Sunday, 20 May 2012

bertamu di Rumah Allah:Masjid Tetrakov,Moscow

Bismillahirahmanirahim..sebelum dipanjangkan lagi coretan ni,jom sama kita ucapkan
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
:) :) :) :)

Kali ni just nak berkongsi pengalaman kunjunganku ke rumah Sang Pencipta .Entah,selepas solat subuh,tiba2 hati ini menjadi rindu untuk mendengar laungan azan,untuk solat berjemaah di masjid.Lalu bermulalah perjalananku ke Masjid Tetrakov,yang terletak di ulitsa novokunetskaya,about 1 hr dari hostel.

Along the way..aku betol2 x ingat jalan untuk ke sana sebab kali terakhir aku k masjid time mula2 sampai moscow.huhu.,time tu aku hanya berserah kepada Allah.jika Dia berkehendaki,pasti Dia akan menemukan aku dengan masjid kerinduan.lama jugakla aku tersesat time nak ke sana..almost 2 hr

Alhamdulillah,time aku tengah mencari-arah,Allah pertemukan aku dengan seorang muslimah and dia berkenan untuk membawaku ke masjid.rupan2nya aku dah jauh tersesat dari masjid tu!

 Sebaik melangkah ke masjid...hati ni terasa tenang bila aku melihat ramai sebenarnya saudaraku di sini!Subhanallah!walaupun aku hanya seorang foreigner ,tapi dorang layan aku macam family dorang sendiri.terharu
Masjid Tetrakov


muslims here



Alhamdulillah,kali ni Allah izinkan aku untuk berkunjung ke rumah-Nya walaupun banyak cabaran dan dugaan ditimpakan along the way.And time tu aku hampir j nak give up..tapi Allah dah berpesan:

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."(petikan dari surah yusuf:87)


Ajaibnya,sebaik sampai ke masjid,segala keletihan terus hilang.Sementara menunggu azan zohor dilaungkan,aku sempat bertasmi' surah az-zumar dengan 2 orang jemaah wanita russian.selepas bertasmi',kami saling bercerita tentang islam in russia and islam in msia.Sedang bercerita...suddenly..

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR...!


Alunan azan bergema,.Subhanallah,setelah sekian lama aku x diperdengarkan dengan seruan Allah yang sangat mendamaikan,susah nak cakap perasaan aku time tu.then,kami solat zohor sama2..Alhamdulillah.selepas solat,setiap bait doa yang dibaca imam sangat sayu!ya Allah,indahnya tarbiyahMu!

masjid adalah sebaik2 tempat untuk mencari ketenangan :)


Alhamdulillah3!berjaya juga aku akhirnya berkunjung ke rumah Allah.


betollah cakap orang,bila niat and kerja kita fi sabilillah ,insyaAllah dipermudahkan segala urusan.Bila diuji dengan kesesatan,keletihan,lapar,dahaga..ketahuilah time tu Allah nak tengok sejauh mana tahap keimanan kita.so sahabat,untungla kita jika kita bersabar ketika diuji.

wasalamualaikum wbt

Thursday, 17 May 2012

Kehebatan Surah fi Kalamullah!

Assalamualaikum,lama sungguh  x mengupdate wall blog .Alhamdulillah,kali ni  diberi lagi kesempatan untuk menconteng blog and kali ni  just nak share about ..

10 Surah yang dapat menghalang ujian besar daripada Allah SWT

jom kita sama2 renungkan dan beramal ^^


  • surah al-fatihah 
->dapat memadam kemurkaan Allah SWT
  • surah Yasin
->menghilangkan rasa dahaga pada hari kiamat
  • surah Ad-Dukhan
->membantu kita menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat
  • surah Al-Waqiah
->melindungi kita daripada ditimpa kesusahan/fakir
  • surah Al-Mulk
->meringankan azab kubur
  • surah Al-Kauthar
->merelaikan segala perbalahan
  • surah Al-Kafirun
->menghalang kita dpd menjadi kafir ketika menghadapi sakaratul maut 
  • surah Al-Ikhlas
->melindungi kita daripada menjadi orang munafik
  • surah Al-Falaq
->menghapuskan hasad dengki
  • surah An-Nas
->melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was

Subhanallah..tengok,Allah sayangkan kita!Dia sebolehnya x nak tengok hamba2Nya dihumban ke lembah durjana

so,jangan kita just baca ..tapi kenalah amalkan dalam life kita.insyaAllah!amalkan secara berterusan,sepenuh hati and ikhlas kerana Allah semata2 .. 

