Wednesday, 20 June 2012

nazieka huda

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,18 jun 2012,9.30 pagi ,aku and the gang selamat sampai ke pangkuan family .Sesampainya aku di airport sultan mahmud,aku teros dipeluk ma!Subhanallah,tenangnya hati waktu tu ! bayangkan hampir 10 bulan aku dambakan pelukan seorang ibu,dahagakan kasih sayang seorang ibu sehingga terbawa masuk dalam mimpi and finally it became reality !..Alhamdulillah..and petang tu,my parents made some suprising majlis kesyukuran sempena ketibaanku and sempena birthday adik busuku,nazieka huda.

Memandangkan birthday adikku@ ika yang ke-6 dah tiba..so aku nak kongsikan cite tentang ika..
banyak yang telah berubah kat dia..physically,dia dah makin kurus tapi makin tinggi.mirip muka dia un dh mcm kakak dia..hehe.dari segi lainnya,dia dah berubah !almost 100% .Alhamdulillah,dia sekarang dah makin matang,x macam dulu lagi,suka merajuk.

sekarang ika dah pandai solat..time aku solat berjemaah ngn dia,mesti dia akan baca lafaz ketika solat kuat2   ! kata ma aku,kadang2 apa yang dia baca leh didengar sampai luar rumah !
 
       and dia un dah start ngaji al-Quranul karim..amat berbeza denganku waktu kecik dulu..time aku 6 tahun,aku baru je start nak baca iqra,tapi adikku ..haih,malu pun ada ngn diri ni.
     
        dia jugak dah berubah jadi adik yang sangat rajin ! tanpa diminta,dia tolong aku kemas rumah ..Alhamdulillah.kalau sebelum ni dia x suka tidur ngn kakaknya,tapi sejak kepulanganku dia mesti tidur sekali and x cukup dengan tu,dia mesti akan suh kakak dia buat bedtime story sampaila dia ngantuk.


selain tu,dia dah makin dengar cakap,and patuh..Alhamdulillah, ya Allah,semoga adikku dan familyku sentiasa berada dalam bimbinganMu.. aku  sangatla bertuah di atas kurniaanMu yang penuh nikmat,Alhamdulillah 3x !

ika,kak ira harap u'll be good muslimah 1 day..and seorang anak dan adik yang mampu bahagiakan kami dunia dan akhirat.walaupun ika masih kecik,tapi akak percaya u'll have bright future.i believe..



nazieka huda,ur sis really love u ! :)

Monday, 18 June 2012

MOSCOW-DUBAI-KL-K.TRG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..setelah hampir 2 hari perjalanan dari moscow dan dubai akhirnya kami selamat sampai ke KLIA.Along the journey,nothing bad happened..just a few unpredictable scene happened but that can be covered smoothly.

Perasaan bila dah jejakkan kaki ke tanah air hanya Allah je yang tau!bayangkan,jika selama 10 bulan sebelum ni..kami menjadi golongan minoriti di tempat orang,sekarang bila dah bertapak di tempat sendiri,xde pape yg perlu dirisaukan lagi.kat sini,kami dah x perlu cari tempat2 yang jarang orang lalu untuk solat.kalo lapar,pergi je mana2 kedai,konpem halal !

currently i'm at KFC KLIA...hehe ,lame betol x makan kat restoran feberet ni :D
insyaAllah esok akan bemula perjalananku pulang ke kuala terengganu.Ya Allah, x sabar nak berada dalam dakapan ma,x sabar nak cium tangan ma..x sabar nak bermesra dengan family..semoga dorang terima baik kepulanganku nanti.And lepas ni,i'll go on my practical at HSNZ..hopefully ,all come smoothly..insyaAllah !

domodedovo airport




waiting for check in luggage



xtaula nak cakap pe..

~

comelnye

at dubai



last from moscow untuk kali ni





















hampir ke situ !




sampai j KLIA terus serbu tempat ni !

Sunday, 17 June 2012

Abah,selamat hari bapa

"kalau baleh abah nak anak2 abah jadi anak soleh dan solehah,abah nak anak2 abah besar nanti jadi orang yang berjaya.jangan tinggal solat,jaga adik2"
itulah pesan arwah abah...sebelum allahyarham pergi meninggalkan ma dan adik2 and pesan tu akan aku sentiasa ingat dan pesanan tu sentiasa tersimpan dalam hati even abah dah hampir 12 tahun pergi.

Abah,walaupun abah dah lama pergi,tapi jasa dan pengorbanan abah untuk kami tetap dikenang.dulu,pagi2 abah selalu masakkan untuk kami nasi goreng and hampir setiap hari abah akn buat rutin tu.tanpa abah minta,mama pun tolong abah.

ingat lagi waktu kita pindah rumah baru,lepas tu ira kena buli budak2 nakal..lepas tu abah pun datang warning kat budak2 tu..waktu ira terjatuh dalam parit,abah jgk yang tolong selamatkan ira..tolong bersihkan segala kotoran dan luka..and bila tiba je waktu solat,abah mesti panggil kami untuk solat sekali.waktu tu..ira xde lagi telekung.tapi abah cakap.."nanti abah belikan telekung,tapi ira kenala jaga solat lepas ni" .

Tapi,Allah lebih sayangkan abah..Allah timpakan ujian buat abah..abah jatuh sakit,abah xleh nak bangun,sampaikan nak amek wudhuk kami yang bantu.abah...x sempat pun nak belikan ira telekung.pagi tu,abah sakit tenat..tapi abah suruh jugak kami pergi sekolah..katanya,ilmu tu penting.lepas balik dari sekolah,..abah

aku melihat dirimu..terkujur di atas katil..tiba2 ada 2 orang nurse menutup tubuhmu dengan kain putih.abah ! maafkan anakmu sebab x dapat nak berjumpa denganmu di saat sakaratul maut menjemputmu.dunia ini terasa kosong tatkala aku melihat dirimu dimasukkan ke dalam liang lahad..time tu,aku lihat ma.dia x menangis,tapi aku tahu hatinya menangis.ma cakap abah nak berehat,nanti kita akan jumpa dia lagi..mama,dirimu sangat tabah !

Walaupun dirimu kini tiada,tapi pesananmu abah..akanku ingat selalu.hari ni,anakmu akan pulang ke tanah air untuk bertemu ma dan adik2 ..juga dengan papa.abah,walaupun kami dah dapat cari peggantimu,tapi itu tetap tidak sama !  abah,anakmu sangat rindukan pelukanmu.abah...

abah,nantikan kunjungan anakmu ke pusaramu..insyaAllah.
abah,semoga dirimu tenang di sana,semoga kita akan berjumpa lagi.maafkan anakmu andai terdapat salah dan khilaf yang mengguris hatimu sepanjang hayatmu abah..

doaku sentiasa mengiringimu..SELAMAT HARI BAPA

Saturday, 16 June 2012

ujian Allah

selawat dan salam ke atas Rusulullah SAW serta ke atas keluarga baginda

Apa khabar iman?apa khabar hati?hari ni..ada ke x ye kebaikan yang kita buat?mana lagi banyak yang kita buat hari ni?baik ke buruk?lau banyak kerja baik,Alhamdulillah ! tapi kita ikhlas x semata2 kerana Allah time berbuat baik tu?or kite buat sekadar nak dapat nama?? em..jawapan tu hanya Allah dan diri sendiri je yang tau :)

nikmat yang paling manis..apabila Allah mentarbiyahkan kita dengan ujianNya yang pelbagai,namun rantaian ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta dugaan,yang memberi suntikan semangat kebangkitan,yang melahirkan kesungguhan dalam berjuang,,melalui tautan HATI.



Demi Allah ,tidak disediakan jalan yang mudah dalam menuju cintaMu.menitis air mata tatkala merinduiMu..menitis air mata tatkala merasakan semakin jauh..tetapi janji Allah tetap segar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini Allah.Allah menyatakan."wajiblah cintaKu kepada orang yang berkasih sayang kepadaKu." 
(Hassan al-Banna)



tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian,
tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan,
tiada rasa kepayahan jika tiada pergantungan..

tunjangkan resahmu di dada SOLAT..
himpunkan peritmu di himpunan DOA..
tutupi kekecewaanmu dengan KEREDAAN & KETAKWAAN
nilaikanlah kesucian hatimu dengan KEIHKLASAN HATI


jika SYURGA menjadi idaman,jalannya seluas mata memandang
jika KEAMPUNAN menjadi buruan,gerbangnya sedia menanti
USAH GUSAR DUGAAN DI HADAPAN ,ANDAI HATI NEKAD MENGEJAR CINTA ILAHI YANG HAKIKI !!

sahabat,jangan bersedih andai dirimu ditimpa musibah ..ketahuilah Allah sedang menjahit sejadah keimanan yang kian terkoyak.bersabarlah,sesungguhnya janji Allah itu benar !

"Maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi." (40:55)

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar."(2:155)

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata orang2 yang sabar." (3:142)

"Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih,yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah.Sungguh,Allah berserta orang2 sabar." (8:46) 

"Dan sebutlah nama Tuhanmu,dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati." (73:8)

Subhanallah,banyak pesanan Allah untuk kita tentang sabar ! sabar dalam ujian Allah sedikit sebanyak akan menaikkan martabat kita di akhirat kelak,insyaAllah..so,dalam bersabar janganlah MENGELUH  .sebab bila dah mengeluh,itu tidak lagi dinamakan sabar :)



"sungguh,manusia diciptakan bersifat suka mengeluh." [70:19] 
 jom renovate hati !

 wasalamualaikum
 p/s:pesanan ni ditujukan juga buat sang penaip

istiqaMah

sebelum tu,jom kita lafazkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ke atas keluarga baginda :)

istiqamah...satu perkataan yang senang disebut,tapi untuk menjalankan erti istiqamah amat berat.ISTIQAMAH..

Semenjak diri ini bertapak di rusia,pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa and semua itu menjadikan diri ini matang dan hanya bergantung kepada Allah dan kawan2 memandangkan parents tiada di sisi.sepanjang hampir 10 bulan aku mengikuti program usrah and sedikit sebanyak program tu membawa ku ke landasan yang baru di mana disitu aku temui diriku yang baru

namun,hati ini bimbang..tatkala diri ini pulang ke tanah air..tatkala diri ini kembali ke pangkuan parents yang sentiasa dirindui.tatkala hati ini dihibur oleh gelak ketawa kawan2 dan saudara di msia.tatkala diri ini mendapat kesenangan..mendapat kemewahan .Aku takut hati ini akan menjadi lalai,hati ini akan menjadi lemah dek godaan dunia.Aku takut hati ini akan kembali ke jalan yang lama.ya, ke jalan yang mana ketika itu diri ini terlalu jahil dalam mengenal tarbiyah Pencipta.Ya Allah,kuatkanlah hati ini!teguhkanlah iman hati hamba2Mu yang sedang bertatih mencari redaMu !

istiqamah..itulah yang perlu aku dan kita semua lakukan.Allah SWT telah beri hidayah buat hamba2Nya yang terpilih termasuklah kita.Hidayah itu akan menjamin hala tuju kita di alam kekal.Bukan senang nak dapat hidayah.bila dah dapat,grab betol2,genggam kuat2.

sepanjang 2 bulan pulang bercuti ke tanah air..aku harap diri ini dan sahabat2 seperjuangan mampu untuk istiqamah dalam menjalankan ibadah.Mungkin akan berlaku sedikit kecacatan dalam istiqamah nanti..jika di moscow kita gunakan masa lapang untuk 'berdating' dengan Allah ,di msia mungkin masa itu akan digunakan untuk enjoy dengan kgkawan,lepak2..


istiqamah itu jihad,  jihad fi sabilillah..
jomla kita renungkan mesej dari Allah ni..

"Sesungguhnya  orang2 yang beriman,dan orang2 yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."[2:218]

Dalam ayat ni,istiqamah tu boleh dikatakan sebagai salah satu jihad,jihad dalam melawan hawa nafsu..jihad dalam melakukan kebaikan hanya kerana Allah semata2,bukan untuk mengharapkan junjungan dan pujian daripada manusia..tu sume  x akan jamin kita happy di alam sana nanti.

Ya Allah,pimpinlah kami..kuatkan hati kami dalam berjihad di jalanMu,kuatkan iman kami dalam menghadapi ujianMu,kuatkan tubuh kami dalam beribadah kepadaMu,jauhkan diri kami dari kemurkaanMu dan kumpulkan kami nanti di antara golongan yang dikasihiMu.amin,.amin,.amin

Friday, 15 June 2012

NILAI DAN HARGA MANUSIA

Apa khabar iman kita?Alhamdulillah,hari ni nak berkongsi ilmu lagi untuk diri sendiri dan sahabat2 sume . ^^
nilai dan harga manusia..untuk renungan kita bersama :)



sahabat2 tahu x?dalam diri kita senanya ada 4 perkara yang berharga !
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan 4 perkara juga.Adapun yang berharga itu adalah akal,agama,malu dan amal soleh.maka..
  • Akal boleh hilang disebabkan MARAH  
  • Agama boleh hilang disebabkan DENGKI
  •  malu boleh hilang disebabkan TAMAK 
  •  Amal soleh boleh hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

manusia akan menghadapi 4 penarikan,antaranya..

  • malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya
  • para ahli waris akan menarik hartanya
  • ulat akan menarik tubuhnya
  • orang yang dimusuhi/dianiayai akan menarik barang kepunyaanya di hari kiamat iaitu AMALNYA
Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit ada 4..
  • memberi maaf pada waktu marah
  • suka memberi pada waktu susah
  • menjauhi yang haram pada waktu sunyi
  • mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti/kpd orang yang diharapkan sesuatu dpdnya
4 perkara yang hanya diketahui oleh 4 jenis orang:
  • nilai masa muda-diketahui oleh orang tua
  • nilai kedamaian-hanya diketahui oleh orang yang ditimpa musibah
  • nilai kesihatan-hanya diketahui oleh orang sakit
  • nilai kehidupan-diketahui oleh orang yang telah mati
Setakat ni sahaja perkongsianku di hari jumaat yang diberkati Allah.insyaAllah,jika diberi kudrat..perkongsian seterusnya menyusul..insyaAllah.akhir kata,salam mujahadah ! jom sama2 muhasabah dan berubah..


Monday, 11 June 2012

indahnya tarbiyah-Mu

Alhamdulillah..
setelah segala halangan dan cabaran berjaya ditempuhi,kini aku dah berjaya tamatkan first year as medical student(4 years to go more..).Sungguh aku x kan dapat lepasi sume ni tanpa bimbingan Allah SWT and iringan doa daripada orang tuaku yang x putus2.insyaAllah,dengan tamatnya pengajian tahun pertamaku di bumi soviet,on 18 jun 2012 aku akan balik ke tanah air about 2/3 months.on sep,i'll get as title second year student,insyaAllah.Ma pa,nantikan..

  Kat sini,aku just nak kongsikan pengalaman sepanjang aku bertapak di sini.bermula 25 sep 2011(first day in moscow) hingga sekarang,banyak perkara aku telah belajar and all of that things made me strong and strong to face the world,insyaAllah.here,i'm not just learning about medicine,about how our arteries anastomose,how many muscle layer in our body ,but the most thing i've learned is THE WAY OF ISLAM.That way tought me on how we can conduct our daily life properly..yes,it's true!betol sangatlah kata orang,ISLAM IS THE WAY OF LIFE!not just in here,but also in the hereafter

Musllims  here..walaupun dari tutur kata x sama dengan kita,tapi bila kita dan mereka dalam agama yang 1 which is islam..kita dan mereka sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah.means,Allah x ciptakan kita sebagai hamba2-Nya dengan sia2 melainkan untuk beribadah kepada-Nya.and the term IBADAH doesn't mean kita hanya perlu bersimpuh atas sejadah semata-mata tapi jihad fi sabilillah(memuntut ilmu kerana Allah dan kerana agama islam) itu juga dikira sebagai ibadah.Apa yang aku perasan tentang muslim kat sini,dorang memang betul2 berpegang kepada ajaran islam and sangat mementingkan pertalian ukhuwah sesama muslim.



Sebagai student medic,jatuh bangun tu dah jadi inti along my life.Itu adalah fitrah yang x dapat kita nak elakkan dalam perjuangan menuntut ilmu.namun,saat diri ini terjatuh,Allah ada untuk memujuk :)
"maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah itu benar,dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi."(Al-Ghafir:55)
mendalami ayat ini,Allah bagi ujian bukan untuk saja2.,tapi untuk menjadikan kita makin dekat dengan-Nya ..Allah rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya yang makin jauh dibuai godaan dunia.Subhanallah

Aku juga belajar erti brsyukur.kalau di Malaysia,segala keperluan dan kehendak ma .papa yang uruskan.tapi bila aku bertapak di sini,tiada lagi tangan yang memberi.segala keperluan perlu diuruskan.masak,pergi kelas,basuh baju,beli barang  keperluan dapur..semua benda tu secara x langsung telah menjadikan aku semakin matang dan berdikari dalam menguruskan kehidupan.Alhamdulillah,Allah tempatkan aku di sini tidak sia2 selain untuk merenungi kebesaranNya dan belajar mensyukuri nikmat-Nya.

PENGHARAPAN KEPADA ALLAH ITU ADALAH PERLU!!

yar,..sebagai hamba yang serba kekurangan kita x akan mampu hadapi rencah dunia tanpa kebergantungan kepada Yang Esa.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..indahnya tarbiyahMu.

Ya Allah,sungguh sedikit sekali hamba-Mu ini bersyukur dengan segala nikmat-Mu.Ya Allah,bimbinglah kami di jalan reda-Mu,jangan Engkau biarkan kami berpeluk dengan diri sendiri walaupun sesaat.Ya Allah,hadirkanlah rasa rindu di hati kami untuk bertemu dengan-Mu.Ampunilah segala dosa kami.Satukanlah hati2 kami dalam berjuang di jalan-Mu.amin

wasalamualaikum wbt