Monday 7 April 2014

mr J vs mr T

CERPEN PENDEK
-MR J VS MR T-

akulah yang paling susah nak bangun subuh.aku selalu je qada solat subuh sebab selalu bangun selepas syuruk.solat lainnya pulak aku dirikan sekadar nak cukup syarat je.

akulah anak derhaka,aku anak yang selalu buat ibu ayah naik angin.keras kepala.aku lagi suka bersama kawan2 dpd family.aku pernah buat ibu ayah menangis,aku pernah lawan cakap ibu,aku pernah hancurkan harapan ibu dan ayah untuk tengok aku berjaya.

aku bukanlah kakak yang baik.adik2 diabaikan,biarlah diorang nak buat apa,peduli apa aku.adik aku fail exam,so what?buang masa je aku nak nasihatkan dia.adik aku nak makan?megi kan banyak kat dapur.aku bukan kuli dorang nak masak2.

akulah yang suka buang masa.masaku terisi dengan perkara sia2..belajar pun jarang,sekadar nak siapkan homework.itupun tiru2 orang lain.nak kemas rumah?hoho..jauh sekali,memang pemalas tahap apa x boleh nak cakap!pleaselah,bukan kerja akulah nak kemas rumah,basuh pinggan,jemur kain semua tu.letih!

Kat sekolah aku gangster kot..ponteng sekolah dah jadi kebiasaan.cikgu2 aku anggap macam kawan je,tak hormat pun.cikgu tu manusia,aku pun manusia.so what?bila cikgu denda,aku tak kisah pun,dah memang muka ni dh kebal selalu kena denda.dah banyak kem sahsiah aku pergi,tapi aku tetap dengan ‘dunia’ aku.ya,dunia bebas.
Huh.BEBASLAH SANGAT..

Dalam aku bersuka,bebas berhibur dengan mr jahiliyah aku berkenalan dengan mr tarbiyah.
Mula2 perkenalan tu aku tak suka.tarbiyah?kolotnya..
Kalau mr jahiliyah tak pernah ajar aku cara solat dengan khusyuk,keluar rumah kena tutup aurat,kena buat baik dekat parents,kena jaga maruah keluarga dan agama.

Tapi bila kenal dengan mr tarbiyah aku perlu ikut semua tu.tapi terasa sangat…urghh,susahnya!aku tak sanggup nak berjauhan dengan mr jahiliyah walaupun mr jahiliyah tu tak handsome jika nak dibandingkan dengan mr tarbiyah.

1 hari mr tarbiyah ajak aku dating,so aku pergi jelah.waktu tu dia bagi satu kitab,aku kenal sangat kitab tu.kat dalam almari bilik aku pun ada.”Al-Quran?”soalku.dia mengangguk lembut.mr tarbiyah mula ajukan 1 soalan.”kenapa awak cinta sangat si jahiliyah tu?”aku dengan selamba menjawab.”sebab dia bagi aku kebebasan walaupun dia tak kacak,tapi aku bahagia dengan dia.mr tarbiyah membalas,”kalau awak rasa mr jahiliyah tu lebih baik dari saya ,saya rela untuk pergi dulu.tapi dengan 1 syarat,awak mesti baca kitab ni sekali sehari dengan maknanya untuk sebulan.then lepas sebulan kita akan jumpa lagi kat sini juga.kalau time tu awak masih lagi dengan keputusan yang sama,kita berpisah untuk selamanya..

Selepas sebulan,aku berjumpa dengan mr tarbiyah lalu kubacakan satu puisi kepadanya sebagai jawapanku;

ketika Allah sapa aku dengan kasih-Nya
ku panjatkan syukur hanya kepada-Nya ya Robbi
karena aku masih dapat merasakan nikmatnya teguran cintaMu

ketika Allah menyapaku
aku dapat merasakan kesyahduan
dalam setiap hembus nafas dan detak jantungku
aku juga dapat merasakan nikmatnya hidup
karena telah Allah tegur aku dengan cinta-Nya

ketika Allah menyapaku
aku berusaha memperkuat imanku
aku berusaha memperteguh ketaqwaanku
aku berusaha memperkuat istiqamahku
serta memperkaya sabar yang berbuahkan ikhlas
alangkah indahnya kasih-Mu ya Robb 
karena telah KAU tegur aku dengan cinta-MU

ketika Allah menyapaku
aku kenali erti diri 
aku selami lautan kehidupan
lalu ku kait benang benang sapaan dan teguran
menjadi sebuah tenunan rinduku kepada-MU ya Robb
karena telah KAU tegur aku dengan cinta-MU

ketika Allah menyapaku
telah aku sadari,,,bahwa diriku ini
hanyalah debu yang berlumur dosa 
dan tak berarti apa apa tanpa cinta dan Allah

terima kasih ALLAH!
Kini hidupku lebih bermakna
Kau hantar mr tarbiyah untuk membawa ku mengenal-Mu,cinta yang agung!
Mr tarbiyah,ku terima cintamu
Mr jahiliyah,nyah kau dari pandanganku!
-tamat-

Sunday 23 March 2014

before 'leaving'..to Him

assalamualaikum wrt,salam ambang musim bunga! ^^


semoga hati2 kita juga akan sentiasa mekar ,harum bebas dari segala kumbang2 maksiat,bebas dari udara2 dunia yang memperdaya dan sentiasa kuat walaupun badai ribut melanda!aiwah!!


there's something need to share from humbly me
its about HEART.and this sharing are taken from ustazah Yasmin Mogahed
sebelum mula membaca,sama2 kita berlapang dada dan membuka hati seluas luasnyaaaa! :)


cuba flash backward,adakah kita punya roh?and what soul really do??whats is the meaning of its creation?is it just to life on this dunia?


ruginya kita jika roh ditiupkan for the purposelessly!tak ada tujuan,kerana hakikatnya the heart that's beating is already 'died'.


dalam kehidupan sekarang,kita masih lagi terus menerus memberikan jasad kita makan ,namun roh kita dibiarkan kebuluran.bila jasad mati,kita menangis..tapi bila hati itu mati,we ignore it!
its not jasad will face on the day of judgement,but A HEART!(tamparan untuk diri)


apa yang boleh matikan hati kita??
antaranya adalah kita mencintai selain Allah


as we know,
THE HEART HAS CREATED BY AND FOR GOD.ONLY ALLAH
THE HEART HAS CREATED TO KNOW AND LOVE GOD
THE HEART HAS CREATED TO BE GIVEN TO GOD
TO BE FILLED WITH GOD


hati yg dipenuhi selain dari Allah sebenarnya adalah hati yang menderita ,malah lebih derita daripada jasad yang terluka.
astaghfirullah!
hati seperti itu ibarat penjara yang menghalang daripada melakukan kebaikan.
itulah hati yang lemah dan dia akan jadi makin lemah seterusnya hati itu akan mati!


ada dalam kalangan kita yang menjadi hamba duit,
yang menghambakan hati kepada orang lain instead of Allah
ada lagi yang menghambakan kepada darjat dan kerjaya


tanya diri kita,what do you love most??
pastinya kita akan menjawab,I DO LOVE ALLAH MOST.


really?love Allah most??
tanya lagi pada diri sendiri.,
ke mana kita pergi bila dilanda ujian?
siapa yang kita cari untuk mengadu segala masalah?
dengan siapa kita mohon perlindungan dari segala keburukan?
bila kita takut,di mana kita bersembunyi?
siapa yang paling banyak buat kita menangis?
apa yang kita buat di petengahan malam?
siapa yang selalu kita fikirkan,?
apa yang selalu kita sebutkan?
apa yang memenuhi fikiran kita sewaktu solat?


IS IT REALLY ALLAH??




tepuk dada tanya iman


persoalan itulah yang akan menjawab how is our heart actually.


be a loveseeker,who always seek refuge from Allah.u and me know when we were born,but no one of us know when we will die!


hati yang bagaimanakah kita nak persembahkan di hadapan Allah nanti??
*tersentap


sama2 ambil ibrah
untuk diri sendiri terutamanya T.T


ana aseefah jika bahasa penggunaan dalam wall ni banyak rojak :)
ila liqa..
wasalamualaikum wrt









Tuesday 18 March 2014

pentingya bahasa asing!

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.(An-Nur:35)





Alhamdulillah!
 kami diundang oleh seorang abang Russian ke rumahnya.katanya,"mama nak sangat berjumpa dengan kamu,nak berkenalan"abang tu namanya Vorik,adiknya nama Aram,mamanya pula Laura.
so lepas habis kelas kami serumah pergilah ke rumah jiran tu.perasaan tu sangat berdebar sebab kami berlainan agama,berlainan bangsa,adat.sebaik masuk,,.......


mashaAllah,terharu dengan layanan yang diberi.belum sempat kami berbual panjang makanan sudah terhidang di atas meja!
mungkin mereka belum tahu tentang hukum makanan dalam islam,so atas meja tu turut terhidang makanan yang kami tak boleh makan.tapi nasib baik ada molochni kek buatan mama laura,jadi bolehlah kami makan.mashaAllah sedap!


hajatnya nak berkunjung untuk 15 minit tapi berlarutan sampai 2 jam!banyak yang kami bualkan.dan yang paling kami terkejut pabila kami ditanya tentang agama yang kami anuti.iaitu agama Islam.
sebelum tu ,vorik banyak bercerita tentang agama kristian yang dianutinya.hoho..siap tunjuk kitab bible lagi.rasa macam usrah ala2 kristian!tapi yang pelik,varik tak percayakan symbol 'christ'.entah,ana pun tak tahu.
selepas dia bercerita tentang kristian,dia mula bertanya tentang islam.
soalannya berbunyi lebih kurang camnila..sbb ana sendiri pun belum mahir dalam ruski ni.


"kalau islam tu agama yang benar,aman..kenapa masih ada lagi perang di sana sini?kenapa masih ada emosi2 yang tidak sihat?
kenapa orang yang jahat boleh masuk syurga?


tapi malangnya persoalan tu kami tak mampu jawab sebabnya soalan yang ditanya dalam bahasa ruski dan kami tak mahir nak 'berdakwah' dalam bahasa asing!Allah,itu satu kelemahan bagi ana sendiri.dan itu juga merupakan 1 motivasi untuk ana terus belajar bahasa ruski!


menjawab soalan tadi.kenapa masih berlaku perang sana sini.
sebenarnya perang dan kemanan yang tergugat itu datangnya daripada kita sendiri.


 “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisaa : 79)


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy Syura : 30)


setiap manusia itu banyak dosa dan tidak lari dari melakukan dosa.kita tiada hak nak menilai siapa jahat,siapa baik.siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.
kadang2 sekecil amalan baik boleh membawa ke syurga dan kadang2 sebesar besar amalan baik boleh membawa ke neraka!kenapa?kerana kita lupa untuk menghadirkan hati kita dalam beramal,padahal hati itulah yang akan dinilai oleh Allah.




kalaulah mereka faham bahasa melayu..
tapi takpe,mungkin Allah letakkan ana di medan ni bukan saja2..inshaAllah,dengan mempelajari bahasa asing,kita boleh berdakwah dengan mereka.itulah yang ana dan housemate akan buat mulai sekarang!supaya boleh elakkan sebarang tuduhan kepada agama Islam dan fitnah.


tapi seluruhnya kami sangat terharu dengan layanan yang diberi.mereka sanggup nak bantu kami,dan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.semoga Allah memberikan hidayah buat mereka.dan semoga Allah kuatkan hati kita untuk terus tabah di jalanNya!amin..





Monday 17 March 2014

aku munafik ke??

"Dan mohonlah keampunan daripada Allah ,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(2:199)


Allah telah gerakkan hati ini untuk membaca dan mentadabbur ayatnya dalam surah al hadid ayat 12-18.
Allah,tersentap!
bagi ana,bila terbaca ayat ke 12-14..ayat itu sangat menakutkan hati ni.kenapa?kerana Allah telah menyebut perbandingan antara orang beriman dan orang munafik.
di akhirat nanti orang beriman mendapat cahaya manakala orang munafik pula berada dalam kegelapan dan dalam keadaan terasing dengan orang beriman!nauzubillah moga dijauhkan dari tergolong dalam golongan munafik


teringat 1 hadis Rasulullah SAW.


"Ada 4 perkara,sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik.sesiapa yang melakukan salah satu daripada 4 maka dia mempunyai salah satu dari sifat munafik hingga dia meninggalkannya.apabila dipercayai dia berkhianat,apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkir,bila bertengkar dia menyebunyikan kebenaran."(HR Ahmad)


astaghfirullah,terasa keempat empat sifat tu macam dekat je dengan diri hamba ni.


setiap hari dalam hidup kita adalah ujian,dan ujian itulah yg menguji keimanan .dan kadang2 kita rasa amal kita dah cukup,ibadah kita sahih,tapi sebenarnya Allah tak pandang pun?kenapa?kerana diri kita masih lagi dibelenggu sifat2 munafik!
astaghfirullah
kepada yang membaca,inshaAllah kita sama2 muhasabah diri sebelum terlambat.


adakah kita benar2 ikhlas dalam beramal kerana Allah atau kerana manusia?
adkah kita benar2 amanah dalam berjanji ?
adakah kita seorang hamba Allah yang luarnya baik,tapi dalamnya busuk?
adakah kita suka menipu?bercakap dusta?


sebelum kita menjadi golongan rugi yang Allah maksudkan dalam surah Al-Hadid tu,masih belum terlambat untuk kita betulkan balik kompas iman kita.inshaAllah


segala salah silap mohon dimaafkan
kerana diri ini juga hamba
di hadapan Allah tiada apa2 kekuatan


wasalam wrt







Friday 14 March 2014

coming back!

Assalamualaikum wrt!mashaAllah dah lama rasanya jari ini tidak meloret di wall blog.bukan kerana sibuk,bukan kerana dah bertunang/berkahwin/tiada lagi di muka bumi ini tapi atas sebab2 yang dirahsiakan.kini ana kembali dan inshaAllah akan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman.


