Friday 26 October 2012

Bagaimana nak datangkan cinta Allah terhadap kita?

salam aidiladha !selamat mengerjakan ibadah haji kpd sesiapa yang dipilih Allah..insyaAllah,buat si penulis,hari tu akan tiba. sempena hari yang penuh barakah ni,sama2 kita berkongsi cerita

BAGAIMANA NAK DATANGKAN CINTA ALLAH??

nah..selagi masih dikurniakan nikmat untuk menaip,.insyaAllah kita sama2 berkongsi ilmu.at least,bila ditanya kat akhirat nanti..kita dah ada point untuk menjawab soalan yg akan diajukan :)

sebelum tu,sama2 tajdid (betulkan niat) ,lillah.


  • membaca AQ serta memahami isi kandungannya
membaca dan mentadabbur AQ merupakan 1 kemuliaan.dengan kemuliaan tu,Allah memuliakan manusia di atas makhluk lainnya.Bahkan malaikat pun tidak pernah diberikan kemuliaan tu.

  • mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah sunat sesudah ibadah wajib
orang2 yang mengerjakan ibadah wajib adalah orang yang mencintai Allahorang2 yang mengerjakan dan memperbanyakkan ibadah sunat adalah orang yang dicintai Allah
  • zikrullah secara berterusan dalam apa jua keadaan
dalam hadis qudsi,Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah berfirman:"Aku bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir)  kepada-Ku."
  • Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsu
inilah darjat para nabi,di atasnya darjat para rasul, dan di atasnya lagi darjat para rasul ulul-azmi.
darjat yang tertinggi adalah darjat Rasulullah SAW
  • merenungi,memerhatikan kebesaran Allah 
mengenal Allah melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya pasti akan membuatkan kita jatuh hati terhadap Allah.permulaan pengenalan tu mungkin dalam keadaan terpaksa,tp percayalah.jika dilakukan secara istiqamah pasti Allah akan datangkan 1 nikmat (kemanisan dalam beribadah) .nikmat tu,hanya kita yang dapat rasakan.Subhanallah
  • menghadirkan hati totally ketika beribadah kepada Allah >> khusyuk


  • dating dengan Allah waktu Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam
  • bergaul bersama2 orang yang mencintai Allah dan para siddiqin
mereka itu seperti buah2 yang begitu nikmat.setiaap tutur kata dan perbuatannya mereka memberi manfaat kpd orang lain
  • menjauhi segala sebab yang menghalang komunikasi antara dirinya dengan Allah Azza wa Jalla.
berkata Ibnu Qayyim,
kunci untuk mendapatkan semua itu adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati)  dan membuka mata hati.

insyaAllah,semoga penulisan kali ni bermanfaat buat kita.
Ya Allah,saksikanlah !

barakallah alaina,wasalam :)



Saturday 20 October 2012

Antara sekolah dengan Akhirat

Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Dengan namaNya,kami memohon perlindungan dpd keburukan.dan dpd azab api neraka.

kalau di sekolah,bila dah dapat keputusan exam..mesti kita salu j camni kan?

Ala,1 markah lagi nk pass..
1 markah lagi nak dapat A.
kita pergi jumpa cikgu,merayu-rayu kat cikgu.
"cikgu,ni last,len kali saya akan perform lagi baik ."

cikgu pun kesian kat kita,last2 dia bagi jugak markah 'kesian' tu

TAPI

di akhirat nanti,pabila kitab amal dah tergantung di leher kita
bila kita dah dapat keputusan amal2 kita waktu kat dunia..
last2 keputusan tu:

1 markah je lagi nk masuk syurga
1 markah je lagi nak dapatkan syafaat Rasulullah.
1 markah je lagi nak dapatkan syafaat AQ

sama cam kat sekolah,kita pun merayu kat Allah untuk dapatkan markah 'kesian'.

agak2 Allah akan tambahkan x markah tu?

Allahualam..

so buat diri sendiri,dan sahabat.selagi masih hidup,teruskan beramal lillah.
semoga segala kebaikan dan amal yang kita kerjakan dapat menampung kehidupan di alam terakhir.ameen


*sang penulis suka gunakan perkataan  'kita' sebab dalam masa yg sama,peringatan ni juga ditujukan buat diri sendiri
#muhasabah dan berubah#

Friday 12 October 2012

Persiapan Kematian

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Alhamdulillah,All praises to Allah.

:)
dapat juga luangkan sedikit masa untuk 1 perkongsian ringkas..walaupun sibuk dengan test yang pelbagai setiap minggu,tapi tu semua insyaAllah x kan menjadi penghalang untuk kita semua berfikir sejenak tentang 'test' kita yang sebenar,dimana result tu hanya akan diketahui di alam sana,alam ukhrawi.

cuba reflect balik dalam diri,dalam sehari berapa kali kita ingat mati? (ditujukan pertama-tamanya buat diri sendiri)


take alert,kehidupan di sana adalah lebih panjang dan kekal jika nak dibandingkan dengan kehidupan kita di dunia !

senanya..
kita bukan hidup untuk HIDUP,
tapi kita hidup untuk Yang Maha Hidup.
hidup itu bukanlah untuk mati,tapi mati itulah untuk HIDUP

wahai diri,wahai hamba Allah!

Jangan takutkan mati
Jangan carikan mati,
Jangan lupakan mati.
tapi rindulah mati !

kerana mati itu adalah 1 pintu untuk kita bertemu kepada Creator kita

Mati itu bukanlah pengakhiran hidup,
tapi mati itu adalah permulaan cerita dan perjalanan

tanamkan dalam hati,bahawa kita pasti akan menghadap Ilahi,hanya masa yang menentukan.
insyaAllah,dalam menghadapi kematian..sediakan dulu bekal yang secukupnya.
mulakan step by step,tapi istiqamah..jadikan sebagai mutaba'ah amal dlm kehidupan insyaAllah.


:: mahu ke tidak,inilah perhentian kita ::
sama2 amalkan 7 sunah Rasulullah SAW dalam mempersiapkan diri ke arah kematian

  • tahajjud
  • membaca dan mentadabbur AQ sebelum terbit matahari
  • sedekah
  • solat dhuha
  • jaga wudhuk
  • beristighfar setiap hari
insyaAllah,mulakan dari sekarang jika masih belum mula..dan bagi yang dah amalkan,tingkatkan lagi amal..lillahi ta'ala.

Moga Allah redha..
dan moga matinya kita 1 hari nanti dalam husnul khatimah,ameen !

wasalam wbt

Tuesday 9 October 2012

Hebatnya Istikharah

Alhamdulillah.

segala puji2an hanya kepada Allah,pemilik seluruh alam!

setelah sekian lama persoalan ini  bermain-main,akhirnya terjawab !
"sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala."

 hanya dengan 2 rakaat solat sunat istikharah,akhirnya aku menemui jawapan dari-Nya.dan kali ini aku lebih yakin dengan pilihanNya buatku..

Subhanallah,hebatnya kuasa Allah !

semoga Allah lapangkan hati ini ..
dan menjaga hatiku dan dia sehingga saatnya akan tiba.jika bukan di dunia,insyaAllah di akhirat sana.











Ya Allah,jangan Kau cintakan aku dengan makhlukMu melebihi cintaku terhadap-Mu dan rasul-Mu
jika benar dia pemilik tulang rusuk ini,jagalah hatiku,jagalah hatinya .Jauhilah kami dari maksiat dan segala fitnah.ameen


Friday 5 October 2012

aminkan Doa ni

ikhlaskan hati tuk aminkan doa ni :)

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu untuk memikul beban dakwahMu.Hati2 ini telah mengikat janji setia untuk menndaulat dan menyokong syariatMu.maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.Tunjukkanlah akan hati2 ini jalan yang benar,penuhilah hati2 ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah malap.limpahkanlah hati2 ini dengan keimanan dan keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.Suburkanlah hati2 ini dengan makrifat tentangMu.jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada yang berjuang di jalanMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik Penolong.Ya Allah perkenankanlah permintaan kami . amin