Tuesday, 12 February 2013

Ibrah dari Bumi Kerinduan




Bismillah..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.hanya kepadanya segala pujian,hanya kepada kita berserah.selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah saw serta kepada keluarga Baginda saw.
Assalamualaikum wbt..kaifa halukum?

Alhamdulillah,setelah diberi nikmat untuk bermujahadah meneroka bumi Mesir selama 9 hari..banyak input yang ana dan sahabat dapat untuk diserap ke dalam hati,inshaAllah!
Pengalaman yang ana paling takkan lupakan adalah waktu pendakian di Jabal Musa kerana pengalaman tu banyak mengajar ana tentang erti kehidupan.kalau antum kenapa?sudilah bukak link ni dan seterusnya J



http://nazierahuda.blogspot.ru/2013/02/kembara-sinaiegypt.html


Camne?ana harap daripada apa yang antum baca,bermula dari “Musafir di bumi Mesir” hingga ke post ana yang latest sedikit sebanyak dpt memberi input kpd antum.dan jika ada peluang,jelajahlah bumi para nabi dan rasul.x akan rugi,lagi banyak manfaat adalah.yang penting niat tu.


Kat sini ana ada selitkan video sepanjang kami bertapak di bumi barakah,jom tengok?!tapi sebelum tu tekan button music pause dulu  kat bawah ni ye?hee


Ada 1 perkara yang ana nak kongsikan tentang apa yang paling ana akan kenang sampai bila2.ini berkenaan tentang “cakap lepas”.sebenarnya sebelum ana ke Mesir,salah seorang sahabat ana cakapla yang kita kena pakai cincin (bagi perempuan je) sebab nak elak diganggu.lepas tu ana dengan bangganyaaa cakap kat sahabat2 ana yang lain yang dah x perlu beli cincin sebab ana dah ada cincin.at last,bila sampai kat Mesir,cincin ana hilang.cincin emas pulak tu,Allah.Masya Allah..time tu Allah nak tegur ana yang kita kena waspada dan hati2 time berbicara.HasbiAllahufatawakkal a’la Allah.

And 1 lagi,sebelum ana Mesir juga ,ana buat solat istikharah .sama ada ke Mesir atau just rehat kat Moscow.ana buat solat tu sebab sebelum ni kaki ana sakit and di’operated’.ana takot kalau ke sana,kaki ana makin teruk.even berjalan ke kelas pun dh terasa sakit,apa lagi nak mengembara.last2  naluri ana berkata “pergi Mesir!”.time tu juga ana berubah fikiran.
Sebaik saja ana menjejakkan kaki ke Mesir,sepanjang pengembaraan ana,hanya sekali je kaki ana sakit.itupun time mendaki Jabal Musa.lepas tu dah x rasa sakit dah sampailah hari yang ke 9.

Tapi,sebaik sahaja ana menjejakkan kaki ke Domodedovo airport,Moscow tiba2 terasa sakit kat kaki ni.Allah je yang tahu.aneh kan?tapi tulah,betapa berkatnya bumi Mesir,bumi kesaksian dakwah para nabi dan rasul.mungkin ni adalah sign daripada Allah.masyaAllah..SubhanAllah!Alhamdulillah

inshaAllah kami akan datang lagi
Alhamdulillah,kembara kami berjalan baik dan dipermudahkan Allah.semoga di waktu yang lain Allah akan izinkan kami untuk bertapak lagi di bumi kerinduan.amin..

sekian dari insan yang serba kekurangan.barakAllahufikum
wasalamualaikum wbt


2 comments:

  1. :-) bestnya dapat jalan mesir ........

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..inshaAllah nanti akan tiba rezeki lina tuk ke sana.amin..

    ReplyDelete