Sunday, 30 December 2012

Islam and Ego

"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang."[76:25]

Asssalam alaikum,kaifa halukum?? atamanna nahnu fi barakallah wa rahmatillah..insha Allah!Allah,rindunye nak menutur bahasa para anbiya'.asyik russian je .

ya sadiqi/sadiqati..antum semua kenal x norman ali khan?insha Allah,kali ni nak sampaikan dan aplikasikan  apa yang dah disampaikan oleh beliau.
bila berada jauh dari jagaan parents,jauh di perantauan..kita semakin dekat dan semakin kenal dengan erti tarbiyyah.
and that time,hati kita pun mula tergerak tuk mengajak kawan2 yg belum kenal lagi erti tarbiyah tu..bila diri dah sebati dengan tarbiyyah,mulalah kita rasakan yang diri lagi baik dpd sahabat2 yang x dapat tarbiyah.mulalah KESOMBONGAN  menjadi raja dalam diri

masih ingat lagi x kisah iblis dalam surah al-A'raf?yang sangat sombong sampai x mahu sujud kpd Nabi Adam a.s.iblis merasakan yang dirinya lagi bagus dpd Nabi Adam,kerana iblis diciptakan dpd api manakala Adam hanya diciptakan dpd tanah.so dpd kisah ni,kite boleh je nak aplikasikan ke dalam diri kita.how??tepuk dada,tanya iman :)
 kenapa kita perlu rasakan diri kita lagi baik,sedangkan kita hanyalah makhluk Allah yang x punya pape pun..


x dinafikan,kadang2 timbul juga perasaan ego dalam diri.perasaan tu sangatlah halus,kadang2 kita sendiri pun x sedar akan kehadiran perasaan tu. look through ourselves externally,completely perfect, 100 % !alim,jaga solat,jaga ibadah,jaga aurat,jaga semuanya..tapi internally no one knows.only we knows,how's actually we are.kadang2 kita x sedar pun yang hati kita senanya keras,Allah..

"belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)  dan janganlah mereka (berlaku)  seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu,kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik."[57:16]

kita merasa yang diri dh cukup,sampaikan nasihat orang lain even sahabat terdekat  un ditolak ketepi.kononya x setaraf,terpesong,kuno.hish!

and 1 more thing,bila dah terbiasa tunaikan solat,puasa,baca al-Quran dll,lama2 sume tu hanya dijadikan sebagai rutin harian semata-mata,sekadar nak penuhi syarat,bukan untuk dijadikan penghubung antara diri dengan Allah.that's what we called EGO .dan mostly kita langsung x sedar yang perasaan ni dah lama beraja dalam hati kita !Allah..ni bahaya sahabat,sebab boleh jadi segala amalan yang dilakukan akan menjadi sia2.nauzubillah!

"maka celakalah orang yang solat.(iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya,yang berbuat riak, dan enggan (memberikan) bantuan."[107:4-7]



cuba bayangkan bila di akhirat nanti,kita melihat kitab amalan baik kita tu KOSONG !there's nothing.mana amalan solat kita waktu kat dunia?mana catatan puasa ?mana catatan sedekah?mana amalan baik kita sesama manusia?mana,mana?!Astaghfirullah.. T . T



here are 'remedies' to the ego..amalkan same2 ye :)

  • rememberance of Allah.
when someone praise u,your ego will boost u.so when u remember Allah,put Allah in your soul,u'll feel some unspeakable peace without egois
  • learn to save,to help people for the sake of Allah..not for getting praised
  • change ur intention,attitude
contohnya,time musim exam/test ,we will struggle for passing that exam,not for the sake of Allah.in case we get lower mark/fail ,we'll be easily get frust.that's the sign of people who study only to pass their exam instead for Allah, including me.
  • find soleh/ah company
  • try to keep your mouth shut from nonsense things
kadang2 bila banyak sangat kita bercakap,especially bout ourselves,our family member..akan terselit jugak perasaan bangga,riak tu kan?it's lumrah..
manusia,x lari dari melakukan dosa..kadang2 dalam kita nak berbuat baik,niat kita terpesong.fikir-fikirkan,renung-renungkan.

teringat kat pesanan seorang sahabat @ housemate ,
"x semestinya orang yang alim tu akan masuk syurga and x semestinya orang yang salu buat kemungkaran akan masuk neraka"
sementara masih diberi nikmat hidup,perbetulkan apa yang x betul dan perbaiki apa yang dah baik.insha Allah .mungkin Allah masih hidupkan kita untuk kita muhasabah balik diri.kan?

