Friday 31 May 2013

jadilah seperti rumah api

Rumah api itu..


 jika kita melawat bandar2 yang tepi2 pantai .,pulau ke,.
cuba kita cari rumah api..
apa yang kita akan nampak dari rumah api tu??
ciri2??

-tinggi
-cahayanya terang dan berkelip2 pada puncaknya
-setiap 2,3 minit cahayanya akan berkelip-kelip



ok ciri2nya dah kenal pasti,so apa pula tujuan rumah api ni dicipta,dibina?
takkanla saja2..mesti ada specific purpose ni
mungkin akan ada yang bagi jawapan

rumah api ni dicipta sebagai guider
sebagai petunjuk,panduan kepada kapal untuk sampai ke pelabuhan,untuk sampai ke destinasi yang dituju.
betullah tu,sebab itulah di puncaknya ada cahaya yang sangatlah terang!

ok,cerita sikit pasal rumah api ni.
agak2 rumah api ni still bercahaya lagi tak walaupun time tu tiada kapal?jawapannya pasti!rumah api tersebut tetap akan bercahaya.cuba kita tengok rumah api tu pada pukul 3 pagi,still on light!
walaupun time winter,time air membeku.rumah itu tetap akan menyala,menyala dan menyala.

ANTUM NAMPAK TAK MESEJ YANG ANA NAK SAMPAIKAN DI SEBALIK RUMAH API NI?huhu

still blur?tak jelas?

oklah,kita just go to the point je :)

rumah api yang sentiasa bercahaya tak kira walau apa jua keadaan,maksudnya rumah tersebut berterusan dalam dakwah.
dakwah kepada apa?
dakwah kepada kapal2 yang akan berlabuh.

keadaan ni samalah dengan sunah terbesar Rasulullah SAW(dakwah).

orang mendengar ke,orang tidak mendengar ke,.
seorang je ke yang mendengar..
atau beribu2 yang mendengar
orang bantah
orang terima
orang pulau
orang ganyang
orang sepak
orang sanjung
orang ..orang pape jelah

dakwah Baginda SAW tetap diteruskan,
tetap memberi bimbingan kepada sekeliling,kepada para sahabat dan kepada umat Baginda SAW khususnya.kitalah tu :)

mana tahu kan,.dalam usaha dakwah tu..tetiba adalah sebuah 'kapal' yang tersesat
.lalu 'kapal' tersebut bertemu dengan 'rumah api' yang akhirnya dijadikan panduan untuk tiba ke destinasi

kadang kala kita tak sedar pun ,rupanya dah ramai yang jadikan rumah api tu sebagai panduan untuk ke jalan yang benar..

semestinya dorang akan cakap yang rumah api itulah yang telah menunjukkan mereka jalan yang benar..subhanAllah

so walau apa jua keadaan kita,dakwah tu perlulah berterusan.
jalan dakwah tidak mudah;
kadang2 angin ribut datang membadai;
hujan panas menyerang dari segenap arah
tapi itulah jalan sama yang pernah dilalui Rasulullah SAW satu ketika dulu.

kini,walaupun Baginda dah tiada di depan mata..tapi biarlah dakwah Baginda tetap utuh dipikul oleh umat Baginda,dipikul oleh khairul ummah!inshaAllah..

jangan sampai bila usaha dakwah kita tidak dapat sambutan,tiada sokongan..
buat status2 islamik dalam fb,twitter,line tapi x dapat sambutan,xde yang like,kita give up,menyerah,fed up,rasa sia2.jangan pernah rasa begitu wahai sahabat!

apapun kebaikan yang kita buat,jangan dipandang nilaian manusia,tapi renungla nilaian Allah dan seluruh penghuni langit atas apa yang kita usahakan

jangan dipandang letihnya dakwah,tapi renunglah redha Allah atas apa yang kita buat :)

inshaAllah sama2 tajdid,perbaharu niat balik :)

together we stand
fall we never
stand for Islam
for Allah
and for the Messenger of Allah!

ok,kali ni dah jelas lom mesej yang ingin disampaikan?harap2 sampailah..

