Friday, 24 May 2013

bicaraHati


mungkin belum sampai masanya lagi untuk diri ini melangkah lebih jauh

kerana cintaku pada Penciptaku masih lagi nipis,
kerana masih banyak dosa yang perlu ditebus
kerana perjuanganku dalam agama masih lagi goyah
kerana masih banyak bakti terhadap kedua ibu bapa yang belum terlunas

jadi bagaimana mungkin aku boleh bersedia ke arah alam itu?


jika cinta itu hadir..

biarlah cinta itu hadir keranaNya,bukan kerana nafsu
biarlah cinta itu datang sebagai bimbingan yang memimpinku kepada rahmatNya,bukan ke arah murkaNya
biarlah cinta itu dilabuhkan terlebih dahulu kepada Yang Maha Pencinta
biarlah cinta itu berteraskan batu-bata keimanan
biarlah cinta itu menjadi saksi cinta kita terhadap Allah!

jika masa itu telah tiba..
akan ku terima ,
walau siapa jua dirimu
apapun keadaanmu,
kerana ku yakin,itulah imam yang Allah amanahkan untukku  :)

#biarlah masa yang berbicara




"tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"[HR At-Tarmizi]




No comments:

Post a Comment