Sunday, 30 December 2012

Islam and Ego

"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang."[76:25]

Asssalam alaikum,kaifa halukum?? atamanna nahnu fi barakallah wa rahmatillah..insha Allah!Allah,rindunye nak menutur bahasa para anbiya'.asyik russian je .

ya sadiqi/sadiqati..antum semua kenal x norman ali khan?insha Allah,kali ni nak sampaikan dan aplikasikan  apa yang dah disampaikan oleh beliau.
bila berada jauh dari jagaan parents,jauh di perantauan..kita semakin dekat dan semakin kenal dengan erti tarbiyyah.
and that time,hati kita pun mula tergerak tuk mengajak kawan2 yg belum kenal lagi erti tarbiyah tu..bila diri dah sebati dengan tarbiyyah,mulalah kita rasakan yang diri lagi baik dpd sahabat2 yang x dapat tarbiyah.mulalah KESOMBONGAN  menjadi raja dalam diri

masih ingat lagi x kisah iblis dalam surah al-A'raf?yang sangat sombong sampai x mahu sujud kpd Nabi Adam a.s.iblis merasakan yang dirinya lagi bagus dpd Nabi Adam,kerana iblis diciptakan dpd api manakala Adam hanya diciptakan dpd tanah.so dpd kisah ni,kite boleh je nak aplikasikan ke dalam diri kita.how??tepuk dada,tanya iman :)
 kenapa kita perlu rasakan diri kita lagi baik,sedangkan kita hanyalah makhluk Allah yang x punya pape pun..


x dinafikan,kadang2 timbul juga perasaan ego dalam diri.perasaan tu sangatlah halus,kadang2 kita sendiri pun x sedar akan kehadiran perasaan tu. look through ourselves externally,completely perfect, 100 % !alim,jaga solat,jaga ibadah,jaga aurat,jaga semuanya..tapi internally no one knows.only we knows,how's actually we are.kadang2 kita x sedar pun yang hati kita senanya keras,Allah..

"belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)  dan janganlah mereka (berlaku)  seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik."[57:16]

kita merasa yang diri dh cukup,sampaikan nasihat orang lain even sahabat terdekat  un ditolak ketepi.kononya x setaraf,terpesong,kuno.hish!

and 1 more thing,bila dah terbiasa tunaikan solat,puasa,baca al-Quran dll,lama2 sume tu hanya dijadikan sebagai rutin harian semata-mata,sekadar nak penuhi syarat,bukan untuk dijadikan penghubung antara diri dengan Allah.that's what we called EGO .dan mostly kita langsung x sedar yang perasaan ni dah lama beraja dalam hati kita !Allah..ni bahaya sahabat,sebab boleh jadi segala amalan yang dilakukan akan menjadi sia2.nauzubillah!

"maka celakalah orang yang solat.(iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya,yang berbuat riak, dan enggan (memberikan) bantuan."[107:4-7]



cuba bayangkan bila di akhirat nanti,kita melihat kitab amalan baik kita tu KOSONG !there's nothing.mana amalan solat kita waktu kat dunia?mana catatan puasa ?mana catatan sedekah?mana amalan baik kita sesama manusia?mana,mana?!Astaghfirullah.. T . T



here are 'remedies' to the ego..amalkan same2 ye :)

  • rememberance of Allah.
when someone praise u,your ego will boost u.so when u remember Allah,put Allah in your soul,u'll feel some unspeakable peace without egois
  • learn to save,to help people for the sake of Allah..not for getting praised
  • change ur intention,attitude
contohnya,time musim exam/test ,we will struggle for passing that exam,not for the sake of Allah.in case we get lower mark/fail ,we'll be easily get frust.that's the sign of people who study only to pass their exam instead for Allah, including me.
  • find soleh/ah company
  • try to keep your mouth shut from nonsense things
kadang2 bila banyak sangat kita bercakap,especially bout ourselves,our family member..akan terselit jugak perasaan bangga,riak tu kan?it's lumrah..
manusia,x lari dari melakukan dosa..kadang2 dalam kita nak berbuat baik,niat kita terpesong.fikir-fikirkan,renung-renungkan.

teringat kat pesanan seorang sahabat @ housemate ,
"x semestinya orang yang alim tu akan masuk syurga and x semestinya orang yang salu buat kemungkaran akan masuk neraka"
sementara masih diberi nikmat hidup,perbetulkan apa yang x betul dan perbaiki apa yang dah baik.insha Allah .mungkin Allah masih hidupkan kita untuk kita muhasabah balik diri.kan?

 "maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."[40:55]

###terutamanya ditujukan buat diri sendiri

asif jiddan jika  penulisan kali ni menimbulkan perasaan kurang enak.sekadar peringatan bersama.moga bermanfaat,insha Allah

wasalamualaikum,jazakumullahukhair





Sunday, 23 December 2012

siapakah dia Zinnirah al-Mumtahanah?

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.


Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....



"Dan sungguh,Kami yang menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."[Qaf:16]


Sunday, 16 December 2012

syair yang membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal menangis

Assalamualaikum,

korang mesti nak tahu kan syair apa yang hebat sangat sampai Imam Ahmad bin Hanbal pun boleh nangis.insyaAllah,jom hayati sama2 :)

Jika Tuhanku bertanya padaku,
"tidak malukah kau bermaksiat padaKu? 
kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
dan kau datang pada-Ku dengan penuh dosa. "
 bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas  aku dikafankan
seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selama-lamanya
seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang kepadaku sakaratulmaut yang ngeri,
 Nah!siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah,apakah ada dpd mereka yang akan menebusku?
 akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
celakanya aku!apakah aku tidak mendengar ayat2 Allah yang menyeruku? 
adakah aku x mendengar apa yang telah diberitakan dalah surah Qaaf dan Yaasin?
adakah aku x dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(kiamat)?
adakah aku x dengar panggilan ajal ,maut yang menyeru dan menjemputku?
maka Ya Rabb,seorang hamba datang bertaubat,
maka siapa lagi yang dapat melindunginya?
melainkan Tuhan Yang Maha Luas pengetahuan-Nya,
dan yang membimbingku pada kebenaran
 aku telah datang kepada-Mu maka kasihanilah aku dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah Yang Terbaik dalam penghisaban


