Friday, 15 June 2012

NILAI DAN HARGA MANUSIA

Apa khabar iman kita?Alhamdulillah,hari ni nak berkongsi ilmu lagi untuk diri sendiri dan sahabat2 sume . ^^
nilai dan harga manusia..untuk renungan kita bersama :)



sahabat2 tahu x?dalam diri kita senanya ada 4 perkara yang berharga !
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan 4 perkara juga.Adapun yang berharga itu adalah akal,agama,malu dan amal soleh.maka..
  • Akal boleh hilang disebabkan MARAH  
  • Agama boleh hilang disebabkan DENGKI
  •  malu boleh hilang disebabkan TAMAK 
  •  Amal soleh boleh hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

manusia akan menghadapi 4 penarikan,antaranya..

  • malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  • para ahli waris akan menarik hartanya
  • ulat akan menarik tubuhnya
  • orang yang dimusuhi/dianiayai akan menarik barang kepunyaanya di hari kiamat iaitu AMALNYA
Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada 4..
  • memberi maaf pada waktu marah
  • suka memberi pada waktu susah
  • menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  • mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti/kpd orang yang diharapkan sesuatu dpdnya
4 perkara yang hanya diketahui oleh 4 jenis orang:
  • nilai masa muda-diketahui oleh orang tua
  • nilai kedamaian-hanya diketahui oleh orang yang ditimpa musibah
  • nilai kesihatan-hanya diketahui oleh orang sakit
  • nilai kehidupan-diketahui oleh orang yang telah mati
Setakat ni sahaja perkongsianku di hari jumaat yang diberkati Allah.insyaAllah,jika diberi kudrat..perkongsian seterusnya menyusul..insyaAllah.akhir kata,salam mujahadah ! jom sama2 muhasabah dan berubah..


No comments:

Post a Comment