Friday, 20 July 2012

Arah Pandangan Mata Ketika Solat

Assalamualaikum wbt
Dengan nama Allah YAng Maha Pemurah Lagi Mengasihani

Bita kita sedang mendirikan solat.agak2la pandangan arah mata kita kat mana ea?
kiri?
               kanan?
atas?

bawah?



sebelum menjawab persoalan tu,jom renungi hadis ni :)

Rasulullah SAW telah bersabda:
"Apabila kamu solat,janganlah kamu menoleh(ke sana sini  iaitu tidak fokuskan pandangan) kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke arah wajah hamba-Nya yang sedang solat selama mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain."(Al-Bukhari dan Abu Daud)
so,kesimpulan dpd hadis tu..time solat,mata kita digalakkan untuk fokus kat tempat kita bersujud. kenapa?
sebabnya..

  • mendatangkan khusyuk ketika solat
  • menghilangkan gangguan luar dan memfokuskan hati ketika solat
  • menimbulkan rasa rendah diri
  • membezakan keadaan orang yang sedang solat dan di luar solat
  • menghilangkan rasa sombong
wallahualam..

Adab2 Di Bulan Ramadan

Assalamualaikum wbt..apa khabar iman?

Alhamdulillah,sabtu ni(21 jul) kita dah masuk bulan ramadan,di mana bulan yang paling barakah ,pintu2 syurga  terbuka luas dan pintu2 neraka ditutup rapat2,syaitan2 akan diikat,bulan di mana al-Quran diturunkan..penghuni kubur saling bergirangan kerana pada bulan ramadan,mereka tidak diseksa.kalau nak diceritakan kelebihan ramadan ni,memang tersangatla banyak !

kali ni,saya x nak berkongsi panjang tentang kelebihan ramadan,kerana sememangnya ramai di antara kita yang dah tahu tapi insyaAllah pada petang jumaat ni saya cuma nak berkongsi tentang adab2 di bulan mulia ni .

ADAB-ADAB BERPUASA...


  • kadang2 kita puasa tu..niat x betul.ada yang puasa semata2 untuk kurus,ada yang nak tunjuk alim,ada yang nak tunjuk machola..

even kita dah niat orally puasa kerana Allah,tp hati kita niat selain kerana Allah..niat tu j akan membuatkan puasa kita  x sempurna,ingat tu ?!

  • kita berpuasa,tapi mengumpat,.mencarut.kalau boleh elakkan perkara tu sebab bukan sahaja akan mengurangkan pahala puasa,tapi kita juga akan mendapat dosa besar ! nauzubillah

  • sebaiknya,pada bulan ramadan ni,kurangkan sedikit demi sedikit dpd perbuatan yg sia2.contoh?
    layan lagu2 jiwang raban,merempit,lepak,tengok tv,terlampau boros especially kat bazar.kalau x leh buat semua dalam 1 masa,do it step by step..kadang kita kena paksa diri kita tuk buat kebaikan..and ingatlah paksaan itu adalah 1 JIHAD !

  • cuba kita perhatikan,kebanyakan dari kita mesti akan makan banyak2 time nak berbuka kan.lepas tu,bila perut dah overload mulalah mata pun menjadi berat,diri terasa malas untuk beribadah.so,jom sama2 kawal makan sebab bila banyak sangat makan,itu akan membawa kepada penyakit hati !

  • time nak berbuka tu,janganlah kita bersifat kikir.bukalah hati untuk menjamu jiran/sanak saudara.lagi digalakkan kepada kita untuk menjamu anak2 yatim
firman Allah dalam surah al baqarah:274
"orang2 yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

  • Di bulan puasa ni,jadikan analan membaca,mentafsir atau mendengar alunan Kalamullah sebagai peneman.besar ganjaran dia .jangan bazirkan masa keemasan ni.belum tentu lagi yang kita akan bersua dengan ramadan for next yr kan?dalam banyak2 bulan,hanya dalam bulan ramadan umat islam disunatkan untuk mendirikan solat terawih.Subhanallah,special betol !