###moga syair di atas menjadi momentum ke arah perubahan diri ke arah yang lebih baik.inshaAllah..
jazakumullah kathiran,wasalam wbt
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Friday, 14 December 2012

love.life



Assalamualaikum wbt. :D .Alhamdulillah dah masuk bulan safar !and sampai sekarang kan kita masih dikurniakan nikmat yang x putus2?tapi kenapa diri ni selalu je mengeluh dan sentiasa merasa x cukup dengan nikmat yang Allah beri padahal tanpa semua nikmat tu,memang diri x kan mampu untuk hidup!huu..astaghfirullah.,sama2 basahkan bibir dengan puji-pujian terhadap Maha Pemberi Nikmat

kali ni nak kongsi salah 1 nikmat dari Allah yang menurut pndangan sesetengah dpd kita semua bahawa itu bukanlah nikmat,tapi sebenarnya itu adalah nikmat besar selepas nikmat islam dan iman.,iaitu CINTA

setiap orang mempunyai perspektif tersendiri tentang cinta,yup.ni betul.so bagi aku,..
X AKAN TERASA INDAHNYA CINTA TANPA CINTA KEPADA YANG MAHA ESA 


Cinta adalah karya indah dari Sang Pencipta
Dimulakan di syurga,
Dirasukkan ke dalam jiwa adam dan hawa
Dengan kadar yang berbeza

Cinta tu senanya x buta.
cinta itu adalah murni,luhur dan diperlukan
yang buta adalah bila cinta itu menguasai diri kita tanpa pertimbangan
CINTA,MENCINTAI dan DICINTAI adalah lumrah kehidupan manusia
dan hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada kita
pilihan tu juga bergantung kepada kita.
jika berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati.I'Allah
tapi jika berlandaskan hawa nafsu,akan terhumban dalam kehinaan.Nauzubillah!

dahulukan cinta terhadap Allah,kerana di situ terletaknya rahmatullah dan mardhatillah.
i'Allah cinta manusia pula akan menyusul :)

*buat diri sendiri juga

wasalam wbt









Monday, 10 December 2012

pisang dan hati




Assalamualaikum,salam diutus harap dijawab .hehe..Alhamdulillah,moscow bersalji and sekarang dh un masuk penghujung tahun 2012.dalam beberapa minggu lagi,2013 pula bakal membuka tirai.

eh, kenapa ada pisang dalam ni ye?

haa..inshaAllah kali ni nak kongsikan sedikit fakta menarik tentang pisang.banyak fakta di sebalik sebatang pisang ,tapi inshaAllah,juz nak amek yang ringkas2 je.jom tengok

fakta pertama:
kulit pisang ni dapat mencantikkan muka tau!*info dari sahabat terdekat

fakta kedua:
buah pisang ni dapat menguatkan daya tumpuan

fakta ketiga:
adalah sumber fibre yg terbaik untuk digestion

fakta keempat:
kalau nak tahu ,buah pisang ada 3 bahagian,and bahagian tu diikat oleh 'urat pengikat    yang sangatlah halus!kalau ditarik je urat tu,akan terlerailah ketiga-tiga bahagian tu.Subhanallah!x caye?beli pisang then tryla tengok sendiri..hebatkan kuasa Allah?

so kali ni meh kita analogikan fakta keempat tu dengan diri kita.(wah..pisang un ada analogi gk ea?)
sahabat,cuba bayangkan yang setiap bahagian pisang tu merupakan IMAN,ISLAM,dan IHSAN dan ketiga2 bahagian tu diikat oleh HATI.
sangat halus pengikatnya..mmg sesuai dengan hati kita yang mudah berbolak balik.

nampak x kat situ,faham ke?kalau x faham,buat2 fahamla ye? ^^

juz nak cakap kat sini,betapa pentingnya penjagaan hati terhadap iman,islam dan ihsan.jika hati kita sentiasa terjaga,inshaAllah.ketiga2 bahagian tu jugak akan terjaga.macam mana nak jaga hati,banyak caranya..
  • baca AQ dan maknanya
  • solat malam/qiamullail
  • berkumpul dengan oang yang soleh
  • sentiasa berzikir
  • bepuasa
  • dll

akhir kata,hati hati dengan hati !
jazakumullahu khair
wasalam wbt


Wednesday, 5 December 2012

Untungya Ahli Zikir!

ucapan yang paling disukai Allah 


Assalamualaikum

::terjumpa 1 potongan hadis ni dan tetiba tergerak hati untuk share.insyaAllah sama2 renungkan isi kandungan hadis ni


Rasulullah SAW pernah bersabda

Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malam mencari ahli zikir.Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepada Allah,mereka memanggil antara satu sama lain,"Datanglah kepada hajat kamu."
Rasulullah SAW bersabda lagi,"maka para malaikat itu mengelilingi ahli2 zikir itu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia.Lalu Tuhan mereka menyoal para malaikat itu,sedang Dia lebih mengetahui dari mereka."Apakah yang hamba-hambaKu itu katakan?"para malaikat menjawab,"mereka memuliaMu,dan mereka bertakbir kepadaMu dan mereka memujiMu dan mereka mengagungkan Engkau"lalu Allah bertanya ,"apakah mereka melihat Aku?"maka para malaikat menjawab,"tidak,demi Allah tidaklah mereka melihatMu".lalu Allah menyoal,"Dan bagaimanakah  agaknya kalau mereka melihat Aku?"para malaikat menjawab,kalau mereka melihatMu,adalah mereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu dan lebih hebat mengagungkanMu dan lebih banyak memuliakan Engkau."

#alangkah indahnya jika bibir kita sentiasa berzikir mengagungkan Allah setiap masa diiringi dengan keihklasan hati dan tawaduk.pasti hari2 kita di bawah lembayung sayap para malaikat.Subhanallah!

Diriwayatkan seorang sahabat r.a berkata:"Ya Rasulullah,hukum-hukum syariah (undang2 islam) ini telah banyak bagiku,tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku.Baginda SAW bersabda,"hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah."


