Saturday, 28 July 2012

tangisan jenazah

In the name of Allah,The Most Gracious and The Most Merciful

dalam surah al-imran ada menyatakan
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati."
sahabat,kenapa tetiba saya post entry pasal mati?
ketahuilah,tujuan entry ni dipostkan bukanlah untuk menakutkan sesape,tetapi untuk menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup

tujuan entry ni dipostkan untuk mempersiapkan diri kita dalam menuju to next destinations

untuk renungan bersama,mari kita hayati butiran kata imam Al-Ghazali
"...demi Allah..seandainya jenazah yang kalian sedang tangisi boleh berbicara sebentar,lalu menceritakan(pengalaman sakaratul mautnya) kepada kalian nescaya kalian akan melupakan jenazah itu dan mula menangisi diri kalian sendiri."

masyaAllah..apa perasaan sahabat lepas baca ungkapan di atas?

sebagai manusia biasa,manusia yang x perfect..selagi masih diberi peluang untuk bernafas,selagi itu pintu taubat dan pintu keampunan masih dibuka luas.lebih2 lagi sekarang kita sedang berada di dalam bulan rahmat ni.subhanallah

alam dunia hanya sementara,tapi di akhirat kekal abadi.
*renungilah apa yang dah kita buat sepanjang hayat dikandung badan..(ditujukan juga buat sang penaip)


           kehidupan dunia adalah bayangan kehidupan kita di akhirat


Disini juga..sebagai hamba yang hina lagi x sempurna..
dear sahabat,please forgive me for all of my wrongdoings


sebelum mata tertutup,sebelum nafas terhenti..maafkanlah diri ini..agar diri ini tenang menuju ke sana 

wallahualam,barakallah alaikum
 

Friday, 27 July 2012

'saya minta' vs 'saya tak minta'


  • saya x minta yang terbaik,tapi saya minta yang boleh menjaga saya dengan baik

  • saya x minta yang alim tapi saya minta yang boleh bimbing saya ke jalan Allah

  • saya x minta yang romantik,tapi saya minta yang ikhlas menjadi pengisi ruang hati

  • saya x minta yang kacak,tapi saya minta yang sedap mata memandang,sejuk terasa di hati

  • saya x minta yang kaya,tapi saya minta yang bersyukur dengan apa yang ada
insyaAllah apa yang saya minta akan menang..sebab apa?

fikir2!

#saya di sini adalah kita semua iA..

amacam,ada yang terasa? :)

wanita itu

wanita yang aku cintai
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir takut,cinta dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya
dari waktu ke waktu

wanita yang selalu aku rindui
adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar keihklasan
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya sentiasa mengingati Allah

wanita yang aku cintai
adalah wanita yang mendekatkan hatiku yang kian jauh
kepada Dia yang satu

wanita yang aku kenang
adalah yang bersyukur dengan apa yang ada
yang tersenyum di saat musibah menimpa
yang bersabar dengan apa yang tiada

wanita yang aku sayang
adalah wanita yang menjadi pelita untuk putera dan puterinya
yang selalu berada di belakang anaknya
yang gigih mendidik anaknya


wanita itu..ya wanita itu

wanita itu,adalah

MAMA..

mum,ur're that 'wanita'
nothing can change my love towards u :)


Tahajjud.jom !

Saidina Umar Al-khattab menyatakan fadilat atau kelebihan Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan dari malam,hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."[surah Al-Isra':79]
berkata Saidina Umar:
"sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud)  dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara,5 di dunia dan 4 di akhirat."

5 kurniaan di dunia

  • jauh dari segala penyakit
  • lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
  • percakapannya mengandungi hikmah
  • diberikan kekuatan dan dikurniakan rezeki dalam agama(halal dan berkat)
4 kurniaan di akhirat
  • dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
  • dipermudahkan hisab
  • cepat melalui sirat al-mustaqim (seperti kilat)
  • diserahkan suratan amalan di akhirat nanti melalui tangan kanan
 subhanallah untungnya orang yang sanggup tinggalkan waktu tidur semata- mata untuk solat.
sahabat,biarlah jika kita miskin harta...kerana itu hanya sementara.asal kita kaya dengan ibadah kerana Allah.

i'm writing this entry..it doesn't mean that i'm a perfect person.it just,i'm also advicing myself.maaf dipinta jika sahabat ada terasa sama ada dengan entry yg telah dipublishkan mahupun dengan sang penaip

 barakallah alaikum

Tuesday, 24 July 2012

Kesilapan Muslim di Bulan Puasa

Assalamualaikum,alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi.insyaAllah,kali ni nak berkongsi kata2 yang dipetik dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman tentang kesilapan yang biasa muslim(termasuk saya) pada bulan ramadhan

antaranya..

::bangun sahur pada tengah malam kerana malas bangun di akhir malam

jika amalan ini diamalkan secara berterusan,kita akan terhalang dpd mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Rasulullah SAW ,malah amalan ini bercanggah dengan sunnah baginda.
sahur itu sendiri bermaksud akhir malam(1/6 malam).

::bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja
firman Allah ketika memuji orang mukmin
"dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan istighfar."[Az-Zariyyat:8]


Ditanya kepada Nabi Muhammad SAW (oleh seorang sahabat) :
"Wahai Rasulullah,waktu bilakah doa paling didengari(oleh Allah SWT)?"
jawab baginda:"pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu."[HR Tirmidzi]



::tidak bersolat ketika berpuasa
adalah satu kesalahan besar ! tidak sempurna puasa seorang hamba tanpa mendirikan solat.macam mana kita nak bersenang hati di hadapan Allah dengan puasa kita sedangkan ibadah solat kita tidak dirikan?

::menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan kemeriahan
x dinafikan,ada juga among us yang berniat seperti ni.malangnya,ibadah kita diterima berdasarkan niat ! so,bila niat dh x betul,belum tentu ibadah kita diterima.nauzubillah

::bermalasan di siang hari dengan alasan berpuasa
ketahuilah,setiap pekerjaan jika diniatkan sebagai ibadah pasti ganjaran pahala berlori2 sedang menanti !subhanallah

sama betulkan apa yang x betul dan kekalkan,tingatkan apa yang dah betul.wallahualam

barakallahualaikum




Untungnya Jatuh sakit !

salam ramadhan kareem..

untungla jatuh sakit !kenapa?

sebabnya..
 Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit,Allah akan utuskan 4 malaikat 

malaikat pertama ~ akn mengambil selera makan
malaikat kedua ~ mengambil rezeki
malaikat ketiga ~ mengambil kecantikan wajah(muka pucat)
malaikat keempat ~ mengambil dosa

Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat,Allah akan menyuruh malaikat pertama,kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat untuk memberi balik dosa hamba-Nya tersebut.


 Subhanallah,betapa sayangnya Allah kat hamba-hambaNya,especially umat Muhammad SAW !so sahabat,bersyukurlah kita jika ditimpa penyakit.kerana sakit itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap hamba2Nya,sakit tu jugak sebagai penghapus dosa.

selagi sakit itu berterusan,selagi itu dosa kita akan dihapuskan (kecuali dosa mensyirikkan Allah)

.ingatlah Allah ,surely Dia pasti akan ingat kita.

Dan kepada mereka dikatakan,pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini;dan tempat kembalimu ialah neraka,dan sekali-kali tidak akan ada penolong bagimu."[45:34]

insyaAllah,jumpa lagi di lain entry.
wasalamualaikum 

L0ve Story~

salam ramadhan kareem!

juz nak share..cube baca dialog ni

bf : i really love u some much dear !
gf :really?u sure?!
bf :of coursela sayang!u x percaya ke?
gf :buktinya?
bf :lautan api sanggup ku redah demimu!
gf :oh,awak tahu x lautan api tu ape?
bf :em,..dunnola.why?
gf :kalau awak nak masuk neraka(lautan api),pergilah awak seorang,jangan babitkan saya.lebih baik awak cakap "saya sanggup menikahi awak demi cinta kita kerana Allah."


so,pengajarannya..dalam bercinta tu jangan over sampai nak redah lautan api.sebaiknya bercintalah selepas kahwin,segala susah senang diharungi bersama.

ada untungnya kahwin awal..kan?so kpd sahabat yg dh jumpe pasangan tu ,cepat2lah kahwin ye?jangan lupe  jemput sang penulis ni ! ^^



barakallahualaikum~