Friday 27 April 2012

kecik2 cili api

Bismillahirahmanirahim..


Moscow-sebuah bandar yang besar,yg mana current population of muslims here almost 2 from 5 million.tapi sayang,citizen kat sini susah nak terima islam,malah dorang anggap islam tu sebagai agama yang bersifat terrorism!pada mulanya,aku susah nak percaya pandangan dorang tentang islam ,sebab aku tahu islam is the best way of life,xde lagi keraguan in islam.sehinggalah pada suatu hari..something that changed my respect towards russian happenned !

mesti korang semua curios nk tahu kan?hehe..jom baca ayat seterusnya! :)

Agak sedih dan mengejutkanla time tu..petang tu,like usual aku bersama sahabat seperjuangan baru je habis kelas..

Nothing happened along our way from the class to Metro Yugo Zapadnaya ,sehinggalah time kami menunggu bas tuk balik ke hostel kat bus stop Yugo Zapadnaya.mula2 aku perasanla,ada 2 budak russian ni..comel sangat!umur dalam linkungan 9-10 yrs.tapi sayang,dorang tu senanya budak nakal.2 orang  budak tu berdiri kat belakang kami sehinggalah bas sampai.Bila bas yang bernombor 261(lau x silap) sampai,2 orang budak tu terus meluru masuk dalam bas tu,then dorang keluar balik after a few min.Time tu,barula aku tau yang dorang bukan calang2 budak,tapi dorang un dah jd penyelup saku.

lepas keluar dari bas tu,budak2 tu berdiri about 5 m dari kami(waktu tu tengah beratur tuk naik bas) .And time itulah,dorang baling batu kat aku..and batu tu betul2 terhentam kat kepala aku.bukan sekali,tapi 2 kali.kebetulan time tu aku orang last yang beratur untuk naik bas.time tu,aku sempatlah pandang belakang,and dorang gelak2.haih,panas hati aku dibuatnya..lau boleh nak je aku serang balik budak tu.but that's impossible r kan..aku kat moscow,bukan kat terengganu. :(

Sepanjang berada dalam bas,aku x habis2 fikirkan 2 orang budak tu.umur dorang belum lagi cukup baligh,tapi dorang dah diberi bad mindset about islam and muslims ,about women who wear 'tudung'/hijab ..dan siapa lagi yang memberi dorang this kind of mindset kalau bukan parents dorang!masyaAllah,.x dapat aku bayangkan sikap dorang bila dah capai tahap dewasa kelak.Namun Allah Maha Mengetahui,semoga dorang disuluh hidayah Allah and mana tahu kan nanti dorang bakal ,menjadi seorang pejuang agama Allah seperti sejarah Abu Sufyan bin Haris yang pada suatu masa dahulu merupakan seorang musuh Rasulullah yang paling ketat selama 20 tahun sehinggalah dia diberi hidayah Allah dan menjadi seorang hamba Allah yang kuat beribadat dan sanngup berkorban demi islam!

buat teman2ku,especially yang sedang berjuang di tempat yang mana muslim sebagai golongan minoriti..hati2 ye?bila dah kena serang tu,sabar jela..and jangan sama sekali memaki or buat pape yang x baik kat dorang,sebaiknya doakanlah semoga Allah beri kesedaran buat dorang,insyaAllah..we're muslim,and islam x mengajar untuk balas kejahatan dengan kejahatan,sebaliknya kejahatan perlulah dibalas dengan kebaikan :)

assalamualaikum


MABROUK&GOOD LUCK SAHABAT

Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
 Alhamdulillah,.dapat update blog lagi..^^



here,i wanna say CONGRATS! buat sahabat yang dah berjaya grad dari alam matrikulasi.mesti korang berdebar2 menunggu result for final exam kan?insyaAllah u'll get the best..selamat bercuti :)



Berbeza dengan sahabatku di kolej matrikulasi,sahabat2ku di university(especially PALAM,UIA,UM,BMI.,GMI.UNISZA,UTP,UTM,USIM) sekarang sedang berperang dengan final exam!and buat sahabatku yang bakal duduki exam 14 mei nnt,buat adik2 junior mrsm qber and mrsm kaytee..and for all my batchmates here..good luck,selamat maju jaya,udachi(russian version)!all the best ya?! :D  bitaufiq wan najah!