  • Qiamullail di malam bulan ramadan especially di 10 terakhir bulan ramadan

  • last sekali,bila kita amalkan semua di atas,insyaAllah kita akan terasa 1 kelainan dalam diri,and perasaan tu akan lebih dekatkan lagi kita kepada Allah SWT,insyaAllah.trust me !


ayuh bertukar kepada diri yang 'baru' di bulan kareem :)


Sunday, 15 July 2012

::RAHSIA DALAM SOLAT

In the name of Allah,the Most Merciful and the Most Greatest of all !

Alhamdulillah,kali ni dapat lagi saya mencoret blog :)

Memandangkan bulan syaaban dah nak melabuhkan tirai ,dan bulan ramadhan berada di ambangan..jomla kita muhasabah diri kita dulu @ buat checklist especially in our solat

senanya,di sebalik solat ada rahsia tau ! nak tahu?? ok davai..(davai tu same maksud dengan jom tp ni versi russian :) )

ada 13 semuanya rahsia dalam solat
  • mula2 nak solat,mestila kita mulakan dengan niat dulu kan?
rahsia niat -->memelihara taubat kita kita di dunia dan akhirat

  • dalam solat,kena berdiri betol2 ye?sebaik2 orang yang berdiri tegak adalah ketika dalam solatnya.berdiri ni ada rahsianya jugak
-->ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur ,iA
  • takbiratul ihram.k,cite sikit sal takbir ni..ketika solat,kita wajib lafaz dengan penuh dan jelas.
rahsia takbir-->sebagai pelita yang akan menerangi kita di dalam kubur
  • fatihah,bacaan wajib dalam solat
-->sebagai pakaian yang indah2 di dalam kubur
  • ruqu' pula dijadikan sebagai tikar untuk kita di alam kubur nnt
  • duduk antara dua sujud?pun ada rahsianya..
-->akan menaung panji2 nabi kita di dalam kubur
  • duduk antara dua sujud(akhir)
-->sebagai kenderaan di padang mahsyar
  • tahiyat akhir
-->sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan munkar dan nakir
  • selawat Nabi
-->sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
  • salam,sesuai dengan maknanya yang bermaksud selamat
-->memelihara kita di dalam kubur
  • tertib,semestinya akan ada pertemuan kita dengan Allah SWT
Dari Abdullah bin 'Amr ra Rasulullah SAW bersabda :
"senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang yahudi/kafir tidak suka angka 13 dan hari jumaat.Itulah sebab mengapa mereka mencipta ceita yang begitu seram sekali iaitu Friday the 13th."

sebagai tambahan,amalkan membaca Kalamullah selalu..sebagai pendamping kita di alam kubur,so nanti xla kita keseorangan..

let's prepare ourselves for ALLAH

semoga bermanfaat,insyaAllah

Wallahualam

wasalamualaikum wbt

Friday, 6 July 2012

Cara Penghuni Neraka Tidur

mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahim

Mungkin ramai yang x tahu cara penghuni neraka tidur cmne..so kat wall ni,tetibe saya tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat ilmu.kepada yang dah tahu,leh j lau nak baca.ape salahnya kan..hee.



persoalannya sekarang..penghuni neraka tu tidur ke ea?Wallahualam..
pape pun,sama2 kita renungi hadis ni

Dari Abu Dzar ra,beliau mengatakan "suatu hari Nabi Muhammad SAW sedang berjalan melewatiku.ketika itu aku sedang tidur secara meniarap atau tengkurap.Maka Baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata,"Hai Junaidib(panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka." [Ibnu Majah]

Dari Abu Hurairah ra,beliau berkata RAsulullah SAW pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya,maka baginda berkata,"sesungguhnya cara berbaring seperti ini DIBENCI oleh Allah." [Tarmidzi]

kita x mau kan DIBENCI Allah instead of DICINTAI Allah..
so sahabat,sama2 bermuhasabah,sama2 kita berubah cara kita tidur !

checklist before having rest time (sleep)

  • take wudhuk
  • recite surah al-Mulk
  • recite ayat kursi and 3 kul
  • pray for parents
  • forgive all people and forget all of ur kindness towards them
  • have intention of doing qiamullail
selamat beramal.. :)

Wednesday, 4 July 2012

malam nisfu syaaban.jom hayati !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang mengurniakan hamba kudrat untuk mencoret halaman blog ni :)




Alhamdulillah,malam ni,.5 july adalah malam nisfu syaaban !..malam yang ditunggu-tunggu.kenapa ??

sebab malam nisfu syaaban adalah antara malam yang DIKABULKAN DOA ! nah,ini buktinya..

Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan:Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam iaitu:pada malam jumaat,malam  hari raya aidil adha,malam hari raya aidil fitri,malam pertama di bulan rejab dan malam nisfu syaaban.
[imam Syafie]


malam nisfu syaaban juga dikatakan sebagai malam pengampunan dosa,malam yang penuh rahmat;

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Allah memandang kepada semua makhlukNya pada malam nisfu syaaban,maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
[hadis riwayat inbu majah,at-tabrani dan ibnu hibban]

"Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu syaaban dan berkata Jibrail:"Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.Maka berdirilah dan kerjakanlah solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit".kataku:"hai jibrail,apakah erti malam ini?".Jibrail menjawab,"pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat maka Allah SWT mengampuni orang2 yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir,dukun,orang yang suka bermusuhan,peminum khamar,orang yang berbuat zina,pemakan riba,orang yang derhaka kepada orang tua,orang yang suka mengadu domba,dan orang yang memutuskan tali persaudaraan.maka sesungguhnya mereka itu tidak diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi."[Zubdhatul wa'izhin]

"Barang siapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan syaaban dan 3 hari pada pertengahan syaaban dan 3 hari pada akhir syaaban,maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi,dan seperti orang2 yang beribadah kepada Allah selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan syaaban,bertaqwa kepada Allah dan mentaati Allah,serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat,maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya pada 1 tahun itu dari segala macam bencana dan dari segala macam penyakit."

*petikan dari hasil tulisan Usman al-Khaibawi

bukan senang kan nak jumpa malam nisfu syaaban ni..ramai antara saudara kita yang x dapat nak sambut malam barakah kerana roh mereka telah meninggalkan jasad.

sama2 ikhlaskan hati, kita hayati malam ni..insya Allah..jangan terlepas !




semoga kita semua akan dipertemukan juga dengan bulan ramadan yang akan tiba tak lama lagi,insyaAllah !

wasalamualaikum

Sunday, 1 July 2012

Soal Jawab dalam FB !

jom baca...dan hayati


1. "Bajet ah ko ni post Islamik2".
Jawab, "Memang, memang aku bajet nak masuk syurga. Ko bajet nak masuk belah mana?"

2. "Tayahlah nak tunjuk bagus, menyampah aku!".
Jawab, "Aku tengah cuba nak baguskan diri sendiri sebab skrg aku rasa aku macam sampah depan Tuhan."

3. "Berdakwah konon."
Jawab, "Bukan konon, memang aku tengah dakwah diri aku sendiri."

4. "Bukannya best pun status tu. Poyo ah!"
Jawab, "Memang tak best sebab aku bukannya nak jual buku. Aku update status je pun. Biar poyo skrg, jgn poyo depan Tuhan di akhirat depan."

5. "Aku block je la ko ni."
Jawab, "Alhamdulillah, jika itu yg terbaik utk iman ko."

muhasabah

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

nak bermadah sikit.... :) :)



Ajaklah SABAR untuk temani hari2 duka kita
Peluklah ISTIQAMAH tatkala diri keletihan dalam perjalanan taqwa
Bersandarlah pada TAWADUK tatkala kesombongan datang menghalang jiwa
Mintalah nasihat dari AQ dan SUNNAH di saat hatimu kegelisahan








setiap masalah yang dihadapi yakinlah cinta-Nya
cintailah Allah sebagai cinta tertinggi di hati kita
kerana hanya cinta-Nya yang abadi lagi sempurna
cinta yang mampu membawa kebahagiaan dunia dan akhirat !