Sunday, 22 July 2012

Fadilat Solat Sunat Dhuha

hujan rahmat sedang membasahi bumi Allah.Alhamdulillah..

Assalamualaikum wbt..priviet !hehe..

insyaAllah,hari ni saya nak berkongsi sedikit ilmu dengan antum semua..kali ni,jom kita share pendapat tentang kelebihan solat sunat dhuha,.
Dhuha tu bermaksud pagi,so solat ni disunatkan setiap waktu pagi,selepas waktu syuruk.




jom renungi hadis ni

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha,membaca pada rakaat pertama surah al-fatihah,kemudian ayat kursi 10 kali dan pada rakaat kedua dibaca surah al-fatihah  dan surah al-ikhlas 10 kali,nescaya ia mendapat kerelaan Allah yang Maha Besar."(HR Anas bin Malik)

"Barangsiapa yang mengerjakan solat sumat dhuha terus menerus,akan diampuni dosanya oleh Allah SWT,sekalipun dosa itu seluas lautan."(HR Tirmizi)

"Setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah dan setiap bertasbih sedekah dan  setiap tahmid itu sedekah,dan setiap ucapan takbir itu sedekah,dan menyeru dalam kebaikan itu sedekah,dan melarang dari kejahatan itu sedekah,dan sebagai ganti semua itu,cukuplah dengan mengerjakan solat sunat dhuha 2 rakaat."(HR Ahmad,Muslim dan Daud)

selepas selesai solat,jom baca,hayati dan hafal doa ni :)




so sahabat,di bulan kareem ni,tekadkan hati,kuatkan langkah dalam mencari diri kita yang 'baru'.jika niat fi sabilillah,insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah. :)

sekian tuk kali ni,wassalamualaikum



No comments:

Post a Comment