Thursday 29 March 2012

warkah rinduku buat allahyarham....

duhai ayahanda!

telah hampir 12 tahun diriku ini tidak mendapat belaian darimu,namun doa anakmu ini selalu mengiringimu.semoga Allah mendengar doa anak2mu abah..abah,nasihatmu selalu anakmu patuhi.amanahmu sentiasa ku junjung.abah,diriku ini  sangat merindukanmu untuk menjadi makmum di belakangmu walaupun hanya sekejap.tanggal julai 2000,abah pergi..pada waktu itu,anakmu masih lagi tidak mengerti apa-apa.dirimu pergi ketika diriku masih lagi dahagakan kasih sayang seorang ayah.namun kini aku mengerti,Allah lebih sayangkanmu.selepas pemergianmu abah,tiada lagi nasi goreng special yang selalu digemari anakmu.tiada lagi lafaz sayang dari seorang ayah.tiada lagi usikanmu yang mengisi kekosonganku.tiada lagi alunan merdu suaramu melagukan lafaz al-Quran.maafkanlah anakmu andai diri ini x sempat manjadi anak yang solehah di matamu sepanjang hayatmu.

abah,setahun selepas pemergianmu menghadap Ilahi,.dengan kuasa dan kehendak Allah,anak ketigamu,adik wan mula menyusulmu.adik wan juga turut meninggalkanku.,seterusnya anak keempatmu,adik boy..turut meninggalkanku selepas 11 tahun pemergianmu.kadang2 aku selalu mempersoalkan kehendak Allah,kenapa Allah selalu mengambil orang2 yang aku kasihi?namun kini baru ku tahu,setiap ketentuan Allah pasti ada hikmahnya.adik wan,adik boy..maafkanlah kakakmu andai diriku ini x dapat menjadi kakak yang terbaik sepanjang hayatmu.

adik wan,masih ku ingat lagi,.kita selalu pergi jalan sama2..dan adik suka sangat hirup kuah singgang.selalu dik wan gaduh ngn adik boy sebab berebutkan basikal,mainan.adik wan x pernah un lawan cakap ma,cakap kak ira.pagi tu,kak ingat lagi.,waktu dik wan nak 'pergi',dik wan diribakan ma,and dalam ribaan ma juga adik wan ucapkan selamat tinggal.

kalo adik boy,kegemaran dik msti lauk yang pedas2,sampai ngan kak ira skali dah jadi addicted dengan pedas ni.kak ingat lagi,waktu kak ira dapat masuk maktab,adik boy demam,xleh tidur sebab rindukan kak ira..time tu baru kak ira tahu,adik boy rupanya sayang sangat kat kak ira..n kak ira pun sayang sangat2 kat adik boy!and kalo kak ira masak nasi goreng pedas2,mesti adik boy dapat habiskan..bila kak ira lewat bangun,mesti adik boy korek2 mata kak ira,minta nasi goreng,minta susu..bila kak ira sejuk,adik jugak yang peluk kak ira.bila kak ira sunyi,adikla yang selalu buat kak ira tersenyum..ketika kakakmu pulang bercuti ke rumah,adikla yang paling seronok,sebab dapat tidur ngn kak ira.adik boy selalu teman kak ira study malam2 and bila dah tiba masa kak ira balek asrama,dik boy mesti ikut ma  hantar kak ira..dan boy mesti cium pipi kak ira dulu sebelum kak ira masuk dorm.

namun semua itu kini hanyalah tinggal kenangan........

abah,dik wan,dik boy..........kak ira rindu kalian!kehilanganmu ...begitu terasa dalam hati ini..


