Tuesday, 11 June 2013

bot dan hati



bismillahirahmanirahim..



kadang2 kita terlalu mengejar duniawi sehingga kita lupa sebenarnya hati kita telah menjadi sebuah bot yang bocor dan lautan dunia telah memenuhi bot tersebut sehingga bot tersebut semakin tenggelam.semakin tenggelam dan semakin tenggelam jika terus dibiarkan .sehingga kita tidak sedar yang bot itu telah pun berada di dasar lautan yang paling gelap sehingga cahaya matahari tidak mampu nak tembusi kegelapan tu.

dan hati itu mula terperangkap dengan dosa2 dan cintakan dunia/wahnan.dan kadang2 kita akan rasa down kerana dikelilingi KEGELAPAN.kita tiada arah untuk dituju,gelap.gelap.tiada cahaya untuk menyuluh jalan pulang.namun itu bukanlah pengakhiran sesebuah kehidupan..

kerana kegelapan malam pun akhirnya kembali disinsing fajar.. :)

selagi hati masih lagi berdetak,kita masih lagi punya jalan keluar dari kegelapan.kadang2 kegelapan dasar laut itu hanyalah perhentian atau turning point buat kita.di situlah hati kita akan menemui mutiara and get rise up!rise up towards the light..jika waktu itu kita mencari pemilik hati itu,kita akan menemuinya dan Dialah yang akan menaikkan kita kembali ke permukaan.dan akhirnya menggantikan kegelapan kepada cahaya(keimanan).

-Yasmin Mogahed-

dari analogi sebuah bot dan lautan ni ,amat sesuai dengan firman Allah

"Allah adalah penolong bagi orang-orang beriman,Allah mengeluarkan mereka dari KEGELAPAN-KEGELAPAN  menuju CAHAYA.."(al-baqarah:257)

analogi taubat

ibn Qayyum pernah berkata;
Syaitan sangat gembira sewaktu Nabi Adam as diturunkan ke dunia dari syurga.
tapi syaitan tidak tahu yang seorang penyelam dasar boleh kutip banyak mutiara yang boleh bawa banyak keuntungan.
itulah taubat :)

Allahualam



No comments:

Post a Comment