 "maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."[40:55]

###terutamanya ditujukan buat diri sendiri

asif jiddan jika  penulisan kali ni menimbulkan perasaan kurang enak.sekadar peringatan bersama.moga bermanfaat,insha Allah

wasalamualaikum,jazakumullahukhair





Sunday, 23 December 2012

siapakah dia Zinnirah al-Mumtahanah?

Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.

Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.

Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.

Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.

Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.

Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.

Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.

Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.

Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripada Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.

Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.

Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.


Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".

Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....



"Dan sungguh,Kami yang menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."[Qaf:16]


Sunday, 16 December 2012

syair yang membuatkan Imam Ahmad bin Hanbal menangis

Assalamualaikum,

korang mesti nak tahu kan syair apa yang hebat sangat sampai Imam Ahmad bin Hanbal pun boleh nangis.insyaAllah,jom hayati sama2 :)

Jika Tuhanku bertanya padaku,
"tidak malukah kau bermaksiat padaKu? 
kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
dan kau datang pada-Ku dengan penuh dosa. "
 bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas  aku dikafankan
seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selama-lamanya
seakan mati tidak akan menemuiku
dan telah datang kepadaku sakaratulmaut yang ngeri,
 Nah!siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah,apakah ada dpd mereka yang akan menebusku?
 akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
celakanya aku!apakah aku tidak mendengar ayat2 Allah yang menyeruku? 
adakah aku x mendengar apa yang telah diberitakan dalah surah Qaaf dan Yaasin?
adakah aku x dengar tentang hari dikumpulkan manusia,hari perhimpunan dan hari ad-deen(kiamat)?
adakah aku x dengar panggilan ajal ,maut yang menyeru dan menjemputku?
maka Ya Rabb,seorang hamba datang bertaubat,
maka siapa lagi yang dapat melindunginya?
melainkan Tuhan Yang Maha Luas pengetahuan-Nya,
dan yang membimbingku pada kebenaran
 aku telah datang kepada-Mu maka kasihanilah aku dan beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah Yang Terbaik dalam penghisaban


###moga syair di atas menjadi momentum ke arah perubahan diri ke arah yang lebih baik.inshaAllah..
jazakumullah kathiran,wasalam wbt
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Friday, 14 December 2012

love.life



Assalamualaikum wbt. :D .Alhamdulillah dah masuk bulan safar !and sampai sekarang kan kita masih dikurniakan nikmat yang x putus2?tapi kenapa diri ni selalu je mengeluh dan sentiasa merasa x cukup dengan nikmat yang Allah beri padahal tanpa semua nikmat tu,memang diri x kan mampu untuk hidup!huu..astaghfirullah.,sama2 basahkan bibir dengan puji-pujian terhadap Maha Pemberi Nikmat

kali ni nak kongsi salah 1 nikmat dari Allah yang menurut pndangan sesetengah dpd kita semua bahawa itu bukanlah nikmat,tapi sebenarnya itu adalah nikmat besar selepas nikmat islam dan iman.,iaitu CINTA

setiap orang mempunyai perspektif tersendiri tentang cinta,yup.ni betul.so bagi aku,..
X AKAN TERASA INDAHNYA CINTA TANPA CINTA KEPADA YANG MAHA ESA 


Cinta adalah karya indah dari Sang Pencipta
Dimulakan di syurga,
Dirasukkan ke dalam jiwa adam dan hawa
Dengan kadar yang berbeza

Cinta tu senanya x buta.
cinta itu adalah murni,luhur dan diperlukan
yang buta adalah bila cinta itu menguasai diri kita tanpa pertimbangan
CINTA,MENCINTAI dan DICINTAI adalah lumrah kehidupan manusia
dan hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada kita
pilihan tu juga bergantung kepada kita.
jika berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati.I'Allah
tapi jika berlandaskan hawa nafsu,akan terhumban dalam kehinaan.Nauzubillah!

dahulukan cinta terhadap Allah,kerana di situ terletaknya rahmatullah dan mardhatillah.
i'Allah cinta manusia pula akan menyusul :)

*buat diri sendiri juga

wasalam wbt









Monday, 10 December 2012

pisang dan hati




Assalamualaikum,salam diutus harap dijawab .hehe..Alhamdulillah,moscow bersalji and sekarang dh un masuk penghujung tahun 2012.dalam beberapa minggu lagi,2013 pula bakal membuka tirai.

eh, kenapa ada pisang dalam ni ye?

