Alhamdulillah,sabtu ni(21 jul) kita dah masuk bulan ramadan,di mana bulan yang paling barakah ,pintu2 syurga terbuka luas dan pintu2 neraka ditutup rapat2,syaitan2 akan diikat,bulan di mana al-Quran diturunkan..penghuni kubur saling bergirangan kerana pada bulan ramadan,mereka tidak diseksa.kalau nak diceritakan kelebihan ramadan ni,memang tersangatla banyak !
kali ni,saya x nak berkongsi panjang tentang kelebihan ramadan,kerana sememangnya ramai di antara kita yang dah tahu tapi insyaAllah pada petang jumaat ni saya cuma nak berkongsi tentang adab2 di bulan mulia ni .
ADAB-ADAB BERPUASA...
- kadang2 kita puasa tu..niat x betul.ada yang puasa semata2 untuk kurus,ada yang nak tunjuk alim,ada yang nak tunjuk machola..
even kita dah niat orally puasa kerana Allah,tp hati kita niat selain kerana Allah..niat tu j akan membuatkan puasa kita x sempurna,ingat tu ?!
- kita berpuasa,tapi mengumpat,.mencarut.kalau boleh elakkan perkara tu sebab bukan sahaja akan mengurangkan pahala puasa,tapi kita juga akan mendapat dosa besar ! nauzubillah
- sebaiknya,pada bulan ramadan ni,kurangkan sedikit demi sedikit dpd perbuatan yg sia2.contoh?
layan lagu2 jiwang raban,merempit,lepak,tengok tv,terlampau boros especially kat bazar.kalau x leh buat semua dalam 1 masa,do it step by step..kadang kita kena paksa diri kita tuk buat kebaikan..and ingatlah paksaan itu adalah 1 JIHAD !
- cuba kita perhatikan,kebanyakan dari kita mesti akan makan banyak2 time nak berbuka kan.lepas tu,bila perut dah overload mulalah mata pun menjadi berat,diri terasa malas untuk beribadah.so,jom sama2 kawal makan sebab bila banyak sangat makan,itu akan membawa kepada penyakit hati !
- time nak berbuka tu,janganlah kita bersifat kikir.bukalah hati untuk menjamu jiran/sanak saudara.lagi digalakkan kepada kita untuk menjamu anak2 yatim
firman Allah dalam surah al baqarah:274
"orang2 yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan,maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
- Di bulan puasa ni,jadikan analan membaca,mentafsir atau mendengar alunan Kalamullah sebagai peneman.besar ganjaran dia .jangan bazirkan masa keemasan ni.belum tentu lagi yang kita akan bersua dengan ramadan for next yr kan?dalam banyak2 bulan,hanya dalam bulan ramadan umat islam disunatkan untuk mendirikan solat terawih.Subhanallah,special betol !
- Qiamullail di malam bulan ramadan especially di 10 terakhir bulan ramadan
- last sekali,bila kita amalkan semua di atas,insyaAllah kita akan terasa 1 kelainan dalam diri,and perasaan tu akan lebih dekatkan lagi kita kepada Allah SWT,insyaAllah.trust me !
ayuh bertukar kepada diri yang 'baru' di bulan kareem :)
No comments:
Post a Comment