tiada lagi gelak ketawamu yang boleh kudengari kini,tiada lagi pujukanmu yang dapat menenangkan diri ini.pabila takbir raya bergema,tiada lagi tangan seorang ayah untuk ku kucupi,.yang ada hanyalah siraman  air di pusara yang dipayungi pohon kemboja.kenangan bersamamu abah,dik wan,dik boy tetap terukir indah di hati ini.hanya doa yang mampu kuhulurkan,dengan harapan agar dirimu tenang di sanaAlhamdulillah,bersyukur kepadaMu ya Rabbi kerana Engkau telah mempertemukan aku dengan mereka walaupun hanya sekejap. abah,adik wan,adik boy,selamat berehat..insyaAllah kita berjumpa lagi di alam sana.
al fatihah


menuju 'solehah'

asslamualaikum,priviet!

seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah

wanita solehah..
melihatnya  mengingatkan kita kepada Pencipta Teragung
raut wajahnya terpancar sinar nur Ilahi
melihat perlakuannya mengingatkan kita akan mati
mengenalinya,makin bertambah kekuatan iman
mengenalinya juga menjauhkan kita akan maksiat dan perbuatan sia2
kecantikannya terlihat daripada ketulusan hatinya yang tersembunyi


muslimah sejati
tidak dilihat sejauh mana kebaikan yang dilakukannya
tapi sejauh mana keikhlasannya dalam melakukan kebaikan
tidak dilihat daripada kelunakan suara yang dilantunkan
tapi dari apa yang disampaikannya
tidak dilihat seindah pakaian yang dipakai
tapi dilihat sejauh mana dia mempertahankan kehormatannya
tidak dilihat sebanyak mana ujian yang ditimpakan
tapi dilihat sejauh mana dia bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa



duhai bidadari dunia..
kamu digolongkan sebagai golongan lemah
air matamu sering menjadi peneman disaat kamu ditimpa kesedihan
kudratmu tidak dapat menandingi kudrat kaum adam
namun ketahuilah bahawa Allah sangat memuliakan mu
"apabila seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu,berpuasa sebulan(ramadhan),menjaga kehormatan dan taat pada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana2 pintu yang dia sukai."(hadis riwayat Ahmad)
subhanallah!beruntungnya aku dilahirkan sebagai seorang wanita!

peringatan buat sahabatku yang bergelar wanita,..
Ya Allah,bimbinglah kami dalam menggapai redhaMu..amin









Thursday 22 March 2012

YA ALLAH!jika dia pemilik tulang rusuk ini..






tolong beritahu dia...

  • .cinta agung adalah cinta-Mu
  • dahulukan Allah,kerana di situ terletaknya jannah
  • dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itulah adanya syurga



tolong nasihati dia,

  • jangan mencintaiku lebih dari cintanya terhadap-Mu
  • jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya
tolong khabarkan pada dia
  • aku lebih cintakan zuhudnya,bukan harta..
  • aku x mahu menjadi fitnah terbesar kepadanya
  • aku x mahu menjadi punca kegagalannya
  • aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya
  • jadilah dia penyokong dalam perjuanganku
tolong tegur dia..
  • bila dia mula mengagungkan cinta manusia
  • bila dia tenggelam dalam angan2nya
  • andai nafsu mengawal fikirannya
tolong sedarkan dia
  • aku milik Yang Maha Esa
  • aku masih lagi milik keluarga
  • tanggungjawabnya besar terhadap keluargannya
tolong sabarkan si dia..
  • andai diri ini enggan didekati kerana menjaga batas agama
  • bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
tolong sampaikan kepada dia..
  • cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
x kan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa..

  •  kerana aku x mampu untuk memberitahunya sendiri





Ya Rahman,
andai dia adalah adam yang tercipta buatku
maka jadikanlah dia seorang imam yang mampu membawaku ke jalan-Mu..



amin...




Wednesday 21 March 2012

LIVE IN MOSCOW?