haa..inshaAllah kali ni nak kongsikan sedikit fakta menarik tentang pisang.banyak fakta di sebalik sebatang pisang ,tapi inshaAllah,juz nak amek yang ringkas2 je.jom tengok

fakta pertama:
kulit pisang ni dapat mencantikkan muka tau!*info dari sahabat terdekat

fakta kedua:
buah pisang ni dapat menguatkan daya tumpuan

fakta ketiga:
adalah sumber fibre yg terbaik untuk digestion

fakta keempat:
kalau nak tahu ,buah pisang ada 3 bahagian,and bahagian tu diikat oleh 'urat pengikat    yang sangatlah halus!kalau ditarik je urat tu,akan terlerailah ketiga-tiga bahagian tu.Subhanallah!x caye?beli pisang then tryla tengok sendiri..hebatkan kuasa Allah?

so kali ni meh kita analogikan fakta keempat tu dengan diri kita.(wah..pisang un ada analogi gk ea?)
sahabat,cuba bayangkan yang setiap bahagian pisang tu merupakan IMAN,ISLAM,dan IHSAN dan ketiga2 bahagian tu diikat oleh HATI.
sangat halus pengikatnya..mmg sesuai dengan hati kita yang mudah berbolak balik.

nampak x kat situ,faham ke?kalau x faham,buat2 fahamla ye? ^^

juz nak cakap kat sini,betapa pentingnya penjagaan hati terhadap iman,islam dan ihsan.jika hati kita sentiasa terjaga,inshaAllah.ketiga2 bahagian tu jugak akan terjaga.macam mana nak jaga hati,banyak caranya..
  • baca AQ dan maknanya
  • solat malam/qiamullail
  • berkumpul dengan oang yang soleh
  • sentiasa berzikir
  • bepuasa
  • dll

akhir kata,hati hati dengan hati !
jazakumullahu khair
wasalam wbt


Wednesday, 5 December 2012

Untungya Ahli Zikir!

ucapan yang paling disukai Allah 


Assalamualaikum

::terjumpa 1 potongan hadis ni dan tetiba tergerak hati untuk share.insyaAllah sama2 renungkan isi kandungan hadis ni


Rasulullah SAW pernah bersabda

Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malam mencari ahli zikir.Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepada Allah,mereka memanggil antara satu sama lain,"Datanglah kepada hajat kamu."
Rasulullah SAW bersabda lagi,"maka para malaikat itu mengelilingi ahli2 zikir itu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia.Lalu Tuhan mereka menyoal para malaikat itu,sedang Dia lebih mengetahui dari mereka."Apakah yang hamba-hambaKu itu katakan?"para malaikat menjawab,"mereka memuliaMu,dan mereka bertakbir kepadaMu dan mereka memujiMu dan mereka mengagungkan Engkau"lalu Allah bertanya ,"apakah mereka melihat Aku?"maka para malaikat menjawab,"tidak,demi Allah tidaklah mereka melihatMu".lalu Allah menyoal,"Dan bagaimanakah  agaknya kalau mereka melihat Aku?"para malaikat menjawab,kalau mereka melihatMu,adalah mereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu dan lebih hebat mengagungkanMu dan lebih banyak memuliakan Engkau."

#alangkah indahnya jika bibir kita sentiasa berzikir mengagungkan Allah setiap masa diiringi dengan keihklasan hati dan tawaduk.pasti hari2 kita di bawah lembayung sayap para malaikat.Subhanallah!

Diriwayatkan seorang sahabat r.a berkata:"Ya Rasulullah,hukum-hukum syariah (undang2 islam) ini telah banyak bagiku,tunjukilah kepadaku akan sesuatu sebagai pegangan bagiku.Baginda SAW bersabda,"hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikrullah."


*untuk diri sendiri utamanya


Saturday, 1 December 2012

dua'




Ya Allah,bagiMu segala puji.
Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya

BagiMulah segala puji,Ya Rabbana..
Engkau Raja Penguasa langit dan bumi

BagiMulah segala puji,Ya Muhaimin
Pemancar cahaya langit dan bumi

BagiMulah segala puji,
Engkaulah yang hak,dan janjiMu adalah benar
dan perjumpaanMu itu adalah hak dan firmanMu adalah benar

Ya Latif..
SyurgaMu adalah hak,neraka itu adalah hak,
nabi2 itu adalah benar,

Ya Allah,
kepadaMu tempat kami bertawakal,
kepadaMu jua tempat kami kembali
KepadaMu kami rindu
dan kepadaMu tempat kami berhukum

Ya Kareem..
kami memohon taufik daripadaMu seperti mana orang2 yang telah mendapat petunjukMu
jadikanlah amalan kami seperti amalan golongan yang yakin denganMu
jadikan kami dari golongan orang yang menerima nasihat dpd orang2 yang bertaubat

jadikanlah kami golongan yang berilmu
sehingga kami termasuk dalam hamba2Mu yang takut kepadaMu
sehingga kami takut untuk berbuat maksiat
 ameen..