And baru2 ni adalah salah sorang dpd sahabat mintak aku share something kat dorang memandangkan dorang bakal menduduki exam.ehemm!,aku senanye ilmu un  belum setebal kulit bawang.,tapi,bak kate orang,perkara yang elok jangan disimpan sorang2,sebaiknya disebarkan..
Dan katakanlah wahai Muhammad,"hendaklah kamu berusaha(beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan."(At-taubah:105)

so buat sahabat perjuanganku,ingat!kita belajar bukan kerana cita-cita,bukan kerana nak dapatkan pangkat.Tapi kita belajar kerana Allah SWT.,untuk mencapai mardhatillah.sebab dialah yang akan menilai setiap usaha kita.camnila kan..

Banyak mana pun kita study,kita struggle,.tanpa reda dan berkat dari Allah,mustahil kita dapat gapai the most shining star!sahabat,yakinlah pertolongan Allah itu sentiasa ada..


Di sini aku ingin juga berpesan buat diri sendiri dan sahabat..
dalam menuntut ilmu,janganlah kita sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada.sifat sombong tu merupakan salah satu ciri2 yang dimiliki oleh orang yang bersaudara dengan iblis!
Allah paling x suka hambaNya yang sombong..buktinya
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung."(Al-isra':37)
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang sombong lagi membanggakan diri."(luqman:18) 
(Dikatakan kepada mereka),"masuklah kamu ke pintu2 neraka Jahannam,sedang kamu kekal di dalamnya.maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong."(Al-mu'min:76)
balasan orang yang sombong!
nauzubillah


kan?sebagai orang yang memiliki ilmu,manfaatkanlah ilmu sebaik mungkin.ketahuilah sahabat bahawa kita sekarang sedang berjihad fisabilillah!and jika kita ditakdirkan meninggal,insyaAllah kita dikira sebagai mati syahid..and ketahuilah orang mati syahid ,rohnya akan beterbangan menuju mana2 pintu syurga.subhanallah!

sampai disini saja perkongsian dari insan yang kerdil lagi lemah.sama2lah kita manfaatkan nikmat Allah selagi hayat dikandung badan. :)

TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD

Saturday 21 April 2012

-RenunganBersama-




assalamualaikum
salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

along our life...kita sebenarnya x pernah berseorangan as long as kite masih lagi bergelar makhluk Allah..it's so true!buktinya..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."(Al-ankabut:45)

em..cuba kita  renung betul2 maksud kalamullah ni..

firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut jelas menunjukkan yang Allah x pernah tinggalkan kita berseorangan.Subhanallah!
Ingatlah,Allah sentiasa melihat perbuatan kita sama ada baik atau buruk dan setiap amalan tu kelak akan ditanya Allah di akhirat nanti..

so kenapa kita selalu je senang nak buat perkara yang Allah x suka/dosa even kita dah tau yang Allah sentiasa bersama kita x kira apapun keadaan kita?? (pertanyaan ini terlebih dulu dilontarkan buat diri sendiri)
Dalam kehidupan seharian,kita jarang sangat bersyukur bila kita mendapat sesuatu nikmat.,padahal time tu Allah bersama kita dan Allah juga yang mendatangkan nikmat tu buat kita..mesti Allah terasa kan dengan sikap kita yang x bersyukur?

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia(seluruhnya) tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."(2:243) 

Ya Allah,hambaMu ini sangatlah malu terhadapMu dengan sikapku yang kufur akan nikmatmu selama ni!


fadhilat sayyidul istighfar


jika membacanya 3 kali sehari siang dan malam,.dan pada hari itu kita dimatikan,kelak Allah akan ampunkan segala dosa kita dan masukkan kita ke dalam syurga,insyaAllah.wallahualam

Thursday 19 April 2012

JOM KENALI IBLIS,TAPI!JANGAN JADI MACAM IBLIS YE?!