Assalamualaikum :) ahlan wasahlan wamarhaban bikum

Sepanjang bergelar pelajar di bumi soviet,ramai sahabat2 di malaysia bertanya
"naziera,best ke study kat moscow?"
"mesti best kan duk sane,leh main salji..leh jumpa mat saleh"
=_________=

kadang tergelak jugak dengan gelagat dorang ni(terlebih excited je). nak dipendekkan cite,senanya duduk kat moscow ni ade yang best,ade yang x best.study kat sini,same je macam study kat malaysia.cume bila dah duduk kat tempat orang,lebih2 lagi tempat yang umat islam dianggap sebagai pengganas,pengisian iman dalam diri tu sangat2lah penting!

yang bestnya,hidup di moscow banyak mematangkan diri,kenapakah?sebab kalau di sini...

  • kena bangun awal setiap hari,sebab pejalanan ke kelas selama 2JAM perjalanan dari hostel!
  • selalu kena ikat perut waktu kelas,sebab kat sini mana ada restoran nasi berlauk,mana ada warung goreng pisang,mana ada abc,mana ada kedai mamak.and the most thing is mana ada masakan ibu kat sini..huhu..(besnye duk umah..)
  • kena masak sendiri(perkara paling malas nak buat).
  • selalu kena halau kalau nak solat..huhu
  • kat kelas or mana2 public spot takde pun surau or bilik2 solat.so kalau nak solat,kenalah cari tempat tersorok(nak elakkan diri daripada dihalau).contoh,kat kelas2 kosong,bawah tangga,bilik tukar lampin bayi,belakang dinding,depan lif...
  • duduk kat sini xleh pakai tudung hitam..unless kalau terase macam nk ditahan polis.sebab bagi russian,orang islam yang bertudung hitam tu adalah terrorist!
  • kebanyakan russian kat sini ,tahap pemahaman dorang dalam english x tough sangat.so,bagi kami..agak susahlah tuk berkomunikasi dengan dorang.
  • hampir hari2 kena lari kejar bas!
  • makanan mahal! even roti kebab dah 80 rubles(rm8).kalau kat malaysia leh beli 3 kebab yang sama.nak x nak kami terpaksa masak sendiri kalau nk berjimat
  • bila tengah sedih,sebab x dapat markah penuh dalam test or kena buli..kami takde family untuk berkongsi kesedihan.mereka sangat jauh!tapi,Alhamdulillah..kami punya sahabat yang memahami,yang boleh menumpang kasih sayang,yang boleh dianggap sebagai keluarga.
huhu..inilah life cycle kami di sini.benarlah kata orang,pengalaman mematangkan diri .namun,semakin panjang perjalanan yang ditempuhi,semakin dekat diri kami terhadap kebesaran Allah azza wajalla.subhanallah!
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi,maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.Dan hanya kepada-Nyalah kamu(kembali setelah) dibangkitkan. (67:15)
Itulah antara nikmat terbesar yang Allah tunjukkan buat kami sepanjang kehidupan di 'dunia baru'.Di sini,kami semakin didekatkan dengan tarbiyyah tentang keimanan yang sebenar-benarnya.

sampai disini dulu coretan saya kali ni.,sebelum tu,jom tengok gambar!hehe..^^


baru belajar masak :)

katoshka

dapur berjasa..hehe.

nilah hostel kami :)

tempat shoping

oh metro-almost everyday kita bersua

makanan asasi moscow

at kafe halal:))

cubaan pertama.kek lobak with cheese

embassy of malaysia in rusia

salam perantauan:)

juadah aidiladha

kelas bio

lecturer..dimanakah kamu.......

zoo!:D


pemandangan luar tingkap

masa terluang

nilah burger king moscow..

the most 'cheapest' shoping complex

riadah kami
semoga hati,jiwa kita seputih salji,iA :)


assalamualaikum...

Sunday 18 March 2012

ALLAH VS BOYFRIEND/GIRLFRIEND

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani
Assalamualaikum sahabat!

mesti antum curious ngn tajuk entry kali ni kan??kali ni ana just nk share 1 perkara yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian.ana percaya,ramai antara korang dah ade yang berpunya kan?k,kali ni ana nak tanya,katekanla kalau korang dah berpunya,dh ade gf/bf..ataupun maybe ada yang dah berkahwin.apa yang antum akan buat tuk si dia?
semestinya antum akan buat ni;

  • call 17 kali sehari(rindula katekan..)
  • sms
  • bagi hadiah/saling bertukar hadiah
  • dating
  • dandan cantik2 untuk si dia
  • jaga hati dia sebaik mungkin
  • berterima kasih atas pemberian dari si dia
kan3?hehe..yela,kalo x buat sume tu,x sweetla kan?kali ni,apa kata kalau kita aplikasikan sume tu dengan Allah.. :)


  • kita call Allah hari2 dengan cara berdoa kepada Dia.sesungguhnya Allah nak sangat tengok hambaNya memohon kepadaNya
    “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (40:60)

  • sms lah dengan Allah,caranya adalah dengan membaca Al-Quran.dalam kitab tu banyak pesanan Allah untuk kita
  • berilah hadiah masa kepada Allah.ambillah sedikit masa untuk beribadah dan mengingati Allah.senanye kita langsung x sedar yang Allah selalu bagi nikmat kepada hambaNya tanpa kita minta,bahkan nafas kita sekarang merupakan 1 nikmat.dan nikmat itu merupakan  hadiah Allah yang sangat berharga
  • setelah mendapat nikmat,janganlah kita lupa untuk berterima kasih kepada Allah dengan cara memanjatkan setinggi2 kesyukuran terhadap Maha Pemberi Nikmat.
  • nak dating dengan Allah sangat senang,kat tepi katil pun boleh buat.x perlu susah2 nk bazirkan masa,wang untuk berdandan,cukuplah sekadar bersihkan diri dan dengan berwuduk.dirikanlah solat wajib dan solat sunat.luahkanlah ayat2 cinta dengan berwirid setelah solat.
  • menjaga hati:janganlah kita berpaling daripada Allah,istiqamah dalam melakukan kebaikan,insyaAllah Allah akan meredai setiap perbuatan kita
subhanallah..kita sebenarnya x tahu.,Allah itu sangatlah sweet!last from me,marilah kita sama2 menjaga hubungan kita dengan Allah,dan secara automatik hubungan kita sesama manusia juga terjaga.




Saturday 17 March 2012

dedication to mama

assalamualaikum,

 Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

ma, dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,

Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Ma,dah lame kan kite tak ketemu?ketahuilah bahawa dirimu langsung tidak kulupai walaupun jarak sepanjang 8000 km memisahkan kita.even now u're not in front of me,u're still my guiding star.segala tunjuk ajar ma x pernah anakmu lupa..
ma,sejujurnya anakmu ini sangat memerlukan doamu,sangat memerlukan sokongan darimu dalam mengejar cita-cita.maafkan anakmu ini jika tak dapat nak hubungimu setiap hari,maafkan anakmu jika segala perbuatan dan perkataan yang dilakukan anakmu menghiris hatimu.

ma,ketahuilah bahawa anakmu ini sangat merindukan pelukanmu,anakmu ini sangat rindukan leteranmu,anakmu ini sangat rindukan belaianmu.anakmu ini juga sangat rindukan untuk bermanja denganmu.sungguh,!diriku sangat rindukan semua tu.


wahai ibuku

maafkanlah anakmu ini andai tak dapat menjadi anak yang solehah.sesungguhnya anakmu ini sedang mencuba untuk menjadi anak yang solehah di matamu,untuk menjadi anak yang mampu mengalirkan air mata gembiramu.

wahai ibuku,

anakmu ini kini telah besar
anakmu ini kini telah pandai
anakmu ini kini sedang berjuang
anakmu ini juga sentiasa mengharapkan doa yang tulus ikhlas dari mu

akhir kata,nantikanlah kepulangan anakmu ke tanah air..

salam rindu,salam sayang,salam kasih dari seorang anak 




  

