Monday, 27 May 2013

Titanic

hari ni nak berkongsi sal titanicla..mostly ramai kan dah tahu sal kisah dan sejarah titanic ni?1 kisah benar ,hangat diperkatakan sehingga hari ini.


tapi di sebalik cerita ni..Allah bagi amaran kat kita.amaran apa?
baca ni :)



1912,pabila kapal titanic siap dibina,maka bermulalah pelayaran orang kaya2(dari kelas 1 sampai kelas 3) dari Liverpool ke  Newyork.sebelum pelayaran,salah seorang dpd kapten telah ditanya..

"do you think that your ship will not be sink in the middle of ocean?"

dan arrogantly dia menjawab..

"even if God wanted to sink it,.he couldn't sink it."

tanpa disedari,si 'jabbar' ini  telah mencabar kekuasaan Allah!


jadi,bermulalah pelayaran mereka merentasi laut Atlantik
sepanjang pelayaran  ,mereka berhibur,spending the night among the wealthiest people.
dan pada malam tu,kabus sangat tebal di hadapan,mereka semua tahu yang cuaca sangat sejuk,so there could be probably an iceberg ahead!

tetapi Allah pegang hati mereka,Dia telah membuatkan  pengemudi kapal berkata ,"aah,tak payah risaulah!its titanic!what can iceberg gonna do on Titanic?!"kapal ni besar kot........(hee..ayat sendiri)
"jika perjalanan diteruskan ,takde pape yang berlaku,even titanic boleh hancurkan puncak iceberg,"fikirnya..

jadi Allah telah membuatkan dia percaya dengan fikirannya lalu perjalanan diteruskan....pada malam yang gelap......penuh kabus..sejuk.tapi di dalam perut kapal hangat dengan hiburan,dancing.mereka tidak sedar yang sakaratulmaut menanti .

Dan akhirnya Titanic bumped dengan iceberg,and antum sume tahu kan..sebelum pengemudi kapal membuat keputusan untuk teruskan perjalanan,beberapa orang pengemudi kapal yang lain berkata..
"kamu tahu kan ini tak selamat," dan dia membalas.. "hey don't worry man,all gonna be well."

*maaflah..kalau guna bahasa rojak!(english+melayu) :D

dan akhirnya.....BAMMMMMM!they hit the iceberg.

dan suasana dalam perut kapal...
mereka masih lagi melayan music,dancing,ada yang tidur ,chef2 tengah masak..

dan beberapa minit selepas tu..pengemudi pun bersuara.

"WE"RE GOING DOWN!"

air mula masuk,bermula dari cabin bawah...menjadikan kapal semakin berat.makin berat,makin berat,makin hilang kestabilan.sebahagian kapal telah tenggelam sepenuhnya manakala sebahagian yang lain menaik ke atas,menyebabkan akhirnya kapal tersebut terbelah dua!ya,kapal yang kuat!kapal yang dijamin tidak akan tenggelam!kapal yang menjamin kemewahan,hiburan!akhirnya karam di tengah lautan Atlantik!



hanya disebabkan oleh iceberg..



mudah je Allah nak balas kan?once He said,"kun fayakun",nothing ,no one,no any creatures can deny.
itulah balasan Allah terhadap mereka yang lalai,lebih2 lagi terhadap orang yang berani mencabar kuasa Allah!orang yang merasa dirinya Jabbar,dan dalam sekelip mata Allah tunjukkan siapakah Al-Jabbar yang sebenarnya.Allahu akbar!

hancur sudah sebuah kapal kebanggaan ..
di manakah kapten yang buat pernyataan "even God couldn't sink this ship." ?
dan itulah Allah,yang memberi amaran kepada seluruh makhluk..jangan sesekali mencabar kuasa Allah!

"katakanlah ,barangsiapa yang berada dalam kesesatan,biarlah Tuhan Yang Maha Pengasih melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka,baik azab mahupun kiamat,maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."(Maryam:75)

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu,kemudian kamu tidak dapat ditolong."(Az-Zumar:54)

Allahualam..sekadar berkongsi :)




Friday, 24 May 2013

bicaraHati


mungkin belum sampai masanya lagi untuk diri ini melangkah lebih jauh

kerana cintaku pada Penciptaku masih lagi nipis,
kerana masih banyak dosa yang perlu ditebus
kerana perjuanganku dalam agama masih lagi goyah
kerana masih banyak bakti terhadap kedua ibu bapa yang belum terlunas

jadi bagaimana mungkin aku boleh bersedia ke arah alam itu?


jika cinta itu hadir..

biarlah cinta itu hadir keranaNya,bukan kerana nafsu
biarlah cinta itu datang sebagai bimbingan yang memimpinku kepada rahmatNya,bukan ke arah murkaNya
biarlah cinta itu dilabuhkan terlebih dahulu kepada Yang Maha Pencinta
biarlah cinta itu berteraskan batu-bata keimanan
biarlah cinta itu menjadi saksi cinta kita terhadap Allah!

jika masa itu telah tiba..
akan ku terima ,
walau siapa jua dirimu
apapun keadaanmu,
kerana ku yakin,itulah imam yang Allah amanahkan untukku  :)

#biarlah masa yang berbicara




"tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"[HR At-Tarmizi]




Thursday, 2 May 2013

cinta Allah vs cinta dunia

sekadar perkongsian..dan renungan bersama :)

dalam satu situasi..

hari tu kita keluarkan duit dari bank,banyak!duit tu banyak ,++RM 100000
***sebagai contoh untuk......... persiapan kahwin.?? :) ***

last2 duit yang kita keluarkan hilang, KENA CURI!

apa perasaan waktu tu?

mestilah..em..

  • sedih
  • lost mood
  • jatuh sakit sebab terlampau memikirkan duit yang hilang
  • menangis,meratap kehilangan duit tu
  • gila...mungkinkah??
tapi ,on the other side..

cuba bayangkan yang  kita dah lama tinggalkan solat subuh!dalam seminggu tu sekali je dia solat subuh..

adakah kita menangis sebab tinggalkan solat tu?
ada ke kita jatuh sakit sebab rasa bersalah dengan Allah?
ada ke kita lost mood sebab terasa kekosongan dalam diri disebabkan tak solat??

Allah,jarang sekali nak merasakan perasaan tu.sangat susah..
nak menitiskan air mata kerana Allah sangat susah!
kenapa?

kenapa sahabat?

kerana,itu tandanya dalam hati kita telah dipenuhi dunia..

yup,CINTA KEPADA DUNIA yang bermaharaja dalam hati,cinta yang tersangat kuat..
buktinya,kita mampu menangis kerana kehilangan duit ,daripada kehilangan berkat solat subuh itu sendiri.

#semoga ana dan sahabat bukanlah termasuk dalam "kita"

sahabat,di saat kematian kita..ada 3 perkara yang akan iringi kita ke kubur;
-->harta kita
-->keluarga kita
-->amal kita

dan dalam ketiga-tiga tu,2 akan pergi..hanya 1 yang tinggal bersama2 kita..itulah,AMAL kita sewaktu kita hidup.

Dari Zaid bin Tsabit ra,beliau berkata,"kami mendengar Rasulullah SAW bersabda:
barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya,maka Allah akan mencerai beraikan urusannya dan menjadikannya miskin/tidak pernah merasa cukup apa yang di hadapannya,padahal dia tidak akan mendapatkan duniawi melebihi apa yang Allah tetapkan baginya.Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat niat utamanya,maka Allah akan menghimpunkan urusannya,menjadikannya kaya/merasa cukup dalam hatinya dan duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah(tidak bernilai)."
HR Ibn Majah

“Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan..." ( Al-Hadiid [57]:20)


Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. jom renungi sabda Rasulullah saw : 

“Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadits riwayat Muslim) 

fi akhiran..
sama2 didik hati,jadikan dunia ni sebagai tempat persinggahan untuk menanam segala amal..han hasilnya boleh dituai saat kita berjumpa menghadap Allah SWT.inshaAllah..


