hari kdua kami di mesir,Alhamdulillah kali
ni kami berangkat ke sinai.
sepanjang perjalanan ke sinai yang memakan
masa lebih kurang 12 jam,banyak tempat bersejarah yang kami singgah.antaranya
adalah kubu israel yang disebutkan tadi,terusan suez,telaga nabi Musa.ha,telaga
Nabi Musa ada 12 kesemuanya (dibuat oleh suku kaum Nabi Musa yang waktu tu
berjumlah 12 suku kesemuanya),tapi yang dapat dilihat hanyalah 2,kemungkinan
yang lain tertimbus timbusan tanah.
|
inilah dia telaga Nabi Musa a.s |
kalau pasal terusan suez pulak,dahulunya
dibuka oleh orang perancis untuk perdagangan.disebabkan pembukaan terusan
suez,perdangangan semakin meluas sehingga ke Tanah Melayu.nak masuk ke sinai ni
bukan senang,kami diiringi oleh tentera mesir bagi menjamin tahap keselamatan
memandangkan Sinai merupakan sempadan antara mesir dan israel.
|
suez |
perjalanan ke Sinai merentasi banjaran
Teh.kat sana jua kami dapat melihat kubu Sultan Solehuddin al Ayyubi untuk
menawan tanah Palestin daripada Israel.kalau antum nak tahu,Sultan Solehuddin telah
membebaskan al-Quds dpd Israel waktu ketika dulu.kemudian al-Quds jatuh semula
ke tangan Israel.namun sekarang,Bridged al-Qassam sedang berusaha untuk
mengambil kembali hak Palestin dpd Israel.sama2 kita doakan mereka
berjaya.amin..kalau antum nak tahu lagi,kisah al-Quds ni dah tercatat dalam
surah al-Isra',ayat 4-7.SubhanAllah...
|
kat belakang kubu (tempat yg agk cerah),itulah israel |
lebih kurang pada pukul 1.30
pagi,bermulalah ekspedisi pendakian gunung sinai atau lebih dikenali sebagai
Jabal Musa dengan ketinggian separuh dpd gunung Kinabalu.ramai mamat dan minah
salleh yang kami jumpa.menurut Ustaz Amirul(ustaz yang bawa kami ke sinai)
,penganut agama kristian percaya jabal musa merupakan tempat penghapus
dosa.mereka akan mendaki hingga ke puncak.kemudian setelah sampai di puncak
mereka akan duduk menghadap matahari sambil menangis dan meratap sambil
mengenang kembali dosa2 lalu.pelik kan?tapi xpelah,jika itu yang mereka
percaya.
tapi bagi ana dan sahabat,pendakian ke Jabal Musa bukan untuk melihat
sunrise,bukan untuk mengenang dan meratap dosa tapi untuk mengambil ibrah daripada
pengorbanan Nabi Musa a.s.kalau antum nak tahu kisah Nabi Musa a.s,antum boleh
buka AQ.surah al-Qasas,ayat 4-13 (kelahiran Nabi Musa),ayat 14-21 (Nabi Musa
keluar dpd Mesir),ayat 22-28(Nabi Musa
berhijrah ke Madyan),malam pendakian kami ditemani cahaya bulan yang sangatlah
terang hinggakan kami x perlu untuk memakai lampu suluh.Masya Allah.dalam
perjalanan,kami melepasi gereja terbesar di afrika,ana x sure apa nama gereja
tu.
|
Jabal Musa |
|
untaaaa! |
pada mulanya,kami hanya melalui dataran
yang landai tetapi dipenuhi batu2 yang tajam.waktu tu kami menggunakan laluan
unta memandangkan laluan tu lebih selamat.hee..kalau terpijak najis unta just
buat dunno jela.
lama kelamaan perjalanan menjadi semakin mencabar ditambah
dengan angin lintang yang luar biasa serta salji yang renyai2.namun,semua itu
tidak mematahkan semangat kami untuk terus sampai ke puncak.ada 10 checkpoint
yang perlu dilepas sebelum sampai ke puncak ,pada checkpoint yang
terakhir,angin bertambah kuat.sejuk!rsenye lagi sejuk dpd moscow.pendakian
klimaks kami sebelum sampai ke puncak merupakan antara yang paling mencabar
kerana angin yang kuat diatambah dengan keaaan permukaan batu yg licin hingga
hampir menolak kami ke jurang.berbkalkan kebergantungan kepada Allah dan
keyakinan akan ketentuan Allah,pendakian ttp diteruskan,ada di antara sahabat
ana yang menangis.