Friday 16 March 2012

cinta Allah

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum sahabat,alhamdulillah  masih lagi diberi kudrat untuk menaip blog kali ni.insyaAllah nk kongsikan 1 perkara yang selama ni kita ambil mudah.Sebelum tu,jomla kita same2 hayati hadis qudsi ni :)
Dalam hadis qudsi Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berkata
"Sesungguhnya antara Aku dan hamba-hambaku terdapat satu berita yang besar:
Aku menciptakan(mereka)tapi mereka menyembah yang lain
Aku yang memberi rezeki(kepada mereka)bahkan mereka berterima kasih kepada orang lain
Kebaikan-Ku mengucur terus kepada mereka tetapi mereka malah membalasnya dengan kejelekan
Aku mendekatkan diri-Ku kepada mereka(agar mencintai-Ku)tapi malah mereka menyambutnya dengan dosa2(yang membuat-Ku benci) padahal mereka sangat perlu pada-Ku.
Orang2 yang senang berzikir adalah orang2 suka pada majlis2-Ku(berkumpul dengan-Ku).
Maka orang2 yang taat kepada-Ku adalah orang2 yang aku cintai
Orang2 yang suka berbuat maksiat tidak akan aku putuskan harapannya (untuk kembali pada-Ku)
Seandainya mereka kembali (bertaubat) pada-Ku,maka Aku adalah kekasih mereka
Barangsiapa yang datang kepada-Ku dengan bertaubat maka Aku akan sambut mereka dari jauh
Barangsiapa yang berpaling dari-Ku,Aku akan panggil mereka dari dekat
Aku berkata padanya:mau kemana kamu pergi?apakah kamu punya tuhan selain aku?
satu amal kebaikan aku balas dengan 10 pahala 
Sedangkan 1 amal buruk aku balas dengan 1 kejahatan,atau Aku ampuni
Demi kemegahan dan kebesaran-Ku,kalau mereka memohon ampun kepada-Ku,nescaya Aku akan mengampuninya."

cuba kita hayati hadis ni leklok
apa yang kita rasa?
apa yang terdetik di hati kita saat ni?
apa yang akan kita buat lepas ni?
apa yang akan kita fikir lepas ni?
adakah kita akan berubah?
atau masih di tampuk yang sama???

Subhanallah!

Daripada hadis di atas kita dapat lihat betapa sayangnya Allah terhadap kita sebagai hambaNya.Allah tak mahu hambaNya dihumban ke dalam neraka yang amatlah pedih azabnya dek kerana dosa2 yang telah kita lakukan.

Tapi,kita ..
sejauh manakah kasih sayang kita terhadap Allah??kalau kita cakap kita sayang Allah,kenapa selama ni kita selalu tinggalkan suruhan Allah?namun,Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.walau banyak mana pun perintah Allah yang kita ingkar,namun Allah masih lagi kurniakan kita nikmat2Nya yang tak terkira!Allah masih lagi beri kita mata untuk melihat,masih lagi beri kita udara untuk bernafas..setiap saat Allah berikan.subhanallah..

wahai diri,wahai sahabat..janganlah kita terlampau taksub dengan dunia sedangkan kehidupan di akhirat kekal abadi.same2lah kite bulatkan tekad untuk menjadikan Allah swt sebagai kekasih kita dunia akhirat.semoga kita same2 dipayungi barakah dan ridha Allah,insyaAllah.



                                                                

SAHABAT

bismillahirahmanirahim,
assalamuailaikum wbt :)

Alhamdulillah,sekarang dah masuk pertengahan mac dan ini bermakna dah hampir 6 bulan aku berada di negara orang,selama itu juga aku tak dapat pelukan daripada ibuku(homesick).sedar x sedar kini aku dah masuk sem 2 sebagai seorang student medic.
  
    kehidupan kat sini sedikit sebanyak mengubah diriku.Alhamdulillah,