Tuesday, 24 July 2012

Kesilapan Muslim di Bulan Puasa

Assalamualaikum,alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi.insyaAllah,kali ni nak berkongsi kata2 yang dipetik dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang kesilapan yang biasa muslim(termasuk saya) pada bulan ramadhan

antaranya..

::bangun sahur pada tengah malam kerana malas bangun di akhir malam

jika amalan ini diamalkan secara berterusan,kita akan terhalang dpd mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Rasulullah SAW ,malah amalan ini bercanggah dengan sunnah baginda.
sahur itu sendiri bermaksud akhir malam(1/6 malam).

::bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja
firman Allah ketika memuji orang mukmin
"dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan istighfar."[Az-Zariyyat:8]


Ditanya kepada Nabi Muhammad SAW (oleh seorang sahabat) :
"Wahai Rasulullah,waktu bilakah doa paling didengari(oleh Allah SWT)?"
jawab baginda:"pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu."[HR Tirmidzi]



::tidak bersolat ketika berpuasa
adalah satu kesalahan besar ! tidak sempurna puasa seorang hamba tanpa mendirikan solat.macam mana kita nak bersenang hati di hadapan Allah dengan puasa kita sedangkan ibadah solat kita tidak dirikan?

::menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan
x dinafikan,ada juga among us yang berniat seperti ni.malangnya,ibadah kita diterima berdasarkan niat ! so,bila niat dh x betul,belum tentu ibadah kita diterima.nauzubillah

::bermalasan di siang hari dengan alasan berpuasa
ketahuilah,setiap pekerjaan jika diniatkan sebagai ibadah pasti ganjaran pahala berlori2 sedang menanti !subhanallah

sama betulkan apa yang x betul dan kekalkan,tingatkan apa yang dah betul.wallahualam

barakallahualaikum




No comments:

Post a Comment