Alhamdulillah,kami sampai di puncak dalam
pukul 5.30 pagi.ramai sangat manusia di puncak.,namun angin semakin kuat hingga
memaksa kami untuk menyewa selimut.di puncak Jabal Musa terdapat surau yang sangat
sempit.so kami terpaksa menunggu giliran untuk solat subuh.usai solat,kami
dibawa untuk melihat tempat Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah selama 40
hari.
|
rumput dalam batu krn mukjizat yg diturunkan Allah terhadap Nabi Musa a.s |
|
tempat Nabi Musa a.s bermunajat |
dan selama peninggalan nabi,kebanyakkan dari umatnya telah
berpaling.antaranya adalah Samiri,di mana waktu tu dia telah menghasilkan
patung emas anak sapi yang dieri nama Samiri.patung itu disembah oleh
sebahagian umat Nabi Musa a.s kerana dipercayai boleh bercakap.
|
patung anak sapi.tapi hanya tinggal kesan biasan cahaya matahari |
kisah ini juga
terdapat dalam AQ,surah al-A'raf ayat 148
"Dan kaum Musa,setelah kepergian Musa
ke Gunung Sinai mereka membuat patung anak sapi yang bertubuh dan dapat
melenguh (bersuara) dari perhiasan (emas).Apakah mereka tidak mengetahui bahawa
patung anak sapi itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat pula menunjukkan
jalan kepada mereka?mereka menjadikannya sebagai sembahan.Mereka adalah
orang-orang yang zalim."
masya-Allah.tengok kan..Allah masih lagi x
hilangkan kesan samiri ni.untuk apa?sebagai pengajaran untuk kita semua.dan
sebagai bukti bahawa agama Allah itu benar!masyaAllah..
|
makam Nabi Soleh a.s |
|
makam Nabi Harun a.s |
selepas tu kami dibawa pula melawat dan
bertawasul di Makam Nabi Harun a.s dan Nabi Soleh a.s.Nabi harun a.s wafat
sewaktu dalam perjalanan ke Palestin bersama Nabi Musa a.s lalu dia dimakamkan oleh Nabi Musa di Sinai(tempat
wafatnya Nabi Harun).Nabi Harun a.s adalah penolong Nabi Musa a.s memandangkan
Nabi Musa a.s mempunyai kesukaran untuk berbicara dengan lancar.
so,ibrah dpd musafir ke sinai ni memang
banyak mengajar ana.
yang pertamannya..setiap perbuatan dan
kehendak kita adalah bergantung kepada niat.kenapa ana cakap gini?sebab,sebelum
ana memulakan pendakian,ana dah setkan dalam diri ana ,begitu juga dengan
sahabat ana bahawa kami nak mendaki bukan untuk melihat sunrise,bukan untuk
sekadar suka2 tapi untuk merasai kesusahan Nabi Musa dalam usahanya
menyampaikan dakwah.dan terbukti,pendakian kami kali ini betul2 mencabar.cuba
antum bayangkan,mendaki hanya ditemani cahaya bulan,dalam keadaan
sejuk.ditambah pula dalam kalangan kami ada yang sakit perut,sakit kaki.waktu
tu keadaan agak huru hara.apabila sampai ke puncak,ramai di kalangan kami
kesejukan sehingga kulit menjadi kering dan berdarah.waktu tu matahari belum
lagi muncul,kabus pun tebal.mujur ada selimut untuk disewa,so dengan harga 20
genith dapatlah ana sewa sehelai selimut yang sangatlah tebal dan
selesa!alhamdulillah.
|
dh nk turun |
|
inshaAllah ana akan datang lagi ! |
|
kawasan gunung yg hancur (surah al-A'raf:143) |
then,waktu tu ana teringat saat2 berlakunya kiamat.kalau
antum nak tahu,detik2 berlakunya kiamat termasukla keadaan yang huru hara,sejuk
disebabkan ketiadaan matahari,manusia dalam ketakutan,kedengaran rintuhan2
suara.dan keadaan tu hampir sama dengan waktua ana dan sahabat berada di
puncak.dan ana analogikan yang selimut tu adalah arasy Allah.hanya manusia yang
terpilih sahaja dapat berlindung di dalam arasy Allah manakala wang yang
digunakan untuk menyewa selimut adalah amalan kebaikan dan pahala,ataupun ckeck
in ticket yang membolehkan kita berlindung di bawah arasy Allah.
1 lagi pengajaran yang ana dapat,kalau nak
bukan senang nak berjaya.tapi kita kena juga berusaha kerana kita dah tahu
point kejayaan sudah berada di hadapan.jatuh dalam perjalanan merupakan perkara
biasa asal kita tidak mudah putus asa dan patah semangat,pasti kejayaan milik
kita.setelah hampir 4 jam bersusah payah,akhirnya Gunung Sinai berjaya kami
tawan. Allah sentiasa bersama,ingat tu ! J
insyaAllah,sampai di sini sahaja perkongsian ana dari
Sinai.kalau nak diceritakan lagi,memang panjang!silap2 antum yng tertidur duk
baca coretan ana.hehe..jgn lupa singgah ke post yg seterusnya!
barakAllahufikum
No comments:
Post a Comment