Sunday, 10 February 2013

kembara Dahab,egypt


Assalamualaikum!kaifa halukum?bikhair?aiwah.. :)

antum dah baca belum kisah ana dan sahabat2 di Sinai?kalau dah baca ,Alhamdulillah,.yang baik kita sama2 jadikan sebagai pengajaran insha Allah.
selepas lawatan ke makam Nabi Harun a.s dan Nabi Soleh a.s maka berakhirlah perjalanan kami di Sinai.perjalanan diteruskan lagi ke Dahab.dari Sinai,masa yang diambil adalah selama lebih kurang  2 jam.Di Dahab terkenal sebagai pusat perlancongan air.di sinilah terletaknya Laut Merah.Laut Merah ni bertemu dengan Terusan Suez.ha,sebut pasal laut merah,apa yang terlintas di fikiran antum semua?apa lagi kan kalau bukan kisah Nabi Musa a.s dan firaun.berkat mukjizat Nabi Musa a.s,Laut ini terbelah dua untuk memberi laluan kepada Nabi  Musa a.s dan menenggelamkan firaun dan pengikutnya.dipercayai,mayat firaun masih lagi wujud hingga sekarang untuk dijadikan pengajaran buat kita.


masyaAllah!jernihnya laut peliharaan Allah

banyak sejarah tersimpan di sebalik keindahan laut merah


di Dahab,ana dan sahabat berpeluang merasai makanan laut version egypt,bersiar2 di tepi Laut Merah,dan pengalaman petama ana sewaktu kami menaiki glass bot dan crazy bike.
pengalaman ana menaiki glass bot merentasi ombak di Laut Merah memang ana x akan lupakan.di sana ana sendiri dapat melihat bagaimana keadaan hidupan bawah laut.masyaAllah,sangat hebat ciptaan Allah.ana dapat lihat gamat,ikan yang bermacam rupa dan saiz,batu karang,obor2 yang transparent.MasyaAllah,sangat indah!betapa besarnya kuasa Allah..mampu ciptakan semua ni.dan betapa besarnya sifat pemurah Allah menganugerahkan ana nikmat sebegini.Alhamdulillah..

Alhamdulillah..antum mesti terliur kan?sabar ye??



in the sea

the sisters :)







selepas tu,kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti yang agak ekstrem bagi ana,tapi best.crazy bike.dengan crazy bike ni,kami melalui celah bukit,jalan yang berbatu-batu,menyusuri tepian pantai dan kami sempat juga singgah di kawasan perkampungan asli Dahab.MasyaAllah,kami berpeluang merasai kehidupan masyarakat arab walaupun hanya sekejap.bila ana memeluk anak2 mereka,terasa bagaikan ana memeluk  adik ana sendiri.mereka sangatlah ramah dan mesra.uniknya,mereka juga pandai cakap bahasa rusia tau!ha,jangan main2..hehe.



Allah,luasnya muka bumi Allah!


peace!
perkampungan Dahab

ibrah dpd Dahab ni.apabila kita berada di Mesir,kita hanya diberi 2 pilihan.sama ada  nak berubah ke arah akhlak Nabi Musa a.s atau nak berubah kepada sikap firaun yang akhirnya memakan diri sendiri.akhirnya kita sendiri yang rugi.bukti Allah dah berada di depan mata bahkan di dalam al-Quran pun ada.cuma atas kita je nak ke tidak.tepuk dada,tanya iman :)

lepas ke Dahab,kami balep semula ke Cairo.untuk updates yg seterusnya...ke Cairo lak



No comments:

Post a Comment