Sunday, 10 February 2013

Kembara Cairo,Egypt




Assalamualaikum wbt,alhamdulillah setakat ni Allah permudahkan perjalanan kami.

selepas ke Dahab,kami teruskan perjalanan ke Cairo.dalam pukul 1 pagi kami sampai ke Darul Rahim/Hayyu Sabi',tempat di mana kami bermalam sepanjang di cairo.


Darul Rahim :)

Alhamdulillah selesa!

sphinx

pyramid Giza

di Cairo,kami berpeluang melawat pyramid Giza dan sphinx.pyramid ni dibina sewaktu zaman firaun dan merupakan antara 7 keajaiban dunia !kerana binaan ni dibina tanpa menggunakan paku,tetapi bongkahan batu2.firaun laknatullah telah mengerah keras tenaga kaum bani israel untuk membia pyramid sebagai tanda kekuasaan dan kemegahan firaun yang mengangap dirinya sebagai tuhan sehingga Allah utuskan Nabi Musa untuk membebaskan bani israel dpd firaun dan seterusnya membawa firaun ke jalan yang benar.akibat keangkuhan firaun,akhirnya Allah melaknat firaun dan kisah firaun banyak di sebut dalam AQ.sebagai contoh,dalam surah ke 28,surah al-Qasas.terdapat 3 pyramid utama yang dibina firaun,kufu,kufra,mangkara.

daripada lawatan kami ke pyramid dan sphinx,dapatlah ana simpulkan sedikit ibrah yang dapat diambil dan dikongsi bersama.
menelusuri kisah firaun.,boleh dianalogikan sebagai ikan di laut dan di darat.di laut sebagai kehidupan dunia manakala di darat sebagai kehidupan akhirat.begitulah firaun,jika di dunia dia dikurniakan ilmu yang tinggi sehingga boleh membina binaan yang begitu unik namu di akhirat dia mendapat laknat Allah.
jikalau kita mempunyai ilmu dunia yang begitu tinggi sehingga mengalahkan professor namun kurangnya pegangan agama,itu x akan membawa kita ke mana2,di mata Allah kita tetap menjadi golongan yang rugi dan menzalimi diri sendiri.Allah SWT tidak memandang tinngginya ilmu seseorang,tapi dia memandang bagaimana keadaan hati kita sekembalinya kita menghadap Allah.adakah bersih?adakah dikotori dosa?adakah busuk baunya?Allahualam..

siapa x kenal masjid al-azhar?semua kenal kan..menarik sangat masjid ni.masjid ni berdekatan dengan university al-azhar.









dulu selepas ana dapat result SPM,ana memang berazam nak melanjutkan pelajaran di university al-azhar tapi rezeki ana berpihak kepada Moscow.masjid al-azhar ni berdekatan dengan masjid saidina hussain.sebaik ana melangkah masuk ke dalam masjid,apa yang membuatkan ana terpegun ,pelajar2 di sini asyik,bertadabbur dan bertasmi' Kalamullah.masyaAllah,waktu tu ana rasa bagaikan berada pada zaman kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyyah.terasa aura islam yang kuat waktu tu..SubhanAllah.di sana ana dan para sahabat dijemput untuk mendengar ustaz bertalaqin dengan penuntut .

masjid Hussain

di dalam masjid




makam Saidina Hussain
kemudian kami berkunjung pula ke masjid Hussain di mana letaknya hampir dengan masjid al azhar.dalam masjid inilah terletaknya makan Saidina Hussain,cucu kepada Rusulullah SAW.di sini kami berpeluang menunaikan solat mangrib dan isyak.selepas tu kami mula berbual dengan jemaah wanita masjid.sempat juga kami memperdengarkan bacaan surah al-Qiyamah kepada mereka,Alhamdulillah.rugilah kalau pergi ke masjid ni tanpa bertawasul di makam Saidina Hussain.hanya tubuhnya dimakamkan di situ manakala kepalanya dipercayai berada di Baghdad.




seterusnya kami berpeluang melawat makam2 ahlu bait.antaranya makan Sheikh soleh al jaafari.beliau berasal dari Sudan dan sewaktu hayatnya beliau sentiasa menghabiskan waktu untuk mengajar dan beribadah di masjid al azhar.beliau hanya keluar dari masjid itu jika ingin menunaikan haji dan umrah.MasyaAllah..menurut cerita dari ustaz,beliau telah bermimpi bertemu dengan Saidina Hussain sebanyak 55 kali dan bermimpi bertemu Rasulullah SAW beberapa kali .masyaAllah!dan beliau juga merupakan pengasas tarikat al-Jaafari.