Salam dari bumi Soviet..

Memandangkan hari ni xde kelas,so adela juga kesempatan buatku untuk update blog ni..
JOM KENALI IBLIS?!



kenapa kita kena kenal makhluk terlaknat tu ea?
apa faedah kita kenal dia,bukannya iblis tu boleh bimbing kita masuk syurga kan.. 
senannya kita perlu kenali iblis.kata orang,x kenal maka x tahu..bila x tahu,kita jadi mudah keliru.bila dah keliru..nah,time itula iblis2 ni masuk line nk sesatkan kita.bila dah sesat,iblis ni akan buatkita makin sesat lagi sehinggakan kita x tahu nk bezakan mana yg betul and mana yang salah.bila dah sampai tahap tu,hati kita menjadi keras sehingga susah nak terima hidayah Allah.kan?itulah AKIBATNYA bila kita x kenal iblis!

ok,x nak panjang2..jom kita tengok strategi  mr.iblis laknatullah







  • sangat suka orang yang berada dalam keraguan
  • sentiasa menghasut untuk buat perkara yang salah
  • halang seseorang tu berbuat baik.bila seseorang tu dah berjaya buat kebaikan,si iblis ni x give up lg,dia sasarkan pada niat orang tu pulak so that kebaikan yang dibuat tu bukanlah kerana Allah
  • sesatkan orang yang x ikhlas
  • iblis pernah berbicara dengan Rasulullah Saw:"wahai Muhammad,umatmu ada yang suka menangguhkan solat.setiap kali dia hendak berdiri untuk solat,aku bisikan padanya waktu masih lama,kamu masih sibuk lalu dia menundanya sehingga dia solat di luar waktu,maka solat itu dipukulkan ke mukanya.jika dia berhasil kalahkanku,aku bisikan ke telinganya,"lihat kiri dan kananmu",dia pun menoleh.pada saat itu aku usap dan kucup keningya sambil berkata solatmu tidak sah".
  • menabur sesuatu di mata orang yang menghadiri majlis ilmu sehingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus!
  • and banyak lagi..
k,strategi dah tahu.,then jom kita kenal pulak siapa yang bersaudara dengan iblis ni?nauzubillah!
  • pemakan riba
  • penzina
  • pemabuk
  • pencuri
  • tukang sihir/bomoh
  • orang yang meninggalkan solat 
  • pemakan harta anak yatim
  • orang yang tidak ikhlas
  • orang yang sombong
  • orang yang boros

secara x sengaja,tanpa kita minta un..kita senanye dah bersaudara dengan iblis jika kita memiliki sifat2 di atas..and orang yang bersaudara dengan iblis ni pasti akan sama2 masuk dalam lautan neraka nanti.masyaAllah!x dapat dibayangkan betapa dahsyatnya keadaan lembah neraka!so,bila dah terasa kita ni sebenarnya saudara iblis,sama2lah kita bertaubat selagi nikmat hidup masih terasa :)

makanan iblis?iblis makan ke??0.O
hehe..mestila,iblis pun makan jugak..macam kitala!lau x,mana dia nak dapat energy tuk menggoda kita kan
ni yang iblis makan;
  • harta yang tidak dizakatkan
  • makanan yang haram dan bercampur dengan riba
  • makanan yang tidak dibacakan dengan nama Allah

sedikit sebanyak,korang mesti dah kenal kan iblis ni camne?Alhamdulillah..tengokla dunia sekarang!ramai kan yang dah jadi pengikut iblis.iblis memang x pernah give up menggoda kita sume.so,BEWARE!

PERANGI IBLIS,JOM!
Tapi camne ea nak perangi iblis??bukannya kita boleh tengok rupa iblis kan?lenla lau dapat tengok rupa dia,mesti kita dapat idea nk pakai senjata pe tuk perangi si iblis tu..hehe.chill je!
nak perangi iblis ni senang je,senjata yang paling kuat kita perlukan adalah iman di dada.iman tu ,make sure biar betul2 kukuh!insyaAllah

senjata lain?ni dia..
  • solat dengan khusyuk >>iblis akan berasa dingin dan gementar
  • perbanyakkan puasa  >>tubuh iblis terasa terikat sehingga waktu berbuka
  • menunaikan haji(jika mampu) >>iblis seperti orang gila
  • bersedekah secara diam >>mencoreng wajah iblis
  • membaca dan memahami kalamullah >>iblis terasa meleleh laksana timah di atas api
  • sentiasa beristighfar >>membakar hati iblis
  • perbanyakkan hadiri majlis ilmu >>ini akan mengganggu ketenteraman iblis
  • istiqamah dalam kebaikan
  • menundukkan pandangan
  • menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia
  • memulakan pekerjaan dengan nama Allah
tengok kan?nak berperang dengan iblis x perlukan banyak wang pun...xyah susah2 cari shotgun,kereta kebal,rifle ke..cukup dengan hanya berbekalkan iman dan istiqamah dalam diri

so camne sekarang?dah kenal?lau dah kenal bagusla,alhamdulillah.bila dah kenal tu,jomla kita perang si iblis ni habis2!janganla relax je..

sama2 kita buka hati,buka minda..lapangkan dada..dan ucapkanlah..

 ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

semoga Allah membimbing kita di jalanNya..amin




and semoga entry kali ni bermanfaat tuk sume!^^

assalamualaikum wbt

p/s:maaf jika penggunaan bahasa terlalu sempoi.yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu pun datangnya dari Allah,tapi disandarkan pada diri sendiri.maaf di atas salah silap

Wednesday 18 April 2012

Gorky Intervasity Games @ NIzhny Novgorad

Gorky Intervasity Games 2012
Alhamdulillah,selepas Kazan kini ku diberi peluang lagi untuk kembara luar moscow..kali ni di Nizhny Novgorad sebagai atlet muda(hehe).and kembara aku ke sana bukannya seorang,tapi ditemani oleh sahabat and senior yang memang sngat berbakat in sport!about 120 among of them,and paling menarik lagi..perjalanan kami ditemani dekan uni kami..Mr.Peter Petrovich

okla,memandangkan ni kali pertama aku bertapak di nizhny,agak excited gak r nak story mory ngn korang..

13 april,dalam 7 pagi kami selamat sampai di perkarangan kompleks sukan nizhny..and lepas kemaskan diri kami berkumpul di main arena,untuk perasmian GIG.The event began with matching which participated by Intervasity contigent>>>Moscow State Medical Uni,Russia State Medical Uni,Kursk State Medical Uni,Nizhny NOvgorad State Medical Uni,St.pete State Medical Uni,Malaysian Aviation Intsitute,Volgograd State Medical Uni






proud




perasmian GIG
perbarisan

selepas perasmian,the games started with futsal(M),hoki ,volleyball...

hoki,pingat emas!

futsal(M),sekadar suku akhir.tapi dorang memang hebatla!:D

ok,sekarang tinggalkan dulu sal games..jom tengok tempat penginapan kitorang..!mesti korang jeles r!hehe..

bilik untuk 2 orang ni..memang kalah r dengan hostel aku kat sini

malam2 layan russian movie..best!


preparing for colloq..:)

pemandangan luar tingkap,tenang sangat!

suasana yang sangat sesuai untuk tido lebih masa!

besar kan bilik?hehe..memangla,duk sana..even 3 hari je ,perasaan tu sangat3 tenang,time tu rasa macam ada kat kampung je.xde bunyi enjin bas,xde bangunan tinggi,yang ada pokok2 and bangunan kecik2.

