Sunday, 16 December 2012

syair yang membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal menangis

Assalamualaikum,

korang mesti nak tahu kan syair apa yang hebat sangat sampai Imam Ahmad bin Hanbal pun boleh nangis.insyaAllah,jom hayati sama2 :)

Jika Tuhanku bertanya padaku,
"tidak malukah kau bermaksiat padaKu? 
kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
dan kau datang pada-Ku dengan penuh dosa. "
 bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas  aku dikafankan
seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selama-lamanya
seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang kepadaku sakaratulmaut yang ngeri,
 Nah!siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah,apakah ada dpd mereka yang akan menebusku?
 akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
celakanya aku!apakah aku tidak mendengar ayat2 Allah yang menyeruku? 
adakah aku x mendengar apa yang telah diberitakan dalah surah Qaaf dan Yaasin?
adakah aku x dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(kiamat)?
adakah aku x dengar panggilan ajal ,maut yang menyeru dan menjemputku?
maka Ya Rabb,seorang hamba datang bertaubat,
maka siapa lagi yang dapat melindunginya?
melainkan Tuhan Yang Maha Luas pengetahuan-Nya,
dan yang membimbingku pada kebenaran
 aku telah datang kepada-Mu maka kasihanilah aku dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah Yang Terbaik dalam penghisaban


###moga syair di atas menjadi momentum ke arah perubahan diri ke arah yang lebih baik.inshaAllah..
jazakumullah kathiran,wasalam wbt
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment