seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah
wanita solehah..
melihatnya mengingatkan kita kepada Pencipta Teragung
raut wajahnya terpancar sinar nur Ilahi
melihat perlakuannya mengingatkan kita akan mati
mengenalinya,makin bertambah kekuatan iman
mengenalinya juga menjauhkan kita akan maksiat dan perbuatan sia2
kecantikannya terlihat daripada ketulusan hatinya yang tersembunyi
muslimah sejati
tidak dilihat sejauh mana kebaikan yang dilakukannya
tapi sejauh mana keikhlasannya dalam melakukan kebaikan
tidak dilihat daripada kelunakan suara yang dilantunkan
tapi dari apa yang disampaikannya
tidak dilihat seindah pakaian yang dipakai
tapi dilihat sejauh mana dia mempertahankan kehormatannya
tidak dilihat sebanyak mana ujian yang ditimpakan
tapi dilihat sejauh mana dia bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa
duhai bidadari dunia..
kamu digolongkan sebagai golongan lemah
air matamu sering menjadi peneman disaat kamu ditimpa kesedihan
kudratmu tidak dapat menandingi kudrat kaum adam
namun ketahuilah bahawa Allah sangat memuliakan mu
"apabila seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu,berpuasa sebulan(ramadhan),menjaga kehormatan dan taat pada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana2 pintu yang dia sukai."(hadis riwayat Ahmad)subhanallah!beruntungnya aku dilahirkan sebagai seorang wanita!
peringatan buat sahabatku yang bergelar wanita,..
Ya Allah,bimbinglah kami dalam menggapai redhaMu..amin
No comments:
Post a Comment