#untuk diri sendiri terutamanya

wasalam alaikum




Monday, 29 April 2013

pabila sekian lama kita tidak berjumpa..

Adik mendakap kakak,adik tersenyum..

kakak sambut pelukan adik..

eh ,adik dah boleh jalan!

sukanya kakak!

eh,adik dah gemuk!

tembamnya adik..hampir je kakak tak kenal..

adik ajak kakak jalan2 kan..

lalu kakak bawa adik jalan2,kita lalu kat kedai makan..adik minta air milo.

"air,air,air"
eh,adik dah boleh bercakap??

gembiranya kakak!

********************************************

lalu kakak buka mata,akak mencari adik.mana adik?tadi adik cakap nak air milo?
mana adik......akak x puas lagi nak jalan2 dengan adik.tanpa akak sedar,air mata menitis.

dan waktu tulah akk tersedar yang saat kita bersama adik itu hanya mimpi.sekali lagi kakak mimpikan adik..

semoga mimpi itu yang datangnya dari Allah mengkhabarkan keadaan adik sekarang.adik yang sekarang ni dah boleh bercakap,gemuk,chubby.kakak rindu adik..tunggu kakak kat sana ye dik?!jika Allah izinkan,kita akan berjumpa!semoga Allah tempatkan adik dalam kalangan orang2 yang dikasihiNya.amin..


huhu

Sunday, 21 April 2013

perang badar

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (al-anfal:2)


Assalamualaikum.
baru lepas tengok Umar Series ,dan paling tertarik kat part waktu tercetusnya perang badar.menarik sebenarnya perang ni,sangat menarik!nak tahu,jom baca lagi...

perang ni berlaku pada 7 Ramadhan 2H (17 Mac 624 M) di antara Mekkah dan Madinah dan merupakan perang pertama dalam islam

Kerisauan Rasulullah SAW

kenapa?

  • Baginda baru sahaja 2 tahun di Madinah
  • jumlah para sahabat ansar juga lemah
tujuan
Pada mulanya,Rasulullah dan para sahabat hanya mencegah  kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai menggunakan harta kaum muslimin di Makkah sewaktu mereka berdagang ke Madinah.

keadaan ini mengundang rasa tidak puas hati dalam diri Rasulullah SAW,lalu Baginda SAW bertindak untuk mencegah kafilah tersebut dan menuntut hak mereka.

Dhamdham dihantar ke Makkah untuk memohon bantuan dpd Abu Jahal.lalu Abu Jahal bangkit membawa seramai 1000 tentera dan bout 100 pasukan berkuda.

keadaan ini membuatkan Rasulullah menjadi risau kerana waktu tu tentera mukimin hanyalah 313 orang,2ekor kuda,70 unta dan mereka tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap seperti baju besi,topi.

salah seorang daripada tentera ansar,Miqdad berkata kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah SAW,laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu,demi Allah kami sentiasa bersamamu.Kami takkan berbicara sepertimana perkataan bani israel terhadap Nabi Musa as ,"pergilah kamu bersama Rabbmu dan berperanglah kamu berdua,kami semua hanya duduk di sini sahaja (Miqdad membacakan surah al-Maidah:24).akan tetapi  kami berkata,pergilah kau bersama Rabbmu dan berperanglah kamu berdua,sesungguhnya kami menyertai kamu."

mendengarkan pengakuan dari Miqdad,Rasulullah kembali ceria dan bersemangat

sewaktu perperangan tercetus,tentera mukmin telah dibantu dengan 1000 malaikat yang diturunkan Allah,seperti yang dinyatakan dalam surah al-anfal.

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Anfal:9-10)


Daripada 1000,berpecah kepada 2 kumpulan :kanan dan kiri
bahagian kanan diketuai oleh Malaikat Jibril as manakala bahagian kiri diketuai oleh Malaikat Mikail as.
jibril as juga diriwayatkan menunggang kudanya yang bernama Haizum.dalam peperangan tersebut,tentra mukmin sebenarnya sedar akan kehadiran dari tentera misteri yang tidak dikenali namun akibat sibuk melawan musuh,mereka mendiamkan diri.

