“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan). (6:160)
Sunday, 22 July 2012
Ganjaran Berpuasa ::
Assalamualaikum..salam hari ketiga ramadhan !Alhamdulillah,masih lagi diberi nikmat untuk bernafas dan terus beribadah dalam mengejar mardhatillah !
Memandangkan kita sekarang sedang berada dalam as-sahrul kareem,izinkan diri ini untuk berkongsi sedikit input untuk sahabat yang diingati sokmo.semoga bermanfaat
on this wall,i just wanna ask ..especially to myself and my sahabah.
ADAKAH KITA BETUL2 IKHLAS BERPUASA KERANA ALLAH??
soalan tu,xde sape boleh jawab melainkan diri sendiri dan Allah SWT.
kalau puasa kerana Allah,baguslah !sebab banyak ganjarannya..
antaranya...
pintu syurga dibuka,ditutup pintu neraka
"Apabila telah tiba ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan."(HR Al - Bukhari dan Muslim)
diampuni segala dosanya yang lalu
"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu."(HR An-Nasa'ie)
pahala berlipat ganda
"Segala amal kebajikan anak adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda.Allah berfirman,"kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku."(HR Muslim)
jauh dari api neraka
"Barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."(HR Bukhari)
perisai dari siksaan
"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan api neraka."(HR Imam Ahmad)
Beroleh 2 kegembiraan
"..dan bagi orang berpuasa 2 kegembiraan iaitu;apabila tiba waktu berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya,dia gembira dengan puasanya."(HR al-Bukhari dan Muslim)
Doa sangat mustajab
"tiga doa yang sangat mustajab.doa orang yang sedang berpuasa,doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir."(HR Bukhari,Ahmad dan Tirmidzi)
masuk dalam syurga
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut sebagai Ar-Rayyan;pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya ( dan ) tidak seorang pun selain mereka memasukinya."(HR Bukhari)
Subhanallah,pemurahnya Allah kat hambaNya !!
so,dalam bulan kareem ni,jom kita sama2 tanamkan tekad untuk menjadi seorang abid yang sentiasa mendapat reda Allah,insyaAllah.
wallahualam
semoga bermanfaat,wassalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
azie, ingat sarah lg tk? hehe... salam ramadhan
ReplyDeleteingatla..hehe.salam ramadhan juga buat sarah :)
ReplyDelete