Saturday, 17 March 2012

dedication to mama

assalamualaikum,

 Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

ma, dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,

Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Ma,dah lame kan kite tak ketemu?ketahuilah bahawa dirimu langsung tidak kulupai walaupun jarak sepanjang 8000 km memisahkan kita.even now u're not in front of me,u're still my guiding star.segala tunjuk ajar ma x pernah anakmu lupa..
ma,sejujurnya anakmu ini sangat memerlukan doamu,sangat memerlukan sokongan darimu dalam mengejar cita-cita.maafkan anakmu ini jika tak dapat nak hubungimu setiap hari,maafkan anakmu jika segala perbuatan dan perkataan yang dilakukan anakmu menghiris hatimu.

ma,ketahuilah bahawa anakmu ini sangat merindukan pelukanmu,anakmu ini sangat rindukan leteranmu,anakmu ini sangat rindukan belaianmu.anakmu ini juga sangat rindukan untuk bermanja denganmu.sungguh,!diriku sangat rindukan semua tu.


wahai ibuku

maafkanlah anakmu ini andai tak dapat menjadi anak yang solehah.sesungguhnya anakmu ini sedang mencuba untuk menjadi anak yang solehah di matamu,untuk menjadi anak yang mampu mengalirkan air mata gembiramu.

wahai ibuku,

anakmu ini kini telah besar
anakmu ini kini telah pandai
anakmu ini kini sedang berjuang
anakmu ini juga sentiasa mengharapkan doa yang tulus ikhlas dari mu

akhir kata,nantikanlah kepulangan anakmu ke tanah air..

salam rindu,salam sayang,salam kasih dari seorang anak 




  

No comments:

Post a Comment