Melalui pertolongan dari Allah,akhirnya tentera mukmin menang walaupun hanya dengan 313 orang.Abu Jahal,musuh utama Rasulullah SAW antara yang terbunuh.Kemenangan tentera Rasulullah SAW menandakan kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab.

so daripada kisah perang ni sendiri banyak pengajaran yang kita dapat ambil .antaranya .,

  • yakinlah dengan pertolongan Allah jika kita di jalan yang benar dan di jalan agama Allah.jika kita menolong agama Allah,Allah pasti akan menolong kita
  • jangan mudah berputus asa dengan kekurangan yang dimiliki,kerana Allah hanya memandang hati yang sentiasa bergantung kepadaNya
  • semangat juang yang tinggi perlu dalam menghasilkan natijah yang excellent!

Saturday, 6 April 2013

kisah teladan:Said bin Amir

Said bin Amir,antara sahabat yang sanggup menggadai kesenangan di dunia untuk akhirat.


Anak muda ini, adalah satu dari ribuan orang yang keluar ke daerah Tan’im di luar Makkah atas undangan para pemuka Quraisy untuk menyaksikan hukuman bunuh atas Khubaib bin Adi, salah seorang shahabat Muhammad setelah mereka menangkapnya dengan cara licik.Khubaib ditangkap kerana orang Quraisy berdendam terhadap kaum Muslimim di atas kemenangan islam dalam perang Badar
Sebagai pemuda yang kuat dan tangguh, Said mampu bersaing dengan orang-orang yang lebih tua umurnya untuk berebut tempat di depan, sehingga dia mampu duduk sejajar di antara para pemuka Quraisy seperti Abu Sufyan bin Harb, Shafwan bin Umayyah dan lain-lainnya yang menyelenggarakan acara tersebut.
Manakala rombongan orang dalam jumlah besar dengan seorang tawanan mereka tersebut telah tiba di tempat yang sudah disiapkan untuk membunuhnya, si anak muda Said bin Amir al-Jumahi berdiri tegak memandang Khubaib yang sedang digiring ke tiang salib. Said mendengar suara Khubaib di antara teriakan kaum wanita dan anak-anak, dia mendengarnya berkata, “Bila kalian berkenan membiarkanku shalat dua rakaat sebelum aku kalian bunuh?”
Said melihat Khubaib menghadap kiblat, shalat dua rakaat, dua rakaat yang sangat baik dan sangat sempurna.
Said melihat Khubaib menghadap para pembesar Quraisy dan berkata, “Demi Allah, kalau aku tidak khawatir kalian menyangka bahwa akumelambatkan solat karena takut mati niscaya aku akan memperbanyak lagi solatku.”
Kemudian Said melihat kaumnya dengan kedua mata kepalanya mencincang jasad Khubaib sepotong demi sepotong padahal Khubaib masih hidup, sambil berkata, “Apakah kamu ingin Muhammad ada di tempatmu ini sedangkan kamu selamat?”
Khubaib menjawab sementara darah menitis dari jasadnya, “Demi Allah, aku tidak ingin berada di antara keluarga dan anak-anakku dalam keadaan aman dan tenang sementara Muhammad tertusuk oleh  duri.”
Di saat itu Said bin Amir melihat Khubaib mengangkat pandangannya ke langit dari atas tiang salib dan berkata, “Ya Allah. balaslah mereka satu persatu, bunuhlah mereka sampai habis dan jangan biarkan seorang pun dari mereka hidup dengan aman.”
Akhirnya Khubaib pun menghembuskan nafas terakhirnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu melindunginya dari tebasan pedang dan tusukan tombak orang-orang kafir.
Orang-orang Quraisy kembali ke Makkah, mereka melupakan Khubaib dan kematiannya.
Namun tidak dengan anak muda yang baru tumbuh ini, Said bin Amir, Khubaib tidak pernah terbenam dari benaknya sesaat pun.
Said melihatnya dalam mimpinya ketika dia tidur, membayangkannya dalam khayalannya ketika dia terjaga, berdiri di depannya ketika dia solat dua rakaat dengan tenang dan tenteram di depan kayu salib, Said mendengar bisikan suaranya di kedua telinganya ketika dia berdoa atas orang-orang Quraisy, maka dia khawatir sebuah halilintar akan menyambar atau sebuah batu dari langit akan jatuh menimpanya.
peristiwa kematian Khubaib mengajarkan sesuatu kepada Said
persoalan besar yang belum dia ketahui selama ini.
Peristiwa kematian Khubaib mengajarkan kepadanya bakwa kehidupan sejati adalah jihad di jalan akidah yang diyakininya sampai maut
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.."(al-Hajj:78)
peristiwa tersebut mengajar Said bahawa iman yg terpancang kuat boleh melahirkan dan menciptakan keajaiban-keajaiban. 