Allah bberfirman: 
"Dan sebutlah nama Tuhanmu,dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati."(73:8) 

insyaAllah kehidupan kita di dunia n akhirat nanti dipermudahkan.ingat,sesungguhnya janji Allah itu benar!
"Maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."(40:55)

selamat bermuhasabah,wasalamualaikum..

Monday, 7 May 2012

Amaran_Buat_Wanita..dari an-Nar!

Sebagai seorang wanita/perempuan .,tetiba rasa bertanggungjawab lak nak share something buat girlfriendsku..tuk kaum adam pun boleh,maybe kita boleh share peringatan ni kat adik/saudara perempuan atau isteri2..



Di sini  aku nak berkongsi azab2 yang bakal ditimpakan buat kaum hawa yang berdosa  di neraka..nauzubillah!and perkongsian/peringatan ni terlebih dahulu untuk diri sendiri..

     wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih

  • golongan wanita ini adalah yang tidak menutup rambutnya ketika keluar rumah

wanita yang digantung kedua-dua kaki dan tangannya  ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking
  • ketahuilah bahawa wanita itu telah keluar rumah tanpa izin dari suaminya dan x mandi wajib dari haid dan nifas(bila dah x mandi wajib of coursela golongan ni x solat!)
wanita yang memakan badannya sendiri serta terdapat api yang menyala-nyala di bawahnya
  • suka bersolek untuk kelihatan cantik di hadapan lelaki dan suka membicarakan keaiban orang
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
  • menonjolkan diri di hadapan orang supaya orang tu dapat melihat perhiasannya and fall in love with it!
wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai
  • suka melaga-lagakan orang dan berdusta
wanita yang berbentuk seperti anjing
  • golongan ni suka fitnah orang dan suka marah pada suami
Ngeri kan siksaan Allah?sehingga Rasulullah SAW sendiri menangis bila melihat azab yang ditimpakan kepada kaum wanita ketika peristiwa isra' mikraj.wahai sahabatku,wahai mujahidah solehah!sungguh aku x sanggup nak hadapi azab Allah yang amat pedih..dan jika kita lihat dunia hari ini,ramai di kalangan kaum kita yang mempunyai ciri2 ahli neraka yang bakal diazab!nauzubillahiminzalik..masih belum terlambat buat diri ini dan sahabat untuk perbetulkan segala kekhilafan diri yang mungkin sebelum ni dipandang ringan.



jom sama-sama amalkan doa ni.semoga Allah memperkenankan
selamat bermuhasabah..


Ya Allah!matikan kami dalam husnul khatimah..amin






Thursday, 3 May 2012

-Family Day by Azam Russia-

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kamu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat." (49:10)

Alhamdulillah,pada 1Mei lepas pihak azam rusia dah berjaya anjurkan program yang julung kali diadadakan pada tahun ni..


the event started at 10.30 am  untill 4 pm..which were participated by all muslim students in moscow and also my senior Kak Jem yang datang melawat dari Nizhny.

mula2,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan ..and setiap kumpulan mesti ade 'cheer',nama and panji.Kumpulan aku lak diberi nama Lavender(saje je nk gtau)




Along the event,the most attracting activity was amazing explorace!macam2 yang kami kena buat,like minum jus tomato,berjalan atas titi,lipat kain,makan wasabi,teka nama negara islam,hafal ayat 10 dari surah al-hujuraat,and lukis bendera Syria

lipat jangan x lipat :D

zon larangan merokok


kami dipaksa untuk habiskan 1 kotak jus ni..'sedap!..


saya masih lagi kanak2 :D



peniup semangat!















After having a lot of extreme journey along the explorace,kami sama2 menunaikan solat zohor berjemaah..

"Tunaikanlah solat untuk mengingat-Ku."(surah taha:14)

Selepas solat,aktiviti diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang menang and the last activity was..makan!tapi kali ni agak berbeza sikit,sebab makan kami ala2 potluck style, like berkongsi dan bertukar makanan antara satu sama lain(karipap lompat pun ada..)


exclusively hand made :)



potluck kami
Alhamdulillah..semoga Allah memberkati Family Day kali ni ..dan meredhai ukhuwah antara kami.
amin

Tuesday, 1 May 2012

KARIPAP_LOMPAT

mulakan dulu dengan lafaz..Bismilahirahmanirahim..

Karipap lompat?caner tu?!



Alkisahnya begini..

Pada 1 Mei 2012,pihak azam Russia adakan 1 event yg memang menarik..that was FAMILY DAY.So sempena event ni,setiap bilik dikehendaki membawa makanan masing2 untuk potluck.pada mulanya,kami planned nak buat kuih keramat,but dunno why,last2 terlintas nak buat karipap.and idea tu datang malam sebelum family day event.

Then,bermulalah misi kami membuat karipap..
About 10.40 malam waktu moscow(kalau waktu m'sia dalam pukul 2.40 pagi) kami start sampai kul 2.15 pagi dalam 2 bekas karipap yang belum digoreng lagi selamat dilahirkan.Along the process of making karipap,so many tragedy happened!first,time nak membentuk kulit karipap,aku dah tersalah taruk majerin lebih!commonly,250 g for 1 kg..tp kali ni aku taruk 500 g and maybe lebih 2 g for the same quantity!hasilnya,..Alhamdulillah,walaupun tekstur x menjadi sangat..

Alhamdulillah..nampakla bentuk karipap walaupun ..:)

inti>>ikan+potato+kari


Tragedi kedua..time nak bentuk karipap..tetiba sarang/ibu karipap tu patah!ya Allah..aku x taula nak buat ape,sebab benda tu senanye kepunyaan kawan aku!harap2la dia x marah bila dpt tahu barang kesayangan dia telah terkorban. :'(

maafkan saya... :'(
tragedi ketiga..karipap yang dh siap dibentuk tu tetiba terbuka dia punya gigi bila dilemaskan dalam minyak panas..maybe disebabkan terlebih majerin,so doh tu jadi agak liat...bila dah liat,susahla karipap tu nk dibentuk dengan kemas.tapi x banyak sangat yang terbuka,Alhamdulillah..

And lastly,alhamdulillah Allah izinkan juga kami untuk jadikan karipap sebagai juadah untuk potluck...masuk kali ni,dah 3 kali karipap berjaya dilahirkan di bumi moscow :)

Begitulah kisah disebalik karipap lompat ni..banyak pengajaran yang dapat aku amek dari kisah ni,terutamanya kesabaran,istiqamah dalam pekerjaan.even banyak dugaan yang ditimpakan ,kita jangan berhenti di tengah jalan,teruskan walaupun pahit,walaupun jam dah menunjukkan pukul 2.15 pagi.Because there will be 'hikmah' in the end of patience.






Friday, 27 April 2012

kecik2 cili api

Bismillahirahmanirahim..


Moscow-sebuah bandar yang besar,yg mana current population of muslims here almost 2 from 5 million.tapi sayang,citizen kat sini susah nak terima islam,malah dorang anggap islam tu sebagai agama yang bersifat terrorism!pada mulanya,aku susah nak percaya pandangan dorang tentang islam ,sebab aku tahu islam is the best way of life,xde lagi keraguan in islam.sehinggalah pada suatu hari..something that changed my respect towards russian happenned !

mesti korang semua curios nk tahu kan?hehe..jom baca ayat seterusnya! :)

Agak sedih dan mengejutkanla time tu..petang tu,like usual aku bersama sahabat seperjuangan baru je habis kelas..

Nothing happened along our way from the class to Metro Yugo Zapadnaya ,sehinggalah time kami menunggu bas tuk balik ke hostel kat bus stop Yugo Zapadnaya.mula2 aku perasanla,ada 2 budak russian ni..comel sangat!umur dalam linkungan 9-10 yrs.tapi sayang,dorang tu senanya budak nakal.2 orang  budak tu berdiri kat belakang kami sehinggalah bas sampai.Bila bas yang bernombor 261(lau x silap) sampai,2 orang budak tu terus meluru masuk dalam bas tu,then dorang keluar balik after a few min.Time tu,barula aku tau yang dorang bukan calang2 budak,tapi dorang un dah jd penyelup saku.

lepas keluar dari bas tu,budak2 tu berdiri about 5 m dari kami(waktu tu tengah beratur tuk naik bas) .And time itulah,dorang baling batu kat aku..and batu tu betul2 terhentam kat kepala aku.bukan sekali,tapi 2 kali.kebetulan time tu aku orang last yang beratur untuk naik bas.time tu,aku sempatlah pandang belakang,and dorang gelak2.haih,panas hati aku dibuatnya..lau boleh nak je aku serang balik budak tu.but that's impossible r kan..aku kat moscow,bukan kat terengganu. :(

