Alhamdulillah,setelah berhempas pulas akhirnya selamat menamatkan tahun kedua belajar di sini.dan rindu kepada ma ,papa adik2,saudara mara kat malaysia semakin kuat.hanya Allah yang tahu betapa kuatnya rindu ini.tidak lupa rindu buat allahyarham..inshaAllah pusaramu akan kulawati ..
dalam renungan,ku teringat pesan arwah ."kak ira,besar nanti jadi orang berguna,jangan tinggal solat,jadi anak solehah".walaupun dah lama abah pergi,namun pesanan allahyarham tetap akan ku ingat .walaupun cuma 7 tahun merasa kasih sayang dari seorang abah,namun dalam waktu yg singkat itulah telah banyak pengorbanan abah.abah,semoga dirimu berbahagia di sana.inshaAllah kami di sini akan cuba jadi anak yg soleh,akan selalu doakanmu abah
sejak abah pergi,ma yang akan ganti tempat abah.Allah..cepatnya masa berlalu,.terasa bagai baru semalam ma kejutkan anak2 untuk ke sekolah.terasa baru semalam ma buatkan susu sebelum kami ke sekolah,terasa baru semalam ma hulurkan wang untuk berbelanja..
ma,besarnya pengorbananmu tidak terbalas,tingginya sabarmu tidak terhingga.,kuatnya kudratmu tidak terbatas.di hadapan anak2 sentiasa berwajah ceria,namun ku tahu di sebalik cerianya wajahmu terselit seribu kesakitan.ya,kesakitan yang ma tanggung untuk kami.kami tahu ma.kami tahu.terima kasih ibuku
ira rindu untuk memelukmu ma!sudah lama tidak merasa eratnya pelukan ibu.saat kepala ini menongkat di bahumu,itu adalah saat yang paling bermakna dalam diriku.rindu,rindu,rindu..
dan kehadiran papa dalam keluarga sedikit sebanyak meringankan bebanmu menyara kami.papa,walaupun kami ni bukan anak kandung papa,tapi layanan papa terhadap kami ibarat layanan seorang ayah terhadap anaknya sendiri.memberi kami makan,wang belanja,masak buat kami,kemas bilik kami.dengan adanya papa ,ma kini semakin bahagia.namun,dalam diam hatinya tetap merindui arwah abah.
kadang2 diri terasa sangat malu dengan Allah.betapa banyaknya nikmat yang Dia kurniakan,namun sedikit sekali hati ini bersyukur.astaghfirullah..jika buka rahmat yang Allah curahkan,tidak mungkin tautan kasih sayang antara kami menjadi erat.semoga ikatan inilah yang akan membawa kami ke syurga
kepada ma,abah,papa
inshaAllah kak ira,ijad,adik ika akan cuba jadi anak soleh dan berjaya di mata ma,papa,abah dan juga di hadapan Allah kelak.dunia ini hanya sementara,di akhirat itulah yang kekal.dan semoga Allah izinkan kita untuk bersatu kembali di akhirat nanti.
*nantikan anakmu
wasalam
“Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan). (6:160)
Thursday, 20 June 2013
Tuesday, 11 June 2013
bot dan hati
bismillahirahmanirahim..
kadang2 kita terlalu mengejar duniawi sehingga kita lupa sebenarnya hati kita telah menjadi sebuah bot yang bocor dan lautan dunia telah memenuhi bot tersebut sehingga bot tersebut semakin tenggelam.semakin tenggelam dan semakin tenggelam jika terus dibiarkan .sehingga kita tidak sedar yang bot itu telah pun berada di dasar lautan yang paling gelap sehingga cahaya matahari tidak mampu nak tembusi kegelapan tu.
dan hati itu mula terperangkap dengan dosa2 dan cintakan dunia/wahnan.dan kadang2 kita akan rasa down kerana dikelilingi KEGELAPAN.kita tiada arah untuk dituju,gelap.gelap.tiada cahaya untuk menyuluh jalan pulang.namun itu bukanlah pengakhiran sesebuah kehidupan..
kerana kegelapan malam pun akhirnya kembali disinsing fajar.. :)
selagi hati masih lagi berdetak,kita masih lagi punya jalan keluar dari kegelapan.kadang2 kegelapan dasar laut itu hanyalah perhentian atau turning point buat kita.di situlah hati kita akan menemui mutiara and get rise up!rise up towards the light..jika waktu itu kita mencari pemilik hati itu,kita akan menemuinya dan Dialah yang akan menaikkan kita kembali ke permukaan.dan akhirnya menggantikan kegelapan kepada cahaya(keimanan).
-Yasmin Mogahed-
dari analogi sebuah bot dan lautan ni ,amat sesuai dengan firman Allah
"Allah adalah penolong bagi orang-orang beriman,Allah mengeluarkan mereka dari KEGELAPAN-KEGELAPAN menuju CAHAYA.."(al-baqarah:257)
analogi taubat
ibn Qayyum pernah berkata;
Syaitan sangat gembira sewaktu Nabi Adam as diturunkan ke dunia dari syurga.
tapi syaitan tidak tahu yang seorang penyelam dasar boleh kutip banyak mutiara yang boleh bawa banyak keuntungan.
itulah taubat :)
Allahualam
Sunday, 2 June 2013
berniqab itu terrorist?
Alhamdulillah..sejuk hati melihat ramai sahabat yang dah start pakai purdah,berniqab
kadang2 terlintas juga pertanyaan di hati..
dorang dah start berniqab,tapi diri yang menaip ni bila lagi?(huhu..)
tapi itulah,keadaan di sini(moscow) sangat tidak selamat bagi yang berniqab..
*akan di cop oleh russian sbg terrorist.
even orang mesir yang dulunya berniqab,terpaksa menanggalkan niqabnya bila menetap di moscow...
dan pesanan buat sahabat yang berniqab,yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran di moscow..tak kiralah bidang pape pun,diharapkan agar antum berfikir betul2 dan istikharahlah :)
oh russian,we're muslims,we're just like we're.we are not terrorist!

Saturday, 1 June 2013
semoga Allah bersama
dalam hati yang rendah ku panjatkan syukur padaMu wahai Rabb yang tiada kuasa yang mampu menandingi kuasaNya
Alhamdulillah,segala puji bagiMu yang memiliki apa yang di langit dan di bumi
Alhamdulillah,segala puji bagiMu yang Maha Mengetahui akan perihal setiap makhluk
Alhamdulillah,segala puji bagiMu yang Maha Mengetahui segala isi hati!
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah!
pujian ku panjatkan buatMu ya Rabbi
dahulunya ku sangka dia seorang yang susah untuk menerima
dahulunya ku sangka dia seorang yang susah untuk berubah dan diubah
rupanya apa yang kurasakan kini menjadi sebaliknya
dia kini semakin matang
semakin bijak mengorak langkah
semakin giat menuju tarbiyyah fi sabilillah
dia kini
membuatku ter'impressed'
membuatku sedar
yg nilai doa yang tidak putus2 akhirnya akan dimakbulkan jua.subhanAllah..
semoga Allah melindungimu,
semoga Allah merperkukuhkan lagi iman di dalam hatimu
semoga Allah terus membimbingmu
semoga Allah menjadikanmu seorang rijal/pemuda seperti Khaleed al walid,seperti Umar al-Khattab dan seperti Said bin Amir.
amin,amin tsumma amin..

Friday, 31 May 2013
jadilah seperti rumah api
Rumah api itu..
jika kita melawat bandar2 yang tepi2 pantai .,pulau ke,.
cuba kita cari rumah api..
apa yang kita akan nampak dari rumah api tu??
ciri2??
-tinggi
-cahayanya terang dan berkelip2 pada puncaknya
-setiap 2,3 minit cahayanya akan berkelip-kelip
ok ciri2nya dah kenal pasti,so apa pula tujuan rumah api ni dicipta,dibina?
takkanla saja2..mesti ada specific purpose ni
mungkin akan ada yang bagi jawapan
rumah api ni dicipta sebagai guider
sebagai petunjuk,panduan kepada kapal untuk sampai ke pelabuhan,untuk sampai ke destinasi yang dituju.
betullah tu,sebab itulah di puncaknya ada cahaya yang sangatlah terang!
ok,cerita sikit pasal rumah api ni.
agak2 rumah api ni still bercahaya lagi tak walaupun time tu tiada kapal?jawapannya pasti!rumah api tersebut tetap akan bercahaya.cuba kita tengok rumah api tu pada pukul 3 pagi,still on light!
walaupun time winter,time air membeku.rumah itu tetap akan menyala,menyala dan menyala.