Pada saat itu Allah SWT membuka dada Said bin Amir kepada Islam, maka dia berdiri di hadapan sekumpulan orang banyak, mengumumkan bahwa dirinya berlepas diri dari dosa-dosa dan kejahatan-kejahatan orang Quraisy, meninggalkan berhala-berhala dan patung-patung dan mengikrarkan diri sebagai seorang muslim.
Said bin Amir al-Jumahi berhijrah ke Madinah tinggal bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ikut bersama beliau dalam perang Khaibar dan peperangan lain sesudahnya.
Manakala Rasulullah SAW yang mulia dipanggil menghadap  Rabbnya dalam keadaan ridha, Said bin Amir tetap menjadi sebilah pedang yang terhunus di tangan para khalifah Nabi SAW , Abu Bakar dan Umar radhiyallahu ‘anhum. Said bin Amir hidup sebagai contoh menawan lagi mengagumkan bagi setiap mukmin yang telah membeli akhirat dengan dunia, mementingkan ridha Allah dan pahalaNya di atas segala keinginan jiwa dan hawa nafsu.
Dua orang khalifah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenal kejujuran Said radhiyallahu ‘anhu, dan ketakwaannya, keduanya mendengar nasihatnya dan mencamkan kata-katanya.
Said datang kepada Umar bin al-Khatthab r.a & di awal khilafahnya, dia berkata, “Wahai Umar, aku berpesan kepadamu agar kamu bertakwa kepada Allah dari manusia clan jangan takut kepada manusia dari Allah. Janganlah kata-katamu berbeza dengan perbuatanmu, karena kata-kata yang baik adalah yang dibenarkan oleh perbuatan. Wahai Umar, perhatikanlah orang-orang di mana Allah Ta’ala menyerahkan perkara mereka kepadamu dari kalangan kaum muslimin yang dekat maupun yang jauh, cintailah untuk mereka apa yang kamu cintai untuk dirimu dan keluargamu, bencilah untuk mereka apa yang kamu benci untuk dirimu dan keluargamu, hadapilah kesulitan-kesulitan untuk menuju pada kebenaran dan jangan takut karena Allah terhadap celaan orang-orang yang mencela.”
Maka Umar menjawab, “Siapa yang mampu melakukannya wahai Said?”
Said berkata, “Hal itu bisa dilakukan oleh orang-orang sepertimu yang Allah Ta’ala serahi perkara umat Muhammad dan di antara dia dengan Allah tidak terdapat seorang pun.”
Pada saat itu Umar mengundang Said untuk membantunya, Umar berkata, “Wahai Said, aku menyerahkan kota Himsh kepadamu.” Maka Said menjawab, “Wahai Umar, aku memohon kepadamu dengan nama Allah agar mencoret namaku.”
Maka Umar marah, dia berkata, “Celaka kamu, kamu meletakkan perkara ini di bahuku kemudian kamu berlari dariku. Demi Allah, aku tidak akan membiarkanmu.”
Umar mengangkat Said sebagai garbenor Himsh, Umar bertanya kepadanya, “Aku akan menetapkan gaji untukmu.”
Said menjawab, ‘Apa yang aku lakukan dengan gaji itu wahai Amirul Mukminin? Pemberian dari Baitul Maal kepadaku melebihi keperluanku.” Said pun berangkat ke Himsh menunaikan tugasnya.
Tidak lama kemudian, Amirul Mukminin Umar bin Khatthab didatangi oleh orang-orang yang boleh dipercaya dari penduduk Himsh, Umar berkata kepada mereka, “Tulislah nama penduduk miskin dari Himsh agar aku boleh membantu mereka.”