Sheikh Soleh al-Jaafari

seterunya adalah makam Sultan Hanafi,garbenor Mesir bersama anaknya.namun kami tidak berpeluang untuk bertawasul di malam beliau kerana pintu makam ditutup.menurut cerita di dalam makam tersebut terdapat sebuah telaga yang digali oleh Sultan Hanafi.setelah digali,anaknya telah menuangkan air zam zam dari Mekah ke dalam telaga tersebut dan dengan kuasa Allah,air itu megandungi pH yang hampir sama dengan air zam zam.dan air itu x pernah kering malah air itu sering diambil sebagai minuman dan untuk membasuh lantai.habt kan kuasa Allah?tapi kenapa kita selalu je rasa bangga dengan diri sendiri padahal kita sangatlah lemah bahkan untuk gerakkan jari sahaja,kekuatan tu datangnya dari Allah.

"...ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah."(an-Nisa':139)

makam Sultan Hanafi dan anaknya


banyak lagi makam yang ana dan sahabat lawat..kalau antum x keberatan,bolehla antum tengok dan hayati gambar yang ana tampalkan di wall coretan ana ni.


bertawasul di makam Sheikh Soleh al Jaaafari




sejarah Sheikh Soleh al-Jaafari


makam Sayyidah Zainab

makam imam Syafie



puncak masjid Imam Syafie berbentuk kapal kerana Imam Syafie suka merantau sewaktu hayatnya masih ada :)




di cairo,kami sempat singgah di embassy Malaysia,masyaAllah,ada restoran!kenapa ana terkejut dengan restoran makanan melayu?sebab kat embassy M'sia  russia x ada pun restoran.aha,apa lagi..kami kerjakan makanan kat sana habis2 hinggakan ustaz pun terlopong."ustaz,kat russia susah nak cari masakan camni,"itulah ayat yang selalu keluar dari mulut kali setiap kali berjumpa dengan masakan melayu ni.hee..malu pun ada.



embassy

banyak masjid yang kami sempat lawat sepanjang di Cairo.antaranya masjid sayyidah zainab,masjid ibn tulub,masjid ali pasha,masjid imam 4 mazhab,dan banyak lagi..ana dah lupa nama masjid tu.tak terkira dibuatnya !kat cairo juga terdapat kilang kristal yang terbesar di Afrika,dinamakan Asfur.

Masjid al-Azhar


Masjid Hussain

yang ni antum boleh baca kan?hee

Masjid Ali Pasha

Masjid Amru ibn Asr

Masjid Syyidah Zainab

Masjid Marmar
Masjid Ibn Tulun





kalau sebut pasal nisa' ataupun perempuan ,mesti selalu dikaitkan dengan shoping kan?ha..begitu juga kami!di sini kami bershoping di khan khalili,terletaknya hampir dengan masjid al azhar.sakannya shoping,smapaikan ustaz pun dah naik pening layan kami.maafla ustaz,kami bukan selalu nak sampai ke bumi bertuah.antara yang kami beli termasuklah jubah,tudung,keychain,banyak lagilah.setiap orang ,penuh tangan dengan beg2 plastik.haih,orang perempuan memang kuat nafsu shoping,memang x dinafikan lagi.


Lagi satu,makanan kat Mesir ni memang terbaikla..tak caye?tengok ni..




macam kat m'sia dah..

makarona.Masya Allah,sangat sedap!

ha...sape cakap kat Mesir xde masakan M'sia?ni buktinya..
ana rasa dah cukuplah ana pos sal makanan ni,kan ada yang x boleh tidur pula nanti.k,inshaAllah,serba sedikit ana kongsikan dari Cairo.and lepas ni ana nak kongsikan dari Alexander/Iskandariah..inshaAllah








No comments:

Post a Comment