Wednesday, 4 July 2012

malam nisfu syaaban.jom hayati !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang mengurniakan hamba kudrat untuk mencoret halaman blog ni :)




Alhamdulillah,malam ni,.5 july adalah malam nisfu syaaban !..malam yang ditunggu-tunggu.kenapa ??

sebab malam nisfu syaaban adalah antara malam yang DIKABULKAN DOA ! nah,ini buktinya..

Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan:Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu:pada malam jumaat,malam  hari raya aidil adha,malam hari raya aidil fitri,malam pertama di bulan rejab dan malam nisfu syaaban.
[imam Syafie]


malam nisfu syaaban juga dikatakan sebagai malam pengampunan dosa,malam yang penuh rahmat;

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Allah memandang kepada semua makhlukNya pada malam nisfu syaaban,maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
[hadis riwayat inbu majah,at-tabrani dan ibnu hibban]

"Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan berkata Jibrail:"Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.Maka berdirilah dan kerjakanlah solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit".kataku:"hai jibrail,apakah erti malam ini?".Jibrail menjawab,"pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat maka Allah SWT mengampuni orang2 yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir,dukun,orang yang suka bermusuhan,peminum khamar,orang yang berbuat zina,pemakan riba,orang yang derhaka kepada orang tua,orang yang suka mengadu domba,dan orang yang memutuskan tali persaudaraan.maka sesungguhnya mereka itu tidak diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi."[Zubdhatul wa'izhin]

"Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan syaaban dan 3 hari pada pertengahan syaaban dan 3 hari pada akhir syaaban,maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi,dan seperti orang2 yang beribadah kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan syaaban,bertaqwa kepada Allah dan mentaati Allah,serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat,maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya pada 1 tahun itu dari segala macam bencana dan dari segala macam penyakit."

*petikan dari hasil tulisan Usman al-Khaibawi

bukan senang kan nak jumpa malam nisfu syaaban ni..ramai antara saudara kita yang x dapat nak sambut malam barakah kerana roh mereka telah meninggalkan jasad.

sama2 ikhlaskan hati, kita hayati malam ni..insya Allah..jangan terlepas !




semoga kita semua akan dipertemukan juga dengan bulan ramadan yang akan tiba tak lama lagi,insyaAllah !

wasalamualaikum

Sunday, 1 July 2012

Soal Jawab dalam FB !

jom baca...dan hayati


1. "Bajet ah ko ni post Islamik2".
Jawab, "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Ko bajet nak masuk belah mana?"

2. "Tayahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab, "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab, "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab, "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status je pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la ko ni."
Jawab, "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman ko."

muhasabah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

nak bermadah sikit.... :) :)



Ajaklah SABAR untuk temani hari2 duka kita
Peluklah ISTIQAMAH tatkala diri keletihan dalam perjalanan taqwa
Bersandarlah pada TAWADUK tatkala kesombongan datang menghalang jiwa
Mintalah nasihat dari AQ dan SUNNAH di saat hatimu kegelisahan








setiap masalah yang dihadapi yakinlah cinta-Nya
cintailah Allah sebagai cinta tertinggi di hati kita
kerana hanya cinta-Nya yang abadi lagi sempurna
cinta yang mampu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat !



Sunday, 24 June 2012

Kemenangan milik Islam







Alhamdulillah..calon ikhwanul muslimin akhirnya bakal menerajui kerajaan di bumi para anbiya'.Mohammed Morsi telah mendapat undian tertinggi iaitu 13 230 131 undian berbanding ahmed Shafiq dengan 12 347 380 undian .

Semoga kegemilangan bumi anbiya' kembali bersinar  di bawah pimpinan seorang hafiz.tahniah dari kami ! mabrook

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar !






"Dan Allah telah berjanji kepada orang2 beriman di antara kamu dan yang mengerjakan amal2 soleh,bahawa Dia sungguh2 akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi sebagaimana dia telah menjadikan orang2 yang sebelum mereka berkuasa,dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan benar2 Dia akan menukar ( keadaan) mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.Dan barang siapa yang tetap kafir sesudah (janji) itu,maka mereka itulah orang2 yang fasik." [An-Nuur:55]