-dalam blog,ana menyeru sahabat untuk bersabar dengan ujian Allah,tapi hakikatnya ana sendiri yang mengeluh disaat Allah timpakan ujian.

-dalam blog,ana menyeru untuk contohi sifat2 Rasulullah SAW,,tapi hakikatnya ana sendiri malas untuk berselawat.ana lebih suka layan muzik dpd selawat.

-dalam blog,ana menyeru supaya bangun malam,qiam.tapi hakikatnya ana sendiri susah nak berbuat demikian.mungkin dosa2 ana yang terlalu byk hingga membuatkan hati ana berat untuk bangun mengingat Allah.

nauzubillah,semoga x tergolong dalam golongan 'mereka' berdasarkan firman Allah:
"mereka menipu Allah dan orang2 beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tampa mereka sedari."(al-Baqarah:9)

malu dengan Allah.selama ni Allah lah yang banyak berikan ana nikmat kehidupan..tapi ana membalasnya dengan penipuan.astaghfirullah..



selama bertahun-tahun,ana masih lagi x mampu nak kikis semua sifat2 jahiliyyah yang bersarang dalam hati.inshaAllah,i'm trying to be khalifah dan abid seperti yang disuruh Allah:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."(Az-Zariyat:56)

cakap memanglah senang,tapi nak buat tu susah !

ya,x dinafikan dalam usaha kita untuk berhijrah memang banyak halangan dan tarikan.tapi apa yang pasti,tarikan yang kuat itulah banyak mengajar erti untuk menjadi daie yang sebenar.daie yang betul2 bersedia hadapi segala dugaan,ujian,cabaran semata2 mengharap keredhaan Allah.Daie yang kental,dan tidak putus asa dalam menegakkan agama Allah.menjadi daie yang bukan sahaja bertumpu kepada agama,namun kepada ilmu.kerana ilmu juga sebahagian dpd agama.

di kesempatan ni juga,ana ingin memohon maaf atas segala salah silap dan salah kepada sahabat sama ada yang mengenali ana atau x.ana doakan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus menjadi daie yang bukan hanya sekadar pada nama..tapi menjadi daie yang bersandarkan amanah dan tanggungjawab.ameen..

inshaAllah,jumpa lagi untuk penulisan yang seterusnya.inshaAllah,jazakumullahukhair :)
Assalamualaikum,

#kalau sebelum ni menggunakan panggilan diri 'aku'/'saya',namun kali ni lebih selesa dengan panggilan 'ana'. :)