kat sana juga,aku dipertemukan lagi dengan sahabat malaysia dari volgograd!safira,ainul,khairul,uyu,khairil,pok jad,..tapi x sempat nak ambil gambar dorang disebabkan kekangan masa,

dan apa yang paling menarik,on last day,ade jugak perlawanan futsal antara VIP msia dengan atlet and antara VIP msia dengan VIP russia..lawa je dorang men


barisan VIP malaysia

VIP malaysia vs VIP russia
sama2 hebat

mesti korang bosan j dengar cite aku,,k,x nakla cite panjang2,jom tengok gambar for the last day at nizhny :)

last day dah..:(

kenangan GIG 2012

penutup GIG






russian's cooking







lepak dulu dekat bas kontijen



perkampungan nizhny







At last,mesti korang nak tau kan sapela yang menjadi juara keseluruhan?mestilah........MSMU!x la,tipu je,juara kali ni didominasi oleh tuan rumah.insyaAllah GIG seterusnya di Volgograd akan didominasi oleh MSMU lak.amin..

k,sekian saje tuk kali ni.Alhamdulillah..semakin jauh perjalanan,semakin banyak kesedaran tentang kebesaran Allah SWT.Subhanallah



masuk paper siap..






Saturday 7 April 2012

MENGUTUK ALLAH SWT?nauzubillah

peringatan buat diri(utama) dan semua^^



 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (Al Anfal:27)


 Sebagai manusia,kita memang x lari dari melakukan kesalahan.namun,sedarkah kita dalam kehidupan seharian,kita banyak khianati Allah, kita banyak mengutuk Dia sebagai Pencipta ?


pernah x kita mengeluh?contoh...........



"huh,kenapalah aku je yang kne uji,kenapa x orang lain??"
 
"sejuknya hari ni,menyesal keluar!" ..... = = '
fahami dan hayati :)



amat rugilah mereka yang mengeluh dan x sabar atas ujian,sebabnya..Allah dah bg pesanan kat kita


 Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran:146)


atau pernah x kita mengutuk kawan2/haiwan/alam/and pape je makhluk ciptaan Allah atas bumi ni?mestilah pernah kan..huhu.mentang2lah kita ni lawa,ade style,berharta kan..senang2 je kita kutuk kawan kita,kita rendah2kan dorang.kan3? :/

tahu x,bila kita mengutuk makhluk Allah,senanya kita un kutuk Allah sekali!walaupun kita xde niat un nk kutuk Allah,tapi hakikatnya kita dh mengutuk Allah.orang yang mengutuk Allah tidak akan mendapat pertolongan Allah,bahkan mereka bakal mendapat kemurkaan Allah.

bila Allah murka,susahla kan kita nk dapatkan keberkatan dan keredaanNya dalam kerja seharian?bila x dapat berkat,x dapat reda Allah..x sempurnalah kan kerja kita?kan?yang tu baru kat dunia.....

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan
(sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah
mengharamkan kepadanya surga". (Al
Maaidah: 72)



   bila kat akhirat nanti,lagi pedih azab yang Allah timpakan.bila seseorang tu mendapat kemurkaan Allah,secara x langsung die juga mendapat kemurkaan Rasulullah SAW.dah kalau jadi cam tu,camne kita nk dapatkan syafaat baginda nnt?sedangkan syafaat bagindalah yang kita akan sangat perlukan nanti. 

samelah juga dengan mengeluh..

bila kita mengeluh,kita diibaratkan melawan takdir Allah.orang yang melawan takdir Allah un pasti akan dapat kemurkaan Allah..(kalo kita lawan cakap mak,mesti dia marah jugak kan?^^)


jom kita recheck balik diri,.dalam sehari tu dh banyak mana kita mengeluh,dh brape kali kita kutuk orang lain,and dah sampai tahap mana dah kemurkaan Allah terhadap kita.namun,selagi hayat masih lagi,pintu taubat sentiasa terbuka.beristighfar setiap hari dan tunaikan solat taubat sekerap mungkin adalah 1 cara untuk elakkan diri dari sume perbuatan yang membawa kemurkaan Allah. leh juga baca  dan amalkan doa ni;




اَللّهُمَّ اَنَّانَعُوذُ بِكَ مِنْ اَنْ نُشْرِكَ شَيْءًا نَعْلَمُهُ
وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا 

Allahumma,kami berlindung kpd Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami tahu    dan kami memohon ampun dari(menyekutukanMu)dengan sesuatu yang tidak kami ketahui


last dari insan kerdil,samalah kita cuba memperbaharui rohani kita,renovate balik hati,dan semoga hari ini lebih baik dari semalam.insyaAllah..

katakan tidak kepada kutukan dan keluhan
























Thursday 5 April 2012

my beloved 99 sisters n brothers!