*untuk diri sendiri utamanya


Saturday, 1 December 2012

dua'




Ya Allah,bagiMu segala puji.
Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya

BagiMulah segala puji,Ya Rabbana..
Engkau Raja Penguasa langit dan bumi

BagiMulah segala puji,Ya Muhaimin
Pemancar cahaya langit dan bumi

BagiMulah segala puji,
Engkaulah yang hak,dan janjiMu adalah benar
dan perjumpaanMu itu adalah hak dan firmanMu adalah benar

Ya Latif..
SyurgaMu adalah hak,neraka itu adalah hak,
nabi2 itu adalah benar,

Ya Allah,
kepadaMu tempat kami bertawakal,
kepadaMu jua tempat kami kembali
KepadaMu kami rindu
dan kepadaMu tempat kami berhukum

Ya Kareem..
kami memohon taufik daripadaMu seperti mana orang2 yang telah mendapat petunjukMu
jadikanlah amalan kami seperti amalan golongan yang yakin denganMu
jadikan kami dari golongan orang yang menerima nasihat dpd orang2 yang bertaubat

jadikanlah kami golongan yang berilmu
sehingga kami termasuk dalam hamba2Mu yang takut kepadaMu
sehingga kami takut untuk berbuat maksiat
 ameen..

Monday, 26 November 2012

Tautan Rindu




Assalamualaika ya Rasulullah
tiada hari yang paling indah,semerbak harum kasturi mewangi
hari isnin 12 Rabiulawal tahun gajah
seluruh alam bersinar cahaya lahirnya bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah

Assalamualaika ya Rasulullah
Air mata tiada tertahan apabila mengingatkan akan dirimu
indah wajahmu sang rembulan menjadi kelam
indah akhlakmu sang matahari redup cahayanya
indah langkahmu sang langit merintih untuk dipijak
indah matamu memancar cahaya cinta
berseri mulutmu dengan kalimah Allah
gagah tanganmu memimpin ummah
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan

Assalamualaika ya Rasulullah
apa makna kenikmatan dan keindahan
dunia yang ku miliki
jika engkau tiada dapat dipandang
apa makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu

Assalamualaika ya Rasulullah
apa makna kehidupanku di alam sana
andai syafaatmu x dapat ku kecapi
wahai kekasih Allah,
terimalah aku sebagai umatmu


Ya Allah
hidupkanlah cinta dalam jiwa ini
pada kekasihMu Rasulullah SAW
semoga dengan cinta yang tulus ikhlas
dapat mempertemukan aku dengannya
memberikanku penuh kebahagiaan untuk menatap wajahnya
mendengar kalimah yang dilantunkan dari mulutnya ... "engkaulah umatku.. !"
biarpun sedetik sudah memadai

Ya Muhaimin,Ya Rabbana
sampaikanlah  selawat dan salam rinduku terhadap junjungan mulia Rasulullah SAW
amin3..



Wednesday, 21 November 2012

warkah buat Palestinians

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dear Palestinians,
if u know..how I really to be close to you right now.

Dahulu,di bumi itulah tempat berkembangnya islam,tempat di mana berlakunya peristiwa Isra' mikraj,tempat penyaksian dakwah dan kepimpinan Rasulullah SAW dan para sahabat,tempat terletaknya masjid al-Aqsa.tapi kini?

kita sama2 hamba Allah,kita sama2 umat Muhammad SAW,kita beriman kpd rukun iman yang sama,kita mempunyai guide yg sama which is AQ dan sunnah Rasulullah SAW so ape bezanya kita?

wahai pejuang agama Allah.

,stiap kali aku menatap gambar,menonton video perjuanganmu.,dapat ku rasa bagaimana keadaanmu di sana.kanak2,wanita dibunuh,dibedil,diseksa tanpa belas sehingga aku terpaksa berpaling muka dari menonton.sungguh,diri ini x kuat melihat jasadmu yang hancur sehingga tidak menampakkan bentuk tubuhmu,melihat anak2mu dibakar,melihat rumah kediamanmu dibom,dirimu akhirnya syahid dalam perjuangan membela agama Allah.


setiap hari,tangisan bersilih ganti,seorang demi seorang menemui syahid.
saat diri ini dalam terhibur dengan dunia,dirimu di sana bertarung nyawa membela agama.
saat diri ini lena di bawah selimut,dirimu disana diselimut di bawah timbunan runtuhan bangunan
saat diri ini menjamu selera,dirimu di sana menjamu air mata dan darah
saat diri ini dihujani dengan titisan air,dirimu di sana dihujani peluru,bom,roket dan darah
saat diri ini menggalas buku2,dirimu menggalas senjata
saat diri ini melangkah ke kelas,dirimu di sana melangkah untuk ke syurga
saat diri ini inginkan duniawi,dirimu lebih rela syahid fi sabilillah

wahai anak2 kecil,
sungguh aku malu dengan kalian
kecil2 lagi dah mengenal erti perjuangan
kecil2 lagi dah berani menyahut seruan jihad

semoga syurga milikmu wahai adik-adikku

maafkanku
maafkanku kerana tidak ambil cakna akan perihal dirimu
diriku terlalu jauh dari memikirkan masalah ummah,
Ya Allah,betapa jahilnya terasa diri ini
betapa selama ni aku terlalu pentingkan diri


 ketahuilah wahai para syuhada,perjuanganmu tidak pernah sia2.setiap titisan darah,langkahmu di jalan Allah pasti akan digantikan dengan nikmat yang x dapat nak digambarkan dengan akal,x mampu diungkapkan dengan kata2.itulah nikmat syurga.

Firman Allah:
"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati;sebenarnya mereka itu hidup,di sisi Tuhannya mendapat rezeki.mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya dan mereka bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada rasa takut pada diri mereka dan mereka tidak bersedih hati.Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Allah.Dan sungguh,Allah tidak menyia-siakan pahala orang yang beriman."
[3:169-171]

Subhanallah,amat benarlah janji Allah

wahai para syuhada'
dirimu pejuang Allah yang sejati
dirimu memiliki sifat kepimpinan Rasulullah SAW
dirimu memiliki sifat2 ketegasan dalam berjuang spt Saidina Umar
dirimu memiliki sifat kebijaksanaan mengatur strategi spt Sultan Muhammad Al-Fateh
biar jasadmu hancur di dunia,ketahuilah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik di akhirat kelak
terima kasih,kerana sanggup mempertahankan agama Allah.
sunnguh,diri ini terasa sangat malu denganmu.
bila direnungkan,apalah sangat sumbanganku dalam islam jika nak dibandingkan dengan dirimu sehingga ke titisan darah terakhir.
apa aku nak jawab jika ditanya tentang sumbanganku dalam Islam dihadapan Allah kelak?? T.T
Semoga satu hari nanti,diriku dapat ikuti jejak langkahmu.

