Thursday 19 April 2012

JOM KENALI IBLIS,TAPI!JANGAN JADI MACAM IBLIS YE?!

Salam dari bumi Soviet..

Memandangkan hari ni xde kelas,so adela juga kesempatan buatku untuk update blog ni..
JOM KENALI IBLIS?!



kenapa kita kena kenal makhluk terlaknat tu ea?
apa faedah kita kenal dia,bukannya iblis tu boleh bimbing kita masuk syurga kan.. 
senannya kita perlu kenali iblis.kata orang,x kenal maka x tahu..bila x tahu,kita jadi mudah keliru.bila dah keliru..nah,time itula iblis2 ni masuk line nk sesatkan kita.bila dah sesat,iblis ni akan buatkita makin sesat lagi sehinggakan kita x tahu nk bezakan mana yg betul and mana yang salah.bila dah sampai tahap tu,hati kita menjadi keras sehingga susah nak terima hidayah Allah.kan?itulah AKIBATNYA bila kita x kenal iblis!

ok,x nak panjang2..jom kita tengok strategi  mr.iblis laknatullah







  • sangat suka orang yang berada dalam keraguan
  • sentiasa menghasut untuk buat perkara yang salah
  • halang seseorang tu berbuat baik.bila seseorang tu dah berjaya buat kebaikan,si iblis ni x give up lg,dia sasarkan pada niat orang tu pulak so that kebaikan yang dibuat tu bukanlah kerana Allah
  • sesatkan orang yang x ikhlas
  • iblis pernah berbicara dengan Rasulullah Saw:"wahai Muhammad,umatmu ada yang suka menangguhkan solat.setiap kali dia hendak berdiri untuk solat,aku bisikan padanya waktu masih lama,kamu masih sibuk lalu dia menundanya sehingga dia solat di luar waktu,maka solat itu dipukulkan ke mukanya.jika dia berhasil kalahkanku,aku bisikan ke telinganya,"lihat kiri dan kananmu",dia pun menoleh.pada saat itu aku usap dan kucup keningya sambil berkata solatmu tidak sah".
  • menabur sesuatu di mata orang yang menghadiri majlis ilmu sehingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus!
  • and banyak lagi..
k,strategi dah tahu.,then jom kita kenal pulak siapa yang bersaudara dengan iblis ni?nauzubillah!
  • pemakan riba
  • penzina
  • pemabuk
  • pencuri
  • tukang sihir/bomoh
  • orang yang meninggalkan solat 
  • pemakan harta anak yatim
  • orang yang tidak ikhlas
  • orang yang sombong
  • orang yang boros

secara x sengaja,tanpa kita minta un..kita senanye dah bersaudara dengan iblis jika kita memiliki sifat2 di atas..and orang yang bersaudara dengan iblis ni pasti akan sama2 masuk dalam lautan neraka nanti.masyaAllah!x dapat dibayangkan betapa dahsyatnya keadaan lembah neraka!so,bila dah terasa kita ni sebenarnya saudara iblis,sama2lah kita bertaubat selagi nikmat hidup masih terasa :)

makanan iblis?iblis makan ke??0.O
hehe..mestila,iblis pun makan jugak..macam kitala!lau x,mana dia nak dapat energy tuk menggoda kita kan
ni yang iblis makan;
  • harta yang tidak dizakatkan
  • makanan yang haram dan bercampur dengan riba
  • makanan yang tidak dibacakan dengan nama Allah

sedikit sebanyak,korang mesti dah kenal kan iblis ni camne?Alhamdulillah..tengokla dunia sekarang!ramai kan yang dah jadi pengikut iblis.iblis memang x pernah give up menggoda kita sume.so,BEWARE!

PERANGI IBLIS,JOM!
Tapi camne ea nak perangi iblis??bukannya kita boleh tengok rupa iblis kan?lenla lau dapat tengok rupa dia,mesti kita dapat idea nk pakai senjata pe tuk perangi si iblis tu..hehe.chill je!
nak perangi iblis ni senang je,senjata yang paling kuat kita perlukan adalah iman di dada.iman tu ,make sure biar betul2 kukuh!insyaAllah

senjata lain?ni dia..
  • solat dengan khusyuk >>iblis akan berasa dingin dan gementar
  • perbanyakkan puasa  >>tubuh iblis terasa terikat sehingga waktu berbuka
  • menunaikan haji(jika mampu) >>iblis seperti orang gila
  • bersedekah secara diam >>mencoreng wajah iblis
  • membaca dan memahami kalamullah >>iblis terasa meleleh laksana timah di atas api
  • sentiasa beristighfar >>membakar hati iblis
  • perbanyakkan hadiri majlis ilmu >>ini akan mengganggu ketenteraman iblis
  • istiqamah dalam kebaikan
  • menundukkan pandangan
  • menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia
  • memulakan pekerjaan dengan nama Allah
tengok kan?nak berperang dengan iblis x perlukan banyak wang pun...xyah susah2 cari shotgun,kereta kebal,rifle ke..cukup dengan hanya berbekalkan iman dan istiqamah dalam diri

so camne sekarang?dah kenal?lau dah kenal bagusla,alhamdulillah.bila dah kenal tu,jomla kita perang si iblis ni habis2!janganla relax je..

sama2 kita buka hati,buka minda..lapangkan dada..dan ucapkanlah..

 ASTAGHFIRULLAHALAZIM!

semoga Allah membimbing kita di jalanNya..amin




and semoga entry kali ni bermanfaat tuk sume!^^

assalamualaikum wbt

p/s:maaf jika penggunaan bahasa terlalu sempoi.yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu pun datangnya dari Allah,tapi disandarkan pada diri sendiri.maaf di atas salah silap

No comments:

Post a Comment