ANTUM NAMPAK TAK MESEJ YANG ANA NAK SAMPAIKAN DI SEBALIK RUMAH API NI?huhu
still blur?tak jelas?
oklah,kita just go to the point je :)
rumah api yang sentiasa bercahaya tak kira walau apa jua keadaan,maksudnya rumah tersebut berterusan dalam dakwah.
dakwah kepada apa?
dakwah kepada kapal2 yang akan berlabuh.
keadaan ni samalah dengan sunah terbesar Rasulullah SAW(dakwah).
orang mendengar ke,orang tidak mendengar ke,.
seorang je ke yang mendengar..
atau beribu2 yang mendengar
orang bantah
orang terima
orang pulau
orang ganyang
orang sepak
orang sanjung
orang ..orang pape jelah
dakwah Baginda SAW tetap diteruskan,
tetap memberi bimbingan kepada sekeliling,kepada para sahabat dan kepada umat Baginda SAW khususnya.kitalah tu :)
mana tahu kan,.dalam usaha dakwah tu..tetiba adalah sebuah 'kapal' yang tersesat
.lalu 'kapal' tersebut bertemu dengan 'rumah api' yang akhirnya dijadikan panduan untuk tiba ke destinasi
kadang kala kita tak sedar pun ,rupanya dah ramai yang jadikan rumah api tu sebagai panduan untuk ke jalan yang benar..
semestinya dorang akan cakap yang rumah api itulah yang telah menunjukkan mereka jalan yang benar..subhanAllah
so walau apa jua keadaan kita,dakwah tu perlulah berterusan.
jalan dakwah tidak mudah;
kadang2 angin ribut datang membadai;
hujan panas menyerang dari segenap arah
tapi itulah jalan sama yang pernah dilalui Rasulullah SAW satu ketika dulu.
kini,walaupun Baginda dah tiada di depan mata..tapi biarlah dakwah Baginda tetap utuh dipikul oleh umat Baginda,dipikul oleh khairul ummah!inshaAllah..
jangan sampai bila usaha dakwah kita tidak dapat sambutan,tiada sokongan..
buat status2 islamik dalam fb,twitter,line tapi x dapat sambutan,xde yang like,kita give up,menyerah,fed up,rasa sia2.jangan pernah rasa begitu wahai sahabat!
apapun kebaikan yang kita buat,jangan dipandang nilaian manusia,tapi renungla nilaian Allah dan seluruh penghuni langit atas apa yang kita usahakan
jangan dipandang letihnya dakwah,tapi renunglah redha Allah atas apa yang kita buat :)
inshaAllah sama2 tajdid,perbaharu niat balik :)
together we stand
fall we never
stand for Islam
for Allah
and for the Messenger of Allah!
ok,kali ni dah jelas lom mesej yang ingin disampaikan?harap2 sampailah..
semoga Allah menjadikan kita 'rumah api' yang sentiasa menjadi petunjuk kepada yang hak,inshaAllah.

Monday, 27 May 2013
Titanic
hari ni nak berkongsi sal titanicla..mostly ramai kan dah tahu sal kisah dan sejarah titanic ni?1 kisah benar ,hangat diperkatakan sehingga hari ini.
tapi di sebalik cerita ni..Allah bagi amaran kat kita.amaran apa?
baca ni :)
1912,pabila kapal titanic siap dibina,maka bermulalah pelayaran orang kaya2(dari kelas 1 sampai kelas 3) dari Liverpool ke Newyork.sebelum pelayaran,salah seorang dpd kapten telah ditanya..
"do you think that your ship will not be sink in the middle of ocean?"
dan arrogantly dia menjawab..
"even if God wanted to sink it,.he couldn't sink it."
tanpa disedari,si 'jabbar' ini telah mencabar kekuasaan Allah!
jadi,bermulalah pelayaran mereka merentasi laut Atlantik
sepanjang pelayaran ,mereka berhibur,spending the night among the wealthiest people.
dan pada malam tu,kabus sangat tebal di hadapan,mereka semua tahu yang cuaca sangat sejuk,so there could be probably an iceberg ahead!
tetapi Allah pegang hati mereka,Dia telah membuatkan pengemudi kapal berkata ,"aah,tak payah risaulah!its titanic!what can iceberg gonna do on Titanic?!"kapal ni besar kot........(hee..ayat sendiri)
"jika perjalanan diteruskan ,takde pape yang berlaku,even titanic boleh hancurkan puncak iceberg,"fikirnya..
jadi Allah telah membuatkan dia percaya dengan fikirannya lalu perjalanan diteruskan....pada malam yang gelap......penuh kabus..sejuk.tapi di dalam perut kapal hangat dengan hiburan,dancing.mereka tidak sedar yang sakaratulmaut menanti .
Dan akhirnya Titanic bumped dengan iceberg,and antum sume tahu kan..sebelum pengemudi kapal membuat keputusan untuk teruskan perjalanan,beberapa orang pengemudi kapal yang lain berkata..
"kamu tahu kan ini tak selamat," dan dia membalas.. "hey don't worry man,all gonna be well."
*maaflah..kalau guna bahasa rojak!(english+melayu) :D
dan akhirnya.....BAMMMMMM!they hit the iceberg.
dan suasana dalam perut kapal...
mereka masih lagi melayan music,dancing,ada yang tidur ,chef2 tengah masak..
dan beberapa minit selepas tu..pengemudi pun bersuara.
"WE"RE GOING DOWN!"
air mula masuk,bermula dari cabin bawah...menjadikan kapal semakin berat.makin berat,makin berat,makin hilang kestabilan.sebahagian kapal telah tenggelam sepenuhnya manakala sebahagian yang lain menaik ke atas,menyebabkan akhirnya kapal tersebut terbelah dua!ya,kapal yang kuat!kapal yang dijamin tidak akan tenggelam!kapal yang menjamin kemewahan,hiburan!akhirnya karam di tengah lautan Atlantik!
hanya disebabkan oleh iceberg..
mudah je Allah nak balas kan?once He said,"kun fayakun",nothing ,no one,no any creatures can deny.
itulah balasan Allah terhadap mereka yang lalai,lebih2 lagi terhadap orang yang berani mencabar kuasa Allah!orang yang merasa dirinya Jabbar,dan dalam sekelip mata Allah tunjukkan siapakah Al-Jabbar yang sebenarnya.Allahu akbar!
hancur sudah sebuah kapal kebanggaan ..
di manakah kapten yang buat pernyataan "even God couldn't sink this ship." ?
dan itulah Allah,yang memberi amaran kepada seluruh makhluk..jangan sesekali mencabar kuasa Allah!
"katakanlah ,barangsiapa yang berada dalam kesesatan,biarlah Tuhan Yang Maha Pengasih melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka,baik azab mahupun kiamat,maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."(Maryam:75)
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu,kemudian kamu tidak dapat ditolong."(Az-Zumar:54)
Allahualam..sekadar berkongsi :)

Friday, 24 May 2013
bicaraHati
mungkin belum sampai masanya lagi untuk diri ini melangkah lebih jauh
kerana cintaku pada Penciptaku masih lagi nipis,
kerana masih banyak dosa yang perlu ditebus
kerana perjuanganku dalam agama masih lagi goyah
kerana masih banyak bakti terhadap kedua ibu bapa yang belum terlunas
jadi bagaimana mungkin aku boleh bersedia ke arah alam itu?
jika cinta itu hadir..
biarlah cinta itu hadir keranaNya,bukan kerana nafsu
biarlah cinta itu datang sebagai bimbingan yang memimpinku kepada rahmatNya,bukan ke arah murkaNya
biarlah cinta itu dilabuhkan terlebih dahulu kepada Yang Maha Pencinta
biarlah cinta itu berteraskan batu-bata keimanan
biarlah cinta itu menjadi saksi cinta kita terhadap Allah!
jika masa itu telah tiba..
akan ku terima ,
walau siapa jua dirimu
apapun keadaanmu,
kerana ku yakin,itulah imam yang Allah amanahkan untukku :)
#biarlah masa yang berbicara
"tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"[HR At-Tarmizi]
Subscribe to:
Posts (Atom)