Mereka menulis dalam sebuah lembaran, di dalamnya tercantum nama fulan dan fulan serta Said bin Amir.
Umar bertanya, “Siapa Said bin Amir?” Mereka menjawab, “garbenor kami.”
Umar menegaskan, “garbenor kalian miskin?”
Mereka menjawab, “Benar, di rumahnya tidak pernah dinyalakan api dalam waktu yang cukup lama.”
Maka Umar radhiyallahu ‘anhu menangis hingga air matanya membasahi janggutnya, kemudian dia mengambil seribu dinar dan memasukkannya ke dalam sebuah kantung. Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Sampaikan salamku kepadanya dan katakan kepadanya bahwa Amirul Mukminin mengirimkan harta ini agar kamu boleh menggunakannya untuk memenuhi keperluanmu.”
utusan itu pun pulang dan mendatangi rumah Said dengan menyerahkan kantung dari Umar bin Khatthab. Said melihatnya dan ternyata isinya adalah dinar, maka dia menyingkirkannya lalu berkata, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Seolah-olah Said sedang ditimpa musibah besar atau perkara berat.
Istrinya datang tergopoh-gopoh dengan penuh kecemasan, dia berkata, “Apa yang terjadi wahai Said? Apakah Amirul Mukminin wafat?”
Said menjawab, “Lebih besar dari itu.” Istrinya bertanya, ‘Apa yang lebih besar?”
Said menjawab, “Dunia datang kepadaku untuk merusak akhiratku, sebuah fitnah telah menerpa rumahku.”
Istrinya berkata, “Engkau harus berlepas diri darinya.” Dia belum mengerti apa pun terkait dengan perkara dinar tersebut.
Said bertanya, “Kamu bersedia membantuku?” Istrinya menjawab, “Ya.”
Maka Said mengambil dinar itu, memasukkannya ke dalam kantung dan bahagikannya kepada kaum muslimin yang miskin.
Tidak  lama setelah itu, Umar bin al-Khatthab datang ke negeri Syam untuk mengetahui keadaannya. Ketika Umar tiba di Himsh, kota ini juga dikenal dengan Kuwaifah, bentuk kecil dari Kufah, kota Himsh disamakan dengan Kufah karena banyaknya keluhan penduduknya terhadap para gabenornya seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kufah. ketika Umar tiba di sana, orang-orang Himsh bertemu dengan Umar untuk memberi salam kepadanya. Umar radhiyallahu ‘anhu bertanya, “Bagaimana dengan garbenor kalian?”
Maka mereka mengadukannya dan menyebutkan empat hal dari sikapnya, yang satu lebih besar daripada yang lain.
Umar berkata, “Apa keluhan kalian terhadap garbenor kalian”"
Mereka menjawab, “Dia tidak keluar kepada kami kecuali ketika sang sudah naik.”
Aku berkata, “Apa jawapanmu wahai Said?”
Said diam sesaat kemudian berkata. “Demi Allah, aku sebenarnya tidak suka mengatakan hal ini, akan tetapi memang harus dikatakan. Keluargaku tidak mempunyai pembantu. Setiap pagi aku menyiapkan adunan utk mereka. kemudian aku menunggunya beberapa saat sampai ia mengembang, kemudian aku membuat roti untuk mereka. kemudian aku berwudhu dan keluar untuk masyarakat.”
Umar berkata, aku pun berkata kepada mereka, “Apa yang kalian keluhkan darinya juga?”