Alhamdulillah,walaupun aku berada 8000 km jauh dari keluarga tersayang,but here,in moscow i just found such a beloved group of new family.fathiah,katy,ain,fatin,jannah,muni,wani,ezza,kak malyn,aisar,shamsul,alif,amar,zen..they're my family here!perkenalanku dengan dorang merupakan 1 anugerah dan nikmat yang sangat berharga.tanpa dorang,siapalah aku di sini.tanpa dorang juga,mungkin aku x dapat bertahan dengan life kat sini..

group 99,we're always together..
saat diri ini terjatuh,pasti ada tangan yang menghulur.saat diri ini tersesat,pasti ada tangan yang membimbing.dan saat diri ini terluka,pasti ada tangan yang mengubati.no matter what happen,the bond betwen us will not easily broken down!
sepanjang bersama family baru,banyak aktiviti yang dah kami buat sama2..antaranya........^^
celebrate birthday wani 


devinosta devit

histology class


ni fathiah punya.....

burger king!haa
and shamsul was the king of the day

ready?

haih,.apa khabar ea awek aku kat malaysia?

together we stand

muka happy time kelas ruski xde


ai katy......?!!

dan banyak lagi aktiviti..

bersama dorang sebagai 1 family merupakan saat terindah buat diriku.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah!to all 99 members,thanks for being a part of my life here.semoga Allah berkati perjuangan kita bersama.future doctors to be>>2017


uhibbukum fillah! :)
amin

PERJALANAN ROH

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. 

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

PERKONGSIAN BUAT DIRI DAN SAHABAT :)

Tangisan Isam Bin Yusuf

Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun demikian dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

“Wahai Aba Abdurrahman (Nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan sembahyang?”

Berkata Hatim: “Apabila masuk waktu sembahyang, aku berwuduk zahir dan batin.”

Bertanya Isam: “Bagaimana wuduk batin itu?”

Berkata Hatim: “Wuduk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1-Bertaubat.
2-Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
3-Tidak tergila-gila dengan dunia.
4- Tidak mencari atau mengharapkan pujian dari manusia
5- sifat bermegah-megahan.
6- sifat khianat dan menipu.
7-Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata: “Kemudian aku pergi ke Masjid, ku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan ku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian Shiratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa sembahyang ku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam sembahyang ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah ia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.





sejujurnya,lepas baca cerita ni..apa yang korang rasa?
mesti kita rasa yang penerimaan Allah terhadap ibadah kita selama ni kan?



pesanan buat diri,dan semua..tanpa kita sedar bahawa kita sekarang telah berada di alam yang kedua,dan lepas ni kita semua akan menuju ke alam yang kekal,alam akhirat..kehidupan di alam sana sangatlah bergatung kepada amalan kita di alam kedua ni.agak menakutkan bila bayangkan hidup kita di sana..

  • adakah kita layak untuk terima buku catatan amalan dengan tangan kanan?
  • adakah kita layak untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW?
  • adakah kubur kita nanti diluaskan sejauh mata memandang dan diterangi nur Kalamullah?
  • adakah kita akan dapat menjawab pertanyaan malaikat munkar dan nakir?
  • adakah kita akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan yg mulia?
  • adakah kita dapat melepasi siratul mustaqim nanti?
  • adakah kita layak untuk mendapat salam dari Allah di syurga ?
semua persoalan tu hanya mampu dijawab berdasarkan amalan dan ibadah kita di dunia.wallahualam..semoga Allah terima ibadah kita,insyaAllah!