Ya Allah,sampaikanlah doa kami buat mereka!
hanya doa mampu ku hulurkan buatmu
walaupun jasad kita tidak bertemu di medan perjuangan
tapi aku sangat berharap semoga kita dapat bertemu dan bersatu dalam doa


Semoga sinar Islam kembali menyinar di bumi Anbiya'.ameen
*jika dilihat video Gaza,sangatlah menggerunkan!banyak iktibar yg boleh diambil
and the most adlah gambaran hari kiamat.
ketahuilah,huru hara hari kiamat jauh lebih dahsyat dpd apa yg berlaku di Gaza skrg.
langit terbelah,
bukit2 dan gunung hancur
matahari dan bulan dihilangkan
bumi digulungkan
sehingga kita tidak mempunyai tempat untuk berlindung.
bersediakah aku?

Allah,Allah,Allah..








Sunday, 11 November 2012

Baru ku mengerti

Bismillah..
kini baru ku mengerti
kini baru ku tahu
kini baru ku faham

kenapa Allah masih lagi hidupkan kita sampai sekarang.

rupa2nya Allah masih lagi sayangkan kita
Allah masih lagi nakkan kita renungi kebesaranNya
Allah masih lagi ingin kita berfikir dan renungi tanda2 kekuasaanNya
Allah masih inginkan kita menjadi seorang abid dan khalifah yang boleh memimpin saudara kita yang lain.
Ketahuilah,selagi kita hidup,.kita sentiasa memegang amanah Allah.itulah tanggungjawab yang perlu kita pikul dan amanah itu pasti akan disoal Allah kelak.

Subhanallah,Alhamdulillah
Allah masih lagi memberi ruang dan peluang

ATAU
..
mungkin selama ni kita banyak buat dosa,
kalau kita banyak buat kebaikan ,mungkin kita x ikhlas
mungkin selama ni banyak dosa2 kita terhadap parents,terhadap kawan2,terhadap saudara,jiran tetangga.
mungkin selama ni mulut kita banyak keluarkan kata2 yang x bermanfaat
mungkin selama ni hati kita masih dipenuhi titik noda
mungkin segala kebaikan yang kita lakukan selama ni belum cukup lagi untuk layakkan kita mendapat rahmat dan darjat di sisiNya
mungkin juga amal kita selama ni bertujuan untuk riak dan mendapat keredaan manusia semata-mata,bukan untuk memperoleh redha Allah.
Astaghfirullah..

"Katakanlah (wahai Muhammad) ,apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (yaitu) orang yang sia2 perbuatannya dalam kehidupan dunia ,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya." (18:103-104)

Ya Allah,hampir menitis air mata saat mengenang betapa banyaknya khilaf dan dosaku terhadapMu.nikmatMu tercurah melimpah terhadap kami,tapi sejauh manakah kami semua bersyukur dan menghargai nikmatMu?

dengan nikmatMu itu,kami berjalan di atas bumiMu dengan penuh riak,bangga
padahal kami hanyalah makhluk yang dijadikan dari tanah (serendah-rendah tempat)
dengan nikmatMu itu,kami semakin lupakanMu
dengan nikmatMu itu ,kami semakin terpengaruh dengan duniawi yang bersifat hanya sementara
dengan nikmatMu itu juga,kami telah menyakiti saudara kami sendiri

Allah..

.namun,Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Jika Engkau tidak mengampuni dosa kami,kepada siapa lagi harus kami tuju?

  Ya Allah,apakah Engkau mendengar rayuan hamba-hambaMu ini?

***kpd sesiapa yang membaca dan juga kpd diri sendiri,manfaatkan masa yang berbaki dengan amal yang sebaiknya.masih belum terlambat !insyaAllah dengan masa yang sedikit ni kita dapat grab redha dan rahmat Allah.
and,di sini juga sang penulis yang jahil lagi lemah ingin memohon maaf jika ada salah dan silap.
barakAllahufikum.,
wasalam wbt

Monday, 5 November 2012

Miracles of Kalamullah !

Al-Quran sebagai Pembela

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran.

" Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. 

"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?"
" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.
" Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu
Al-Quran?
" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t."

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda,

sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?
" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Saturday, 3 November 2012

Ya Rabbana

Bismillahirahmanirahim

YA ALLAH,

Jika diri kami ini masih jauh dari-Mu
Jika diri kami masih lagi lalai dengan-Mu
Jika diri kami masih lagi mendahulukan dunia dari diri-Mu,dan
Jika diri kami masih lagi belum mampu untuk istiqamah di jalan-Mu
hamba mohon ampunan-Mu Ya Rabb



YA ALLAH

Ampunilah dosa2 kami yang besar mahupun yang kecil
Yang berat mahupun yang ringan
Yang jelas mahupun yang tersembunyi



YA ALLAH

Ampunilah dosa orang tua kami,sahabat2 kami,muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi

YA ALLAH

Bimbinglah kami agar kuat untuk berjalan di jalan-Mu
Jika diri kami telah atau sedang jauh dari jalan-Mu,
Bimbinglah kami untuk kembali pada jalan-Mu

YA ALLAH

Tolonglah kami dan bantulah kami dalam mengingati-Mu,dan bersyukur kepada-Mu dan dalam memperelokkan ibadah kami kepada-Mu.

YA ALLAH,
Kami telah menzalimi diri kami.
Jika Engkau berpaling dari kami,
kepada siapa lagi harus kami tuju untuk mohon pertolongan
kepada siapa lagi harus kami sandarkan untuk memohon syafaat di akhirat kelak



YA ALLAH
Terimalah amalan kami
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui



Jadikanlah AQ sebagai pimpinan,cahaya,rahmat dan petunjuk bagi kami di dunia,dialam barzakh,juga di alam penentuan nasib kami






 YA ALAH

hamba-Mu yang hina ini memohon belas kasihan dari-Mu
hamba-Mu yang lemah ini memohon kekuatan dari-Mu
hamba-Mu jahil ini memohon ilmu yang bermanfaat dari-Mu
hamba-Mu yang lalai ini memohon kekhusyukkan dalam beribadah kepada-Mu

istajibillahumma du'a ana 3x
kabulkanlah doa kami,serta doa pembaca yang membaca kalam ni.
walhamdulillahi rabbila'lamin..
ameeen.





