Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.(An-Nur:35)
Alhamdulillah!
kami diundang oleh seorang abang Russian ke rumahnya.katanya,"mama nak sangat berjumpa dengan kamu,nak berkenalan"abang tu namanya Vorik,adiknya nama Aram,mamanya pula Laura.
so lepas habis kelas kami serumah pergilah ke rumah jiran tu.perasaan tu sangat berdebar sebab kami berlainan agama,berlainan bangsa,adat.sebaik masuk,,.......
mashaAllah,terharu dengan layanan yang diberi.belum sempat kami berbual panjang makanan sudah terhidang di atas meja!
mungkin mereka belum tahu tentang hukum makanan dalam islam,so atas meja tu turut terhidang makanan yang kami tak boleh makan.tapi nasib baik ada molochni kek buatan mama laura,jadi bolehlah kami makan.mashaAllah sedap!
hajatnya nak berkunjung untuk 15 minit tapi berlarutan sampai 2 jam!banyak yang kami bualkan.dan yang paling kami terkejut pabila kami ditanya tentang agama yang kami anuti.iaitu agama Islam.
sebelum tu ,vorik banyak bercerita tentang agama kristian yang dianutinya.hoho..siap tunjuk kitab bible lagi.rasa macam usrah ala2 kristian!tapi yang pelik,varik tak percayakan symbol 'christ'.entah,ana pun tak tahu.
selepas dia bercerita tentang kristian,dia mula bertanya tentang islam.
soalannya berbunyi lebih kurang camnila..sbb ana sendiri pun belum mahir dalam ruski ni.
"kalau islam tu agama yang benar,aman..kenapa masih ada lagi perang di sana sini?kenapa masih ada emosi2 yang tidak sihat?
kenapa orang yang jahat boleh masuk syurga?
tapi malangnya persoalan tu kami tak mampu jawab sebabnya soalan yang ditanya dalam bahasa ruski dan kami tak mahir nak 'berdakwah' dalam bahasa asing!Allah,itu satu kelemahan bagi ana sendiri.dan itu juga merupakan 1 motivasi untuk ana terus belajar bahasa ruski!
menjawab soalan tadi.kenapa masih berlaku perang sana sini.
sebenarnya perang dan kemanan yang tergugat itu datangnya daripada kita sendiri.
“Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisaa : 79)
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy Syura : 30)
setiap manusia itu banyak dosa dan tidak lari dari melakukan dosa.kita tiada hak nak menilai siapa jahat,siapa baik.siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.
kadang2 sekecil amalan baik boleh membawa ke syurga dan kadang2 sebesar besar amalan baik boleh membawa ke neraka!kenapa?kerana kita lupa untuk menghadirkan hati kita dalam beramal,padahal hati itulah yang akan dinilai oleh Allah.
kalaulah mereka faham bahasa melayu..
tapi takpe,mungkin Allah letakkan ana di medan ni bukan saja2..inshaAllah,dengan mempelajari bahasa asing,kita boleh berdakwah dengan mereka.itulah yang ana dan housemate akan buat mulai sekarang!supaya boleh elakkan sebarang tuduhan kepada agama Islam dan fitnah.
tapi seluruhnya kami sangat terharu dengan layanan yang diberi.mereka sanggup nak bantu kami,dan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.semoga Allah memberikan hidayah buat mereka.dan semoga Allah kuatkan hati kita untuk terus tabah di jalanNya!amin..
No comments:
Post a Comment