Sunday, 10 February 2013

Musafir di Bumi Mesir


Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah..,coretan kali ni di Bumi Mesir.betul..cume lambat diposkan disebabkan masalah internet.SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi ,maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya.Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."[al-Mulk:15]
setelah tamat final exam untuk sem 3,ana bersama 9 lagi sahabat diberi peluang untuk menjelajah bumi mesir under ejen Kembara Sufi.walaupun kosnya agak mahal,tapi alhamdulillah berbaloi.sebenarnya,waktu nak beli tiket flight,keadaan di mesir kurang stabil,rusuhan selalu je ade lebih2 lagi kat Cairo,tapi waktu tu hanya kepada Allah kami bertawakal.dan Alhamdulillah,akhirnya kami diberi juga ruang dan peluang untuk ke mesir.masyaAllah.dahulu,ana memang berazam untuk melanjutkan pelajaran ke mesir,tapi Allah dah tetapkan rezeki ana di moscow.xpelah,x dapat belajar di mesir,dapat berpijak di bumi barakah itupun dah jadi.Alhamdulillah..



#ana?antum?agak janggal senanye nak  berbahasa. hee..bukankah ana cakap nak praktikkan bahasa arab dalam diri.insyaAllah..step by step.mungkin skrg ana belum kuat untuk menggunakan bahasa di secara berhadapan,hanya di dalam blog.mudah-mudahan Allah memberikan ana dan antum kekuatan untuk terus aplikasikan bahasa para nabi dan rasul


 kenapa ana nak sangat bertapak di mesir ?
kerana di sinilah lahirnya kebanyakan para nabi,antaranya Nabi Yusuf a.s,Nabi Ayub a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Haroun a.s,Nabi Soleh a.s.,ahlul bait.di bumi ini juga lahirnya para wali,dan di bumi ini juga pernah menjadi saksi penyampaian dakwah para anbiya' dan kejatuhan golongan zalim,anatarnya Firaun dan Qarun.banyak ibrah yang boleh diambil.
dari Moscow



cairo!
tanggal 29 Januari dalam pukul 7 lebih malam,kami berpijak di Cairo Airport dari Domodedovo airport,Moscow.perasaan tu..Allah je yang tahu.sepanjang penerbangan banyak tanda2 kekuasaan Allah yang belum pernah ana lihat akhirnya dapat  ana saksikan dengan mata sendiri.antaranya..

setibanya kami di Cairo,kami disambut oleh Ustaz Muaz,salah seorang daripada kakitangan ejen yang terlibat ke wisma pelajar negeri Kelantan.sebelum tu,..kami makan dulu!masyaAllah,setelah sekian lama akhirnya dapat juga kami makan masakan malaysia di Cairo.SubhanAllah,rezeki Allah sangatlah luas!1 lagi perkara yang membuatkan ana  tertarik dengan bumi bertuah ni.,sepanjang berada di mesir,kami selalu diperdengarkan dengan alunan Kalamullah ,selawat ke atas Nabi junjungan dan tazkirah agama.walaupun dalam bahasa arab,Allah memberikan kami nikmat untuk memahami apa yang dituturkan walaupun hanya sedikit.bertuah tau dapat memahami dan tuturkan bahasa arab!kenapa?kerana inilah bahasa ahli syurga,bahasa para nabi,bahasa Kalamullah dan jika kita bercakap arabic,inshaAllah akan mendapat pahala.bagi ana,bahasa arab adalah bahasa paling indah jika nak dibandingkan dengan bahasa lain,termasuklah bahasa russia.

sedikit sebanyak tentang Mesir,raja terakhir Mesir dikenali sebagai Raja Farouk.namun,setelah kematian Raja Farouk,tampuk pemerintahan diganti oleh Anuar el Sadat.Anuar ni kejam,gila kuasa.secara diam2 dia telah mengadakan perjanjian David dengan Israel dimana hasil bumi Mesir x leh dieksport keluar.akhirnya,hasil bumi di Mesir dijual dgn harga murah.selain itu,Anuar telah menyerahkan kawasan Sinai kepada Israel.tindakan Anuar telah berjaya dihidu oleh husni Mubarak.Mubarak ni penglima tentera tau!and dia nak sangat memegang kuasa pemerintahan lalu Mubarak menghasut rakyat mesir dengan mengatakan Anuar gila kuasa lalu berlakulah rusuhan yang menyebabkan terbunuhnya Anuar Sadat.(setelah disiasat rupanya mubaraklah dalang di sebalik kematian Sadat.)

selepas kematian Sadat,kuasa pemerintahan beralih kpd Mubarak.sebab tula kalau antum tengok mesir ni banyak kubu2 pertahanan di sepanjang jalan.ini adalah strategi Mubarak sebenarnya untuk kukuhkan kuasa.segala hasil ekonomi Negara dialihkan kpd ketenteraan instead of pembangunan Negara.and mesir dikenali sbg Negara yang mempunyai system ketenteraan dan pertahanan yang paling kuat.semasa pemerintahan Mubarak ni,apa yang ana dengar,rakyat mesir selalu ditindas dan dihimpit sehinggalah tampuk pemerintahan diganti oleh Dr Morsi,barulah kembali tenang.Alhamdulillah.tu jela sedikit sebanyak tentang sejarah mesir yang ana tahu.Allahualam

hari kedua kami di sini,kami dibawa  ke Sinai,seterusnya ke Dahab,kembali ke Cairo,lepas tu ke Alexander/Iskandariah dan kemudian ke Cairo balep.nak tahu perjalanan ana dan sahabat?jom ke coretan seterunya.insyaAllah banyak nak dikongsi bersama, :)



No comments:

Post a Comment