Friday, 26 October 2012

Bagaimana nak datangkan cinta Allah terhadap kita?

salam aidiladha !selamat mengerjakan ibadah haji kpd sesiapa yang dipilih Allah..insyaAllah,buat si penulis,hari tu akan tiba. sempena hari yang penuh barakah ni,sama2 kita berkongsi cerita

BAGAIMANA NAK DATANGKAN CINTA ALLAH??

nah..selagi masih dikurniakan nikmat untuk menaip,.insyaAllah kita sama2 berkongsi ilmu.at least,bila ditanya kat akhirat nanti..kita dah ada point untuk menjawab soalan yg akan diajukan :)

sebelum tu,sama2 tajdid (betulkan niat) ,lillah.


  • membaca AQ serta memahami isi kandungannya
membaca dan mentadabbur AQ merupakan 1 kemuliaan.dengan kemuliaan tu,Allah memuliakan manusia di atas makhluk lainnya.Bahkan malaikat pun tidak pernah diberikan kemuliaan tu.

  • mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah sunat sesudah ibadah wajib
orang2 yang mengerjakan ibadah wajib adalah orang yang mencintai Allahorang2 yang mengerjakan dan memperbanyakkan ibadah sunat adalah orang yang dicintai Allah
  • zikrullah secara berterusan dalam apa jua keadaan
dalam hadis qudsi,Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah berfirman:"Aku bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir)  kepada-Ku."
  • Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsu
inilah darjat para nabi,di atasnya darjat para rasul, dan di atasnya lagi darjat para rasul ulul-azmi.
darjat yang tertinggi adalah darjat Rasulullah SAW
  • merenungi,memerhatikan kebesaran Allah 
mengenal Allah melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya pasti akan membuatkan kita jatuh hati terhadap Allah.permulaan pengenalan tu mungkin dalam keadaan terpaksa,tp percayalah.jika dilakukan secara istiqamah pasti Allah akan datangkan 1 nikmat (kemanisan dalam beribadah) .nikmat tu,hanya kita yang dapat rasakan.Subhanallah
  • menghadirkan hati totally ketika beribadah kepada Allah >> khusyuk


  • dating dengan Allah waktu Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam
  • bergaul bersama2 orang yang mencintai Allah dan para siddiqin
mereka itu seperti buah2 yang begitu nikmat.setiaap tutur kata dan perbuatannya mereka memberi manfaat kpd orang lain
  • menjauhi segala sebab yang menghalang komunikasi antara dirinya dengan Allah Azza wa Jalla.
berkata Ibnu Qayyim,
kunci untuk mendapatkan semua itu adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati)  dan membuka mata hati.

insyaAllah,semoga penulisan kali ni bermanfaat buat kita.
Ya Allah,saksikanlah !

barakallah alaina,wasalam :)



Saturday, 20 October 2012

Antara sekolah dengan Akhirat

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dengan namaNya,kami memohon perlindungan dpd keburukan.dan dpd azab api neraka.

kalau di sekolah,bila dah dapat keputusan exam..mesti kita salu j camni kan?

Ala,1 markah lagi nk pass..
1 markah lagi nak dapat A.
kita pergi jumpa cikgu,merayu-rayu kat cikgu.
"cikgu,ni last,len kali saya akan perform lagi baik ."

cikgu pun kesian kat kita,last2 dia bagi jugak markah 'kesian' tu

TAPI

di akhirat nanti,pabila kitab amal dah tergantung di leher kita
bila kita dah dapat keputusan amal2 kita waktu kat dunia..
last2 keputusan tu:

1 markah je lagi nk masuk syurga
1 markah je lagi nak dapatkan syafaat Rasulullah.
1 markah je lagi nak dapatkan syafaat AQ

sama cam kat sekolah,kita pun merayu kat Allah untuk dapatkan markah 'kesian'.

agak2 Allah akan tambahkan x markah tu?

Allahualam..

so buat diri sendiri,dan sahabat.selagi masih hidup,teruskan beramal lillah.
semoga segala kebaikan dan amal yang kita kerjakan dapat menampung kehidupan di alam terakhir.ameen


*sang penulis suka gunakan perkataan  'kita' sebab dalam masa yg sama,peringatan ni juga ditujukan buat diri sendiri
#muhasabah dan berubah#

Friday, 12 October 2012

Persiapan Kematian

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Alhamdulillah,All praises to Allah.

:)
dapat juga luangkan sedikit masa untuk 1 perkongsian ringkas..walaupun sibuk dengan test yang pelbagai setiap minggu,tapi tu semua insyaAllah x kan menjadi penghalang untuk kita semua berfikir sejenak tentang 'test' kita yang sebenar,dimana result tu hanya akan diketahui di alam sana,alam ukhrawi.

cuba reflect balik dalam diri,dalam sehari berapa kali kita ingat mati? (ditujukan pertama-tamanya buat diri sendiri)


take alert,kehidupan di sana adalah lebih panjang dan kekal jika nak dibandingkan dengan kehidupan kita di dunia !

senanya..
kita bukan hidup untuk HIDUP,
tapi kita hidup untuk Yang Maha Hidup.
hidup itu bukanlah untuk mati,tapi mati itulah untuk HIDUP

wahai diri,wahai hamba Allah!

Jangan takutkan mati
Jangan carikan mati,
Jangan lupakan mati.
tapi rindulah mati !

kerana mati itu adalah 1 pintu untuk kita bertemu kepada Creator kita

Mati itu bukanlah pengakhiran hidup,
tapi mati itu adalah permulaan cerita dan perjalanan

tanamkan dalam hati,bahawa kita pasti akan menghadap Ilahi,hanya masa yang menentukan.
insyaAllah,dalam menghadapi kematian..sediakan dulu bekal yang secukupnya.
mulakan step by step,tapi istiqamah..jadikan sebagai mutaba'ah amal dlm kehidupan insyaAllah.