Alhamdulillah currently dah masuk sem 2 tahun 3.lagi beberapa bulan nak balik ke tanah air dan masuk tahun 4!Allah..cepatnya masa berlalu! ^^


semakin cepat masa berlalu,semakin singkat masa yang kita ada untuk bertemu dengan Pencipta kita.
bersediakah? :)


doakan untuk ummah
doakan untuk MH370



Wednesday 7 August 2013

selamat hari raya abah!

abah,abah tahu tak?
sehari sebelum syawal tiba,ma membawa kami adik beradik jumpa abah kat dungun.abah sedar tak?
lepas subuh kami bertolak,sepanjang perjalanan,ma senyap je.mungkin dia rindukan abah.bila sampai kt tempat abah tu ira tengok ma macam sangat berat nak jumpa abah.setiap langkah ma ibarat dibebani dengan batu yang berat.ira jalan belakang ma.dari jauh ira dapat rasa ma tengah sedih.

bila sampai kt abah,ma suruh kami bersihkan "rumah" abah.sebelum dibersihkan,"rumah" abah penuh dengan rumput2 liar.kami cabut rumput2 yang keliling "rumah" abah.alhamdulillah,sekarang rumah abah dah bersih,tapi rumah abah nampak kering,tiada seri,penuh debu2.lalu ma,ira,dan adik2 siram rumah abah.

abah sedar tak??

lepas tu kami doakan abah supaya abah dipakaikan dengan pakaian ketenangan dan rahmat.abah tahu x?air mata bergenang,tapi disekang sebab ma tak mahu abah tengok dia sedih.

abah tahu tak?

kami semua sayangkan abah walaupun abah dah lama tiada di hadapan kami.dan sayang itu x pernah berubah.

abah,,abah tahu tak?

kami selalu doakan abah.semoga doa2 kami tidak disia siakan.
abah?anak2 abah dah besar.inshaAllah anak2 abah sedang berusaha untuk tunaikan harapan terakhir abah.anak2 abah nak jadi orang berguna.

abah?
hari tu ira terjumpa gambar abah dalam album lama.handsome jugak abah ea..patutlah ma suka.dan kalau ira teringatkan abah,ira suruh ma ceritakan kisah abah dan mcm mana ma boleh kenal abah.rupa2nya abah ni sweetla!romantik.

memori terhenti.abah?kenapa tak menyahut ?kenapa abah tidak sambut kedatangan kami ke "rumah" abah?


tersedar,abah kini sedang dalam jagaan Allah..jadi kami x boleh nak cakap ngn abah,nak bermain ngn abah macam dulu lagi.

kami cuma nak abah tahu,kami sayang abah!

selamat hari raya abah,maafkan anakmu sepanjang anakmu dalam pangkuanmu.

-AL FATIHAH





Tuesday 16 July 2013

ahlan wasahlan ya ramadhan

salam ramdhanulkareem

"wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa itu ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."(al-baqarah:183)

Alhamdulillah,bertuahnya kita! 
masih lagi diberi peluang untuk mengejar rahmat Allah di bulan yang mulia ini.
semoga Allah juga memperkenankan lalu mempertemukan kita dengan dengan malam yang disebut dalam surah Al-Qadr.ameen

pada hari ni,masa2 yang berlalu terasa begitu pantas.tup2 dah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa.puasa ni bukan saja2 ye,tapi untuk melatih diri supaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa sepertimana yang disebutkan dalam surah di atas.
teringat kisah Rasulullah ketika Baginda SAW sedang berkhutbah

wahai manusia!
sungguh telah datang kepada kamu bulan yang membawa berkah,rahmat dan maghrfirah.bulan yang paling mulia di sisi Allah.Hari2nya adalah hari yang paling utama,malam2nya adalah malam yang paling utama,saat demi saatnya adalah saat yang paling utama.inilah buan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakanNya.Di bulan ini,nafas2mu menjadi tasbih,tidurmu dijadikan ibadah,amal2mu diterima dan doa2mu dimakbukan

Subhanallah,tabarakallah!

so,sangat bertuahla kan kita berada di zon yang penuh barakah ni.tapi buan ni hanya 30 hari dalam setahun.sekejap je.amat rugi kalau hari2 yang berlalu di bulan ini diisi dengan perkara yang sia2 kan?belum tentu lagi tahun depan kita bakal berjumpa lagi dengan shahrulbarakah ni.

dengan ni,kepada sesiapa yang mengenali diri ini,salam kemaafan dihulur jika telah banyak salah dan silap yang teah dibuat sama ada secara sengaja atau tidak.

semoga bulan ini memberikan kita semangat baru untuk kita terus bermujahadah di jalan yang diredhai-Nya,inshaAllah!


Allahualam,wassalamualaikum wbt