semoga Allah menjadikan kita 'rumah api' yang sentiasa menjadi petunjuk kepada yang hak,inshaAllah.

wasalam

Monday 27 May 2013

Titanic

hari ni nak berkongsi sal titanicla..mostly ramai kan dah tahu sal kisah dan sejarah titanic ni?1 kisah benar ,hangat diperkatakan sehingga hari ini.


tapi di sebalik cerita ni..Allah bagi amaran kat kita.amaran apa?
baca ni :)



1912,pabila kapal titanic siap dibina,maka bermulalah pelayaran orang kaya2(dari kelas 1 sampai kelas 3) dari Liverpool ke  Newyork.sebelum pelayaran,salah seorang dpd kapten telah ditanya..

"do you think that your ship will not be sink in the middle of ocean?"

dan arrogantly dia menjawab..

"even if God wanted to sink it,.he couldn't sink it."

tanpa disedari,si 'jabbar' ini  telah mencabar kekuasaan Allah!


jadi,bermulalah pelayaran mereka merentasi laut Atlantik
sepanjang pelayaran  ,mereka berhibur,spending the night among the wealthiest people.
dan pada malam tu,kabus sangat tebal di hadapan,mereka semua tahu yang cuaca sangat sejuk,so there could be probably an iceberg ahead!

tetapi Allah pegang hati mereka,Dia telah membuatkan  pengemudi kapal berkata ,"aah,tak payah risaulah!its titanic!what can iceberg gonna do on Titanic?!"kapal ni besar kot........(hee..ayat sendiri)
"jika perjalanan diteruskan ,takde pape yang berlaku,even titanic boleh hancurkan puncak iceberg,"fikirnya..

jadi Allah telah membuatkan dia percaya dengan fikirannya lalu perjalanan diteruskan....pada malam yang gelap......penuh kabus..sejuk.tapi di dalam perut kapal hangat dengan hiburan,dancing.mereka tidak sedar yang sakaratulmaut menanti .

Dan akhirnya Titanic bumped dengan iceberg,and antum sume tahu kan..sebelum pengemudi kapal membuat keputusan untuk teruskan perjalanan,beberapa orang pengemudi kapal yang lain berkata..
"kamu tahu kan ini tak selamat," dan dia membalas.. "hey don't worry man,all gonna be well."

*maaflah..kalau guna bahasa rojak!(english+melayu) :D

dan akhirnya.....BAMMMMMM!they hit the iceberg.

dan suasana dalam perut kapal...
mereka masih lagi melayan music,dancing,ada yang tidur ,chef2 tengah masak..

dan beberapa minit selepas tu..pengemudi pun bersuara.

"WE"RE GOING DOWN!"

air mula masuk,bermula dari cabin bawah...menjadikan kapal semakin berat.makin berat,makin berat,makin hilang kestabilan.sebahagian kapal telah tenggelam sepenuhnya manakala sebahagian yang lain menaik ke atas,menyebabkan akhirnya kapal tersebut terbelah dua!ya,kapal yang kuat!kapal yang dijamin tidak akan tenggelam!kapal yang menjamin kemewahan,hiburan!akhirnya karam di tengah lautan Atlantik!



hanya disebabkan oleh iceberg..



mudah je Allah nak balas kan?once He said,"kun fayakun",nothing ,no one,no any creatures can deny.
itulah balasan Allah terhadap mereka yang lalai,lebih2 lagi terhadap orang yang berani mencabar kuasa Allah!orang yang merasa dirinya Jabbar,dan dalam sekelip mata Allah tunjukkan siapakah Al-Jabbar yang sebenarnya.Allahu akbar!

hancur sudah sebuah kapal kebanggaan ..
di manakah kapten yang buat pernyataan "even God couldn't sink this ship." ?
dan itulah Allah,yang memberi amaran kepada seluruh makhluk..jangan sesekali mencabar kuasa Allah!

"katakanlah ,barangsiapa yang berada dalam kesesatan,biarlah Tuhan Yang Maha Pengasih melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka,baik azab mahupun kiamat,maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya."(Maryam:75)

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu,kemudian kamu tidak dapat ditolong."(Az-Zumar:54)

Allahualam..sekadar berkongsi :)




Friday 24 May 2013

bicaraHati


mungkin belum sampai masanya lagi untuk diri ini melangkah lebih jauh

kerana cintaku pada Penciptaku masih lagi nipis,
kerana masih banyak dosa yang perlu ditebus
kerana perjuanganku dalam agama masih lagi goyah
kerana masih banyak bakti terhadap kedua ibu bapa yang belum terlunas

jadi bagaimana mungkin aku boleh bersedia ke arah alam itu?


jika cinta itu hadir..

biarlah cinta itu hadir keranaNya,bukan kerana nafsu
biarlah cinta itu datang sebagai bimbingan yang memimpinku kepada rahmatNya,bukan ke arah murkaNya
biarlah cinta itu dilabuhkan terlebih dahulu kepada Yang Maha Pencinta
biarlah cinta itu berteraskan batu-bata keimanan
biarlah cinta itu menjadi saksi cinta kita terhadap Allah!

jika masa itu telah tiba..
akan ku terima ,
walau siapa jua dirimu
apapun keadaanmu,
kerana ku yakin,itulah imam yang Allah amanahkan untukku  :)

#biarlah masa yang berbicara




"tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah"[HR At-Tarmizi]




Thursday 2 May 2013

cinta Allah vs cinta dunia

sekadar perkongsian..dan renungan bersama :)

dalam satu situasi..

hari tu kita keluarkan duit dari bank,banyak!duit tu banyak ,++RM 100000
***sebagai contoh untuk......... persiapan kahwin.?? :) ***

last2 duit yang kita keluarkan hilang, KENA CURI!

apa perasaan waktu tu?

mestilah..em..

  • sedih
  • lost mood
  • jatuh sakit sebab terlampau memikirkan duit yang hilang
  • menangis,meratap kehilangan duit tu
  • gila...mungkinkah??
tapi ,on the other side..

cuba bayangkan yang  kita dah lama tinggalkan solat subuh!dalam seminggu tu sekali je dia solat subuh..

adakah kita menangis sebab tinggalkan solat tu?
ada ke kita jatuh sakit sebab rasa bersalah dengan Allah?
ada ke kita lost mood sebab terasa kekosongan dalam diri disebabkan tak solat??

Allah,jarang sekali nak merasakan perasaan tu.sangat susah..
nak menitiskan air mata kerana Allah sangat susah!
kenapa?

kenapa sahabat?

kerana,itu tandanya dalam hati kita telah dipenuhi dunia..

yup,CINTA KEPADA DUNIA yang bermaharaja dalam hati,cinta yang tersangat kuat..
buktinya,kita mampu menangis kerana kehilangan duit ,daripada kehilangan berkat solat subuh itu sendiri.

#semoga ana dan sahabat bukanlah termasuk dalam "kita"

sahabat,di saat kematian kita..ada 3 perkara yang akan iringi kita ke kubur;
-->harta kita
-->keluarga kita
-->amal kita

dan dalam ketiga-tiga tu,2 akan pergi..hanya 1 yang tinggal bersama2 kita..itulah,AMAL kita sewaktu kita hidup.

Dari Zaid bin Tsabit ra,beliau berkata,"kami mendengar Rasulullah SAW bersabda:
barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya,maka Allah akan mencerai beraikan urusannya dan menjadikannya miskin/tidak pernah merasa cukup apa yang di hadapannya,padahal dia tidak akan mendapatkan duniawi melebihi apa yang Allah tetapkan baginya.Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat niat utamanya,maka Allah akan menghimpunkan urusannya,menjadikannya kaya/merasa cukup dalam hatinya dan duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah(tidak bernilai)."
HR Ibn Majah

“Ketahuilah,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan..." ( Al-Hadiid [57]:20)


Cinta dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya. jom renungi sabda Rasulullah saw : 

“Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (Hadits riwayat Muslim) 

fi akhiran..
sama2 didik hati,jadikan dunia ni sebagai tempat persinggahan untuk menanam segala amal..han hasilnya boleh dituai saat kita berjumpa menghadap Allah SWT.inshaAllah..


#untuk diri sendiri terutamanya

wasalam alaikum