:: mahu ke tidak,inilah perhentian kita ::
sama2 amalkan 7 sunah Rasulullah SAW dalam mempersiapkan diri ke arah kematian

  • tahajjud
  • membaca dan mentadabbur AQ sebelum terbit matahari
  • sedekah
  • solat dhuha
  • jaga wudhuk
  • beristighfar setiap hari
insyaAllah,mulakan dari sekarang jika masih belum mula..dan bagi yang dah amalkan,tingkatkan lagi amal..lillahi ta'ala.

Moga Allah redha..
dan moga matinya kita 1 hari nanti dalam husnul khatimah,ameen !

wasalam wbt

Tuesday, 9 October 2012

Hebatnya Istikharah

Alhamdulillah.

segala puji2an hanya kepada Allah,pemilik seluruh alam!

setelah sekian lama persoalan ini  bermain-main,akhirnya terjawab !
"sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala."

 hanya dengan 2 rakaat solat sunat istikharah,akhirnya aku menemui jawapan dari-Nya.dan kali ini aku lebih yakin dengan pilihanNya buatku..

Subhanallah,hebatnya kuasa Allah !

semoga Allah lapangkan hati ini ..
dan menjaga hatiku dan dia sehingga saatnya akan tiba.jika bukan di dunia,insyaAllah di akhirat sana.











Ya Allah,jangan Kau cintakan aku dengan makhlukMu melebihi cintaku terhadap-Mu dan rasul-Mu
jika benar dia pemilik tulang rusuk ini,jagalah hatiku,jagalah hatinya .Jauhilah kami dari maksiat dan segala fitnah.ameen


Friday, 5 October 2012

aminkan Doa ni

ikhlaskan hati tuk aminkan doa ni :)

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu untuk memikul beban dakwahMu.Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk menndaulat dan menyokong syariatMu.maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.Tunjukkanlah akan hati2 ini jalan yang benar,penuhilah hati2 ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah malap.limpahkanlah hati2 ini dengan keimanan dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Suburkanlah hati2 ini dengan makrifat tentangMu.jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada yang berjuang di jalanMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik Penolong.Ya Allah perkenankanlah permintaan kami . amin

Saturday, 29 September 2012

sebab-sebab doa ditolak

Alhamdulillah ..kita masih hidup ! dan masih lagi diberi peluang untuk muhasabah dan berubah.

bila sebut pasal doa,semua orang tahu yang doa tu senjata bagi orang muslim,setiap hari kita akan berdoa sehinggalah ke hari terakhir kita.masa tu orang lain pulak yang akan doakan kita.

kadang2 x semua hajat yang kita pohon akan dipenuhi Allah.mungkin Allah nak duga kita dengan kesabaran?atau mungkin jugak kita lalai dalam doa..lain2 sebab: (ditujukan buat sang penulis juga)

mungkinkah..

  • kita mengenal Allah,tapi kita x tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah.( sebagai khalifah dan juga sebagai abid )
  • kita membaca AQ,tapi malas untuk amalkan kandungannya
  • kita mengaku yang iblis tu musuh kita yang nyata,tapi tetap jugak kita ikut jejak iblis
  • kita mengaku cintakan Rasulullah SAW,tapi sunnah baginda kita tinggalkan
  • kita memohon untuk dipermudahkan jalan ke syurga,tapi amalan kita waktu di dunia bertentangan dengan amalan ahli syurga
  • kita mohon untuk dijauhkan dari neraka,tapi kita tetap amalkan sifat mazmumah
  • kita akui yang kematian tu akan datang,tapi kita x siapkan diri dengan bekal yang secukupnya
  • kita sibuk mencari aib orang sehingga lupa untuk muhasabah diri
  • setiap hari ,saat,minit kita diberi nikmat ,rezeki tapi jarang sangat kita lafazkan syukur kepada Allah dan merasa cukup atas nikmat yang diberi
  • kita melihat kematian ,namun kita x ambil ibrah di sebalik kejadian tu yang 1 hari pasti kita akan lalui

T . T


let's reflect ourselves..
sama2 memimpin menuju ke destinasi yang 1 ,ila JANNAH!

Sunday, 23 September 2012

ujian dan lumrah hidup

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tercatat dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya.Sungguh,yang demikian itu mudah bagi Allah.Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu,dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."[57:22-23]


Alhamdulillah..hampir sebulan  perjalanan 3rd sem as medical student.but i got a month leave  from dekanat  .why huh?no need to know..tapi yg pasti,waktu tu Allah sedang menguji tahap kesabaran,keikhlasan dalam diri

bila kita tengok kawan2 kita ditimpa sakit atau musibah,senang je kan kita ckp, 'sabarlah..insyaAllah ada hikmah' , 'syafakillah'.sampailah kita sendiri yang ditimpa ujian tu.waktu tu,barulah kita sedar..bukan senang nak menanggung.

kadang2 kita langsung x expect apa yang akan berlaku atas diri kita kan?apa yang kita rancang,x semestinya akan jadi.dalam perjalanan kita,Allah adakan ujian.but believe me,beyond that Allah has made something 'special' for us .it is we said,HIKMAH.

"Dan kerana Tuhanmu,bersabarlah."[74:7]

banyak hikmah yang Allah hadiahkan di sebalik 2 bulan ujian yang ditimpakan atas diri sendiri.maaf,sebelum tujuan entry ni dipostkan bukanlah untuk show-off,tapi sekadar untuk perkongsian pengalaman dan pengajaran.

Alhamdulillah,sangat benarlah firman Allah !

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (2:286)

antara nikmat yg peling besar aku pernah dapat ialah kemanisan dalam kesabaran!subhanallah,nikmat tu mmg x dapat nk diungkapkan dengan kata.hanya Allah yang tahu.Alhamdulillah3!walaupun dr pandangan luar nampak mmg susah nak tempuh dugaan ni,lebih2 lg skrg sdg jauh dari jagaan parents,dengan ubat yang makin kurang..tapi ujian yang ditimpa para nabi jauh lebih dahsyat dpd apa yg aku dh lalui.

waktu tu,aku hanya bergantung kpd Yang Maha Kuasa and i believe,there'll be a miracle in the end !kebergantungan kpd Allah lebih mendekatkan diri kepadaNya..melaluiNya aku memohon kekuatan,keikhlasan,keredhaan dalam menerima takdir dan ketentuan.

so pengajaran dpd ni,terimalah ketentuan Allah dengan hati yang terbuka.Allah x turunkan ujian tu untuk saja2 melainkan untuk menilai hamba2Nya.kalau waktu sekolah dulu,setiap semester akan ada ujian,dan keputusan dpd ujian tu akan menentukan tahap pencapaian kita.the same goes with Allah,ujian ni mungkin akan menaikkan darjat kita di sisiNya dan dapat dijadikan sbg kafarah/penebus dosa jika kita mampu bersabar dalam melaluinya.insyaAllah..



apa yang kita miliki sekarang,x semestinya tetap akan jadi milik kita,tapi tu semua hanyalah pinjaman dari Allah dan pinjaman tu akan menjadi saksi untuk kita di akhirat sana.so sama2 manfaatkan pinjaman Allah sementara masih ada kesempatan,insyaAllah.

lain2 pengajaran,klik sini  http://nazierahuda.blogspot.com/2012/07/untungnya-jatuh-sakit.html

we're His creation .have faith on Allah ! The Most Merciful of all

don't get despair,bersyukurlah!

*Alhamdulillah,pertolongan ,bimbingan, sokongan dari keluarga dan sahabat banyak membantu aku melalui semua ni.banyak pertongan dari mereka,like belikan buku,visa registration,accomodation,and the most precious is doa from family and sahabahs !semua ni x kan terjadi tanpa izin dari-Mu ,ya Rabbi.jazakumulullahu khairan kpd sesape yang membantu,semoga Allah membalas jasa antum semua dengan ganjaran yang lagi baik.ameen

Setinggi-tinggi pujian hanya untuk-Mu.alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah !




Tuesday, 4 September 2012

kita bersua dalam mimpi

::walaupun dah 2 tahun pemergianmu,
mimik mukamu,senyumanmu,gerak-gerimu masih terpahat kukuh dalam ingatan.

walaupun kini kak ira dh kehilangan boy,tapi kak x pernah kehilangan hati yg boy bg kat kak ira.mana2 pun kak ira berada,boy pasti 'ada'..dan kita akan bersua dalam mimpi.


kalau dulu ..
jarang sekali kak mendengar gelak ketawamu.apa lagi ingin melihatmu berjalan.
kesakitan yang selalu menyerang membuatmu kurang ketawa.
yang selalu kak dengar hanyalah rintihan dan dengusan memanjang.
apa yg kak mampu buat?
hanya mampu melihat dan berdoa
dirimu semakin lama semakin kurus,pucat,x bermaya

--------------------------------------------------------------------
sehinggalah pada 1 hari,dirimu terlantar dalam ICU.
sejak itu x kedengaran lagi rintihanmu,yg kedengaran hanyalah bunyi mesin hayat.
waktu tu,ku genggam erat tanganmu .panasnya !
ku usap dahimu,pun panas.masyaAllah,39 darjah !
lalu aku lap tubuhmu dengan air sejuk.
tidurku x lena ..aku takut jika aku tidur,..dirimu akan 'pergi'.

keesokkan hari,

ku genggam erat lagi tanganmu.
sejuk sangat..
apa harus ku buat?
seuntai yaasin ku iringkan bersama linangan air mata.x sanggup melihat keadaanmu
bibirmu kering
matamu layu seperti orang keletihan
tekanan darahmu naik abnormally


ku usap,ku kucup dahimu

lalu ku bisikkan ke telinganmu..
boy adikku..kak ira tahu boy sangat sayangkan kami.kak ira tahu boy sedang berjuang untuk bukak mata walaupun sekejap.kak ira tahu..boy dh x larat nak berjuang.dah 7 tahun boy berjuang.kalau boy dah letih,berhentilah berjuang adikku.tunggulah kami di sana..kak ira sayang boy.maafkan kak andai x dapat jadi kakak yang terbaik buat boy

lalu ku tadahkan tangan kepada Yang Esa.
"Ya Allah,jika kematian itu lebih baik..maka ambillah dia.aku pasrah." 

dan Allah makbulkan doaku..

selamat berehat wahai adikku
-------------------------------------------------------------------------------------

sejak  dulu hingga kini,kita selalu bersua dalam mimpi..selalu sangat!walaupun jasadmu tiada,tp tautan kasih antara kita tetap akan utuh!

dan dalam mimpi itu..
boy x seperti dulu

apa yang aku lihat.,
boy makin berisi,
chubbynye!
*rse macam nak peluk*
dan aku dpt lihat boy berjalan!

Subhanallah!
 dan dalam mimpi tu,dirimu tersenyum bahagia,seolah2 ingin mengkhabarkan padaku yang dirimu tenang disana.

setiap kali kak ira terjaga dari mimpi,selalu kak berharap dan berdoa yang semua mimpi itu benar.sedikit sebanyak mimpi itu menimbulkan perasaan lega.semoga Allah memeliharamu adikku.

namun,sepanjang kak sakit..
dirimu kini muncul lagi
tapi kini tiada senyuman terlukis di wajahmu
hanya kebimbangan

adikku,adakah dirimu merinduiku?

ketahuilah..kakakmu di sini juga sangattttt rindukan mu!

semoga kita akan bersua lagi di mimpi yang lain,dan di akhirat sana.

berbahagialah adikku!
al-fatihah

- - -  - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - -   - - - - - - - - -  - -

::apabila dikhabarkan kepada ma tentang mimpi2 tu,aku dapat lihat air matanya bergenang.rupa-rupanya ma pun turut alami mimpi yang sama!subhanallah

::kenangan itu kembali menjengah ketika aku berpraktikal di HSNZ.aku ditugaskan untuk menjaga wad pediatrik di mana tempat itu pernah menjadi rumah kedua arwah.sungguh  diriku waktu tu x kuat.hanya Allah yang tahu

p/s:sama2 ambil pengajaran..sayangilah ibu ayah,abang,kakak,adik selagi hayat masih ada.manfaatkan masa dengan tautan kasih dan ukhuwah.






Sunday, 2 September 2012

:;here vs hereafter

bismillah..
"Oleh sebab itu berilah peringatan,kerana peringatan itu bermanfaat."[87:9]

semakin hari,kita semakin dekat dengan mati.tapi adakah amalan kita sehari-hari semakin bertambah?dan 1 lagi,adakah amalan kita selama ni hanya bertunjangkan kepada Allah SWT?atau untuk show-off?
tepuk dada,tanya hati



Dalam dunia hari ni,makin ramai yg lupakan kehidupan akhirat.yg terbaru,masyarakat sekarang semakin terikut2 style 'oppa gangnam'..yang ala2 k-pop tu.terlampau obses dengan harta dunia sampai hubugan dengan Allah diabaikan.padahal Allah juga yang memberikan kita kekayaan

"dan sesungguhnya Dialah yang memberi kekayaan dan kecukupan."[53:48]

so,let's make u-turn.renungilah luahan Allah terhadap kita semua.


"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh,dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah  kesenangan yang memperdaya."[3:185]

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya ,sekiranya mereka mengetahui."[29:64]

"Dan kehidupan dunia ini  hanyalah permainan dan senda gurau,sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Tidakkah kamu mengerti?"[6:32]

"Dan orang-orang yang mendustakan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat,sia-sialah amal mereka.Mereka diberi balasan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan."[7:147]

 

dah terbukti dalam AQ,dunia ni hanyalah pentas hiburan bg orang2 yang lupakan kehidupan akhirat.dan bagi orang2 yg mencari keredaan Allah,dunia ni dijadikan sebagai medium untuk menuai sebanyak yang boleh pahala untuk digunakan di akhirat kelak.

kerana kita semua akan kembali kepada Pencipta..

Dan kepada mereka dikatakan,"pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini ; dan tempat kembalimu ialah neraka,dan sekali-kali tidak akan ada penolong bagimu."[45:34]

wallahualam

sama2 ambil ibrah,moga bermanfaat

Friday, 31 August 2012

jika dia mencintaimu::

->>jika dia mencintaimu kerana Allah,dia tidak akan mengajakmu BERCOUPLE,tetapi mula berfikir dan bergerak ke arah PERKAHWINAN

->>jika dia memang mencintaimu,maka dia akan melamarmu atau mencintaimu dalam diam kerana dia tidak mahu mengganggu kesucian hatimu

->>jika benar dia mencintaimu,pasti dia akan membimbingmu ke jalan Allah.bukan ke arah jalan maksiat.

->>dan jika dia benar-benar mencintaimu,dia pasti akan berjumpa dengan orang tuamu terlebih dahulu ,bukan dirimu


inilah cinta kerana Allah!

#take note wahai srikandi

Wednesday, 29 August 2012

Tangisan Semalam

Ya Allah !
kembalikanlah keceriaan buat kami yang dalam kedukaan

Ya Allah!
gantikanlah tangisan kami dengan senyuman dan reda

Ya Allah!
andai ini ujian..maka berilah kami kekuatan

Tangisan semalam x kan menyebabkan kita rebah untuk hari ini
Tangisan semalam  x kan mematahkan semangat
Tangisan semalam bukan berakhitnya sebuah harapan

>>tapi

Tangisan semalam adalah semangat
Tangisan semalam adalah kekuatan
Tangisan semalam adalah kebangkitan


******************
mereka hanya melihat bintang
tapi kita berusaha MEMETIK bintang !

Tuesday, 28 August 2012

Last Words from M'sia

In the name of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful

salam lebaran,happy eid to all of muslims .here..i humbly want to ask for your forgiveness if i've done some wrongdoings towards you all. maaf zahir batin :(

alhamdulillah..i'm just finished my memorable 2 months summer break here!and tomorrow..i'll continue my long 'journey' towards studies.

ketika suasana raya masih terasa..terpaksa jugak gagahkan diri untuk ber'packing'.namun,di sebalik semua ni..aku terharu dengan layanan family..apa je yg aku nak,pasti mereka usahakan.(ceh,nampak cam aku ni demand j kan)..kdg2,apa yang aku x mintak,dorang pun bagi.subhanallah,alhamdulillah..bertuahnya hamba dikurniakan ma,pa yang penyayang..adik2 yang menghormati org tua.Alhamdulillah.

sepanjang 2 bulan aku di tanah air..banyak kenangan kami sekeluarga dikongsi bersama.setiap hari ma masak sedap2,.ma,tempoyak berlada yang ma buat tu mmg terbaikla!adik2 lak mesti salu nak berkepit ngn kakak dia.

ma,pa,adik2..doakan perjuangan kak ira :)




ma pa
little girl in purple









bakal akauntan iA :)

merenungi kebesaran Allah sambil naik kotak ni





sengaja cari keje =='





gathering--umah tok--

*some pic to be memorized
and there a lot of sweet memories in each of pic.ya Allah,rindunya kat dorang.
asif..x dpt nk celoteh panjang [mood homesick]

wasalamualaikum wbt

orang yang mendustakan agama

mutiara kata Allah ;
surah al-Maun:1-7

Bismillahirahmanirrahim

Tahukah kamu orang yang mendustakan agama?

maka itulah orang yang mengherdik anak yatim,

dan tidak mendorong memberi makan orang miskin,

maka celakalah orang yang solat,

(iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya,

yang berbuat riak,

dan enggan memberikan bantuan.


sahabat,..sama2 perbanyakkan istighfar terhadap Allah.moga2 kita dijauhkan dpd tergolong dalam kelompok pendusta agama Allah !amin

Thursday, 16 August 2012

we're too forgetful

::when we want to live in 'loaded' life
we forgot that LIFE is WORTH

when we're too fear for giving
we forgot that all we have now are giving from Him

when we want to be the strongest one
we forgot that in WEAKNESS,Allah give us STRONGNESS

when we're too fear about LOSENESS
we forgot that we're having PRECIOUS life !



sahabat,hidup ini terasa indah dan cukup jika kita mensyukuri segala apa yang ada
yang terindah x semestinya menjanjikan yg terbaik kan?
and hidup yang sempurna x semestinya akan menjanjikan 'happiness'.rite?

please smile if u agree.. :)

may Allah bless all of us,wasalamualaikum