Mereka menjawab, “Dia tidak menerima seorang pun di malam hari.” Aku bertanya kepada Said, “Apa jawapanmu wahai Said?”
Said berkata, “Demi Allah. aku juga malu mengatakan hal ini. Aku telah memberikan siang bagi mereka, sedangkan malam maka aku memberikannya kepada Allah
Aku bertanya. “Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?”
Mereka menjawab, “Dia tidak keluar kepada kami satu hari dalam sebulan.”
Aku bertanya, “Apa ini wahai Said?”
Said menjawab, “Aku tidak mempunyai pelayan wahai Amirul Mukminin, aku pun tidak memiliki pakaian selain yang melekat di tubuhku ini. Aku mencucinya sekali dalam sebulan, dan menunggu sampai kering, baru kemudian aku keluar di petang hari.”
Kemudian aku bertanya, “Apa lagi yang kalian keluhkan darinya?”
Mereka menjawab, “Terkadang dia jatuh pengsan sehingga tidak ingat terhadap orang-orang di sekitarnya.”
Aku bertanya, “Apa ini wahai Said?”
Said menjawab, “Aku menyaksikan kematian Khubaib bin Adi ketika aku masih musyrik, aku melihat orang-orang Quraisy mencincang jasadnya sambil berkata kepadanya, ‘Apakah kamu ingin Muhammad ada di tempatmu ini? Lalu dia menjawab, ‘Demi Allah, aku tidak ingin berada di antara keluarga dan anak-anakku dalam keadaan tenang sedangkan Muhammad tertusuk oleh sebuah duri.’ Demi Allah setiap aku teringat hari itu, yakni ketika aku membiarkannya dan tidak menolongnya sehingga aku sentiasa dikejar ketakutan bahwa Allah tidak akan mengampuniku, maka aku pun pengsan.”
Saat itu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Segala puji bagi Allah yang membenarkan dugaanku kepadamu.”
Kemudian Umar radhiyallahu ‘anhu memberinya seribu dinar agar dia gunakan untuk memenuhi keperluannya.
Istrinya melihatnya, dia pun berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dari pelayananmu, penuhilah keperluan kami dan ambillah seorang pelayan.”
Said berkata kepadanya, “Apakah kamu mau aku tunjukkan kepada yang lebih baik dari itu?” Istrinya balik bertanya. ‘Apa itu?”
Said berkata. “Kita memberikannya kepada siapa yang membawanya kepada kita, kita lebih memerlukan hal itu.”
Istrinya bertanya. ‘Apa maksudmu?”
Said menjawab, “Kita berikan kepada Allah dengan cara yang baik.”
Istrinya berkata, “Setuju dan semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”
Said tidak meninggalkan majlisnya hingga dia membagi dinar tersebut di beberapa kantong. lalu dia berkata kepada salah seorang anggota keluarganya, “Berikanlah ini kepada janda fulan, berikanlah ini kepada anak-anak yatim fulan, berikanlah ini kepada keluarga fulan, berikanlah ini kepada orang-orang miskin dari keluarga fulan.”
Semoga Allah meridhai Said bin Amir al-Jumahi, dia termasuk orangorang yang mementingkan saudaranya sekalipun dia sendiri memerlukan.’
SubhanAllah,betapa hebatnya sahabat Rasulullah.inilah ciri-ciri  pemimpin yang sebenar yang sangat sukar dicari zaman sekarang.even ana sendiri un tak mampu nak contohi teladan Said bin Amir,seorang hamba Allah yang sanggup menjual dunia untuk akhirat.MasyaAllah..