Sepanjang berada dalam bas,aku x habis2 fikirkan 2 orang budak tu.umur dorang belum lagi cukup baligh,tapi dorang dah diberi bad mindset about islam and muslims ,about women who wear 'tudung'/hijab ..dan siapa lagi yang memberi dorang this kind of mindset kalau bukan parents dorang!masyaAllah,.x dapat aku bayangkan sikap dorang bila dah capai tahap dewasa kelak.Namun Allah Maha Mengetahui,semoga dorang disuluh hidayah Allah and mana tahu kan nanti dorang bakal ,menjadi seorang pejuang agama Allah seperti sejarah Abu Sufyan bin Haris yang pada suatu masa dahulu merupakan seorang musuh Rasulullah yang paling ketat selama 20 tahun sehinggalah dia diberi hidayah Allah dan menjadi seorang hamba Allah yang kuat beribadat dan sanngup berkorban demi islam!

buat teman2ku,especially yang sedang berjuang di tempat yang mana muslim sebagai golongan minoriti..hati2 ye?bila dah kena serang tu,sabar jela..and jangan sama sekali memaki or buat pape yang x baik kat dorang,sebaiknya doakanlah semoga Allah beri kesedaran buat dorang,insyaAllah..we're muslim,and islam x mengajar untuk balas kejahatan dengan kejahatan,sebaliknya kejahatan perlulah dibalas dengan kebaikan :)

assalamualaikum


MABROUK&GOOD LUCK SAHABAT

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
 Alhamdulillah,.dapat update blog lagi..^^



here,i wanna say CONGRATS! buat sahabat yang dah berjaya grad dari alam matrikulasi.mesti korang berdebar2 menunggu result for final exam kan?insyaAllah u'll get the best..selamat bercuti :)



Berbeza dengan sahabatku di kolej matrikulasi,sahabat2ku di university(especially PALAM,UIA,UM,BMI.,GMI.UNISZA,UTP,UTM,USIM) sekarang sedang berperang dengan final exam!and buat sahabatku yang bakal duduki exam 14 mei nnt,buat adik2 junior mrsm qber and mrsm kaytee..and for all my batchmates here..good luck,selamat maju jaya,udachi(russian version)!all the best ya?! :D  bitaufiq wan najah!



And baru2 ni adalah salah sorang dpd sahabat mintak aku share something kat dorang memandangkan dorang bakal menduduki exam.ehemm!,aku senanye ilmu un  belum setebal kulit bawang.,tapi,bak kate orang,perkara yang elok jangan disimpan sorang2,sebaiknya disebarkan..
Dan katakanlah wahai Muhammad,"hendaklah kamu berusaha(beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan."(At-taubah:105)

so buat sahabat perjuanganku,ingat!kita belajar bukan kerana cita-cita,bukan kerana nak dapatkan pangkat.Tapi kita belajar kerana Allah SWT.,untuk mencapai mardhatillah.sebab dialah yang akan menilai setiap usaha kita.camnila kan..

Banyak mana pun kita study,kita struggle,.tanpa reda dan berkat dari Allah,mustahil kita dapat gapai the most shining star!sahabat,yakinlah pertolongan Allah itu sentiasa ada..


Di sini aku ingin juga berpesan buat diri sendiri dan sahabat..
dalam menuntut ilmu,janganlah kita sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada.sifat sombong tu merupakan salah satu ciri2 yang dimiliki oleh orang yang bersaudara dengan iblis!
Allah paling x suka hambaNya yang sombong..buktinya
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung."(Al-isra':37)
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang sombong lagi membanggakan diri."(luqman:18) 
(Dikatakan kepada mereka),"masuklah kamu ke pintu2 neraka Jahannam,sedang kamu kekal di dalamnya.maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong."(Al-mu'min:76)
balasan orang yang sombong!
nauzubillah


kan?sebagai orang yang memiliki ilmu,manfaatkanlah ilmu sebaik mungkin.ketahuilah sahabat bahawa kita sekarang sedang berjihad fisabilillah!and jika kita ditakdirkan meninggal,insyaAllah kita dikira sebagai mati syahid..and ketahuilah orang mati syahid ,rohnya akan beterbangan menuju mana2 pintu syurga.subhanallah!

sampai disini saja perkongsian dari insan yang kerdil lagi lemah.sama2lah kita manfaatkan nikmat Allah selagi hayat dikandung badan. :)

TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD