Saturday, 11 August 2012

awas,makanan dalam neraka !

"bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan."[96:1]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
sebelum tu,ikhlaskan hati,sama2 renungi firman Allah

"dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang.Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang telah kamu kerjakan." [63:11]
umur kita semakin lanjut,tapi mati kita semakin muda.sahabat,adakah dengan meningkatnya usia kita,ibadah kita juga semakin meningkat?wallahualam..

on 23rd ramadhan,insyaAllah malam ni kite sama2 amek iktibar dan pengajaran dpd title 'awas,makanan dalam neraka!'

dalam neraka pun ada makanan,cume sifat makanan itu lain dpd makanan di dunia dan makanan di syurga

  • ZAQQUM
Firman Allah SWT:

"Sesunguhnya pohon zaqqum itu,makanan orang yang banyak melakukan dosa.Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih dalam perut,seperti mendidihnya air yang amat panas." [Ad-Dukhan:43-46]

"(makanan syurga) itukah yang lebih baik atau pohon  zaqqum?Sesungguhnya pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang2 yang zalim(samada mereka percaya atau tidak) .Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka.Buahnya seperti kepala syaitan2.Maka sesungguhnya mereka benar2 memakan sebahagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu."[As-saffat:62-66]


sabda Rasulullah SAW:
"Sekiranya setitis zaqqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia.Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqqum menjadi makananya.?"[HR Tirmidzi,Nasai'e,dan Ibnu Hibban]

  • GISLIN
Firman Allah SWT:
Maka tidak ada seorang teman pun baginya pada hari ini di neraka ini maka tiada (pula) makanan sedikit pun (baginya) kecualli dari nanah dan darah.tidak ada yang memakannya kecuali orang2 yang berdosa"[Al-Haqqah:35-37]

pendapat ulama >>GISLIN
-nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka.[Ibnu Abbas]
-pohon yang menjadi makanan ahli neraka.[Dahhak dan Rabie bin Anas]
-air dari basuhan daging dan darah ahli neraka.[Akhfasy]


  • DARI'E
firman Allah SWT:
Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri.Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar."[ Al-Ghasyiah:6-7]

pendapat para dai'e tentang DARI'E
-tumbuhan yang berduri yang melata di tanah.[Ikrimah]
-batu[Said bin Jubair]
-Tumbuhan hijau yang busuk.Ianya dilempar dari laut ke daratan.[Khalil]
-pohon berasal dari api neraka.[Ibnu Abbas]


Sebelum conclusion dibuat..jom baca hadis ni

Abu Darda berkata,Rasulullah SAW telah bersabda:"Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka.Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka terima dalam neraka.Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka diberikan Dari'e yang tidak menghilangkan kelaparan mereka.Lalu mereka menjerit meminta makanan  dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik.Mereka teringat kalau tercekik di dunia mereka hilangkan dengan air.Mereka pun meminta air minuman.Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi2 panjang yang  berkepala sabit.Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka.segala isi perut terputus apabila masuk ke dalam perut mereka."[HR Tirmidzi]


Masya Allah,agak2 berani x kita nak try rasa makanan tu sume even in just one small bite !?

tepuk dada,tanya iman..adakah ibadah kita nanti mampu dijadikan tiket untuk kita masuk ke dalam syurga atau dijadikan penjolok untuk dihumban ke dalam Jahannam ?nauzubillah..

semoga dengan sedikit coretan dapat memberi effect yang besar terhadap tahap ibadah kita,insyaAllah.

barakallahu alaina :)

Wednesday, 8 August 2012

jikalau ada..

Jikalau ada HATI,didiklah ia untuk mencintai perkara2 yang baik sebelum ia MATI

Jikalau ada MATA,lihatlah perkara2 yang baik sebelum ia BUTA

jikalau ada LIDAH,tuturkanlah perkataan yang bermanfaat dan sopan sebelum ia BISU

jikalau ada TANGAN ,gunakanlah ia ke arah kebaikan sebelum ia KUDUNG

jikalau ada KAKI,berjalanlah ke tempat yang baik sebelum ia TEMPANG

jikalau ada HARTA,manfaatkanlah harta itu ke jalan yang betul sebelum menjadi PAPA



jikalau ada IBU BAPA,kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sebelum mereka pergi MENYAHUT SERUAN ILAHI


doa is the most precious thing we can do:)

bismillahirahmanirahim..

waktu buat medical check up di hospital..doktor syak ada ketumbuhan .x tahu cmne boleh kena,maybe ini adalah salah satu ujian dari-Nya.doktor nak buat operation,tp ditolak sopan .x mungkin operation tu leh dibuat memandangkan lepas raya diri ini akan pulang ke medan perjuangan(moscow).skrg hanya bergantung pada Allah dan ubat

dengan rasa rendah diri,harap sahabat sume dapat doakan untuk kesembuhan diri ini .jazakumullahukhair :)
wasalamualaikum

Sudikah Lailatulqadar untuk berjumpa kita?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui..

Alhamdulillah..kita sekarang telah berada di sepertiga akhir ramadhan!Alhamdulillah,kita juga masih lagi diberi kudrat untuk menghambakan diri kepada Al-Wahid.Alhamdulillah,kita juga masih lagi dikurniakan nikmat yang x dapat ditukar dengan harta..nikmat oksigen :)
Allahuakbar !




Lailatulqadar..saya yakin,pasti ramai di kalangan sahabat yang berharap supaya kita dipertemukan dengan lailatulqadar.semoga Allah memperkenankan hajat kita semua..amin.

bahkan Allah sendiri menyifatkan malam itu adalah malam yang penuh dengan barakah

"Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam yang diberkahi.dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan.Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah."[44:3-4]

malam lailatulqadar juga disifatkan sebagai malam kemuliaan

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan."[97:1]

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."[97:3-5]

em..agak2 bila ea lailatulqadar ni?
persoalan ni..Rasulullah SAW telah menjawab dengan sepotong hadis

>>"carilah lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan."[HR Bukhari]

klu pertama tentang bilakah terjadinya lailatulqadar dah dapat iaitu 10 malam terakhir di bulan ramadhan..

now,we're looking forward to 2nd clue

berlakunya lailatulqadar,ada 'sign' nya..insyaAllah jom kita hayati sign ni betol2


  • udara dan angin terasa tenang
  • malaikat menurunkan ketenangan sehingga menusia merasa ketenangan dan kemanisan dalam beribadah,yang x dapat dinikmati pada hari2 lain
  • manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana yang telah dialami oleh sebahagian sahabat
  • matahari akan terbit pada paginya dengan keadaan jernih,tidak ada sinar.
sabda Rasulullah SAW
"Subuh hari dari malam lailatulqadar matahari akan terbit tanpa sinar,seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik."[HR Muslim]

Ya sahabat,itulah serba sedikit tentang lailatulqadar.semoga kita semua diberikan keazaman dan kekuatan untuk dipertemukan dengan malam kemuliaan dan malam keberkatan.sama2 doakan,insyaAllah.

belum tentu lagi kita akan berkesempatan untuk berjumpa dengan bulan kareem pada thn hadapan,so sama2 gunakan masa yg ada sekarang sebaik mungkin,iA.wallahualam..

sekadar peringatan buat si penulis dan sebagai perkongsian buat sahabat yang dirahmati Allah ,iA :)


berdoalah!




Monday, 6 August 2012

biarlah air mata mengalir..

biarlah ia mengalir..

kerana diberi hidayah dan taufik yang akan mensoleh/ah kan diri,
bukan kerana tergoda dengan godaan iblis laknatullah

biarlah ia mengalir..

kerana takutkan api neraka,
daripada terus menjadi hamba yang derhaka

biarlah ia mengalir

kerana rindukan Syurga
daripada rindukan dunia sehingga hilang harga diri

kerana apa?
kerana air mata itulah yang akan menjadikan kita lebih kuat,yang akan membimbing kita ke jalan Allah,yang akan mentautkan hati kita hanya kepadaNya,yang akan memberikan kita masa depan yang cerah di alam sana.

dan sebaik2 air mata adalah air mata taubat.menangislah kerana Allah

sahabat,sabarlah dalam menghadapi liku dunia.sabarlah dalam menempuhi segala godaan kerana hanya dengan sedikit kesabaran akan mengubah hidup kita.bukan hanya di dunia,malah di akhirat sana,insyaAllah.

wasalamualaikum wbt

hati membatu?

Alhamdulillah,kita dah masuk hari ke18 ramadhan..semoga hari2 kita yg lalu dan akan datang diisi dengan ibadah dan istiqamah keranaNya insyaAllah.bila diri terasa jauh dengan Sang Pencipta,segeralah muhasabah diri dan renovate hati..

hati?
bila sebut tentang hati..banyak persoalan yang boleh dikemukakan.and insyaAllah kali ni kita mengenal tanda2 hati yang dah membatu..
semoga bermanfaat..

  • bila diri terasa malas dan tidak serius untuk beribadah dan melakukan kebajikan.contoh,sengaja melewatkan solat,ibadah sunat ditinggalkan,dosa pahala dipandang ringan.
firman Allah;
"Dan mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan rasa malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka,melainkan dengan rasa enggan."[At-Taubah:54]
  • Apabila dibacakan ayat2 Kalamullah berkenaan janji dan ancaman Allah,hatinya tidak berasa gerun dan khusyuk malah dia merasa tidak senang hati apabila diperdengarkan alunan mutiara kata Allah SWT

  • terlampau taksub dengan duniawi yg hanya sementara sehingga melupakan akhirat yang kekal abadi.segala ibadah,sedekah,cinta,benci hanya untuk dunia!bukan kerana Allah..ketahuilah,orang yg sebegini amatlah rugi seruginya


  • kurang mengagungkan Allah sehingga kekuatan iman menjadi lemah.bila ada yang mencaci tentang islam,dia buat 'dunno' je

  • tidak belajar dengan perkara yang dapat memberi pengajaran.contoh,bila ada kematian..dia hanya menganggap tu hanya perkara biasa,hanya lumrah alam.padahal cukupla kematian sebagai nasihat dalam membentuk mujahid/ah sebagai pemenang di dunia,juara dia akhirat
firman Allah:
"Dan mereka (orang-orang munafik) memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau 2 kali setiap tahun kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran ?[At-Taubah:126]

Wallahualam..
hati-hati dengan hati..tersilap langkah ,hati itu akan mengheret kita ke lembah maksiat,dan yang paling teruk..hati itu juga akan menghumbankan kita ke dalam neraka ! nauzubillah

di dalam hati,letaknya hawa nafsu.dalam hawa nafsu,ada yang menyeru ke arah kebaikan,ada juga yang menyeru ke arah keburukan

sahabat,as a Muslim..we have been given a guide(AQ) ,so please don't misuse(buat perhiasan) that guide.selagi masih ada peluang,hayatilah mutiara kata Allah.insyaAllah hati akan tenang dan automatically renovated lebih2 lg dalam bulan barakah ni :)

barakallahufikum..