Saturday, 30 March 2013

kembali

Assalamualaikum,asif mr blog,dah lama ana x menconteng kat wall ni.bukan x rindu,bukan x nak menulis,cuma kadang2 diri ini perlukan sedikit waktu untuk muhasabah.yelah,melalui blog ni,ana menaip lagaknya seperti seorang daie,.tapi bila di dunia luar,ana jadi sebaliknya.jadi ana buat keputusan untuk 'berehat sekejap' menjadi typer .ana x nak bila di hadapan sahabat,di hadapan keluarga ,ana dipanggil hipokrit,apa lagi di hadapan Allah.mesti akan rasa frust,kecewa bila Tuan kita sendiri x ingin memandang hamba yang diciptakanNya.nauzubillah

Allah sendiri telah berfirman
"...mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(itu) sangatlah dibenci Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan."(As-saff:2-3)

selama hampir sebulan ana sembunyikan diri dari laman blog.bila dilihat dalam blog ana,banyak post2 islamik,ayat2 cinta dari Allah.ya!memang jari2 ini yang menaip semua itu,namun adakah hati ini turut berbicara sedemikian?jika direnungkan,apa yang dapat disimpulkan.

ANA BELUM LAGI MENGGUNAKAN SEPENUH HATI ANA UNTUK MENCINTAI DAN MENJADI HAMBA ALLAH.

Astaghfirullah al azim.. T.T

ana menipu diri sendiri,dan ana juga menipu Allah!
-dalam blog,ana pernah menyeru sahabat untuk sentiasa ingat Allah di waktu senang dan susah,tapi hakikatnya ana sendiri yang lupa Allah waktu senang,dan bila susah ana kembali ingat Allah.malunya ana dengan Allah.

-dalam blog,ana menyeru sahabat untuk bersabar dengan ujian Allah,tapi hakikatnya ana sendiri yang mengeluh disaat Allah timpakan ujian.

-dalam blog,ana menyeru untuk contohi sifat2 Rasulullah SAW,,tapi hakikatnya ana sendiri malas untuk berselawat.ana lebih suka layan muzik dpd selawat.

-dalam blog,ana menyeru supaya bangun malam,qiam.tapi hakikatnya ana sendiri susah nak berbuat demikian.mungkin dosa2 ana yang terlalu byk hingga membuatkan hati ana berat untuk bangun mengingat Allah.

nauzubillah,semoga x tergolong dalam golongan 'mereka' berdasarkan firman Allah:
"mereka menipu Allah dan orang2 beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tampa mereka sedari."(al-Baqarah:9)

malu dengan Allah.selama ni Allah lah yang banyak berikan ana nikmat kehidupan..tapi ana membalasnya dengan penipuan.astaghfirullah..



selama bertahun-tahun,ana masih lagi x mampu nak kikis semua sifat2 jahiliyyah yang bersarang dalam hati.inshaAllah,i'm trying to be khalifah dan abid seperti yang disuruh Allah:

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."(Az-Zariyat:56)

cakap memanglah senang,tapi nak buat tu susah !

ya,x dinafikan dalam usaha kita untuk berhijrah memang banyak halangan dan tarikan.tapi apa yang pasti,tarikan yang kuat itulah banyak mengajar erti untuk menjadi daie yang sebenar.daie yang betul2 bersedia hadapi segala dugaan,ujian,cabaran semata2 mengharap keredhaan Allah.Daie yang kental,dan tidak putus asa dalam menegakkan agama Allah.menjadi daie yang bukan sahaja bertumpu kepada agama,namun kepada ilmu.kerana ilmu juga sebahagian dpd agama.

di kesempatan ni juga,ana ingin memohon maaf atas segala salah silap dan salah kepada sahabat sama ada yang mengenali ana atau x.ana doakan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus menjadi daie yang bukan hanya sekadar pada nama..tapi menjadi daie yang bersandarkan amanah dan tanggungjawab.ameen..

inshaAllah,jumpa lagi untuk penulisan yang seterusnya.inshaAllah,jazakumullahukhair :)
Assalamualaikum,

#kalau sebelum ni menggunakan panggilan diri 'aku'/'saya',namun kali ni lebih selesa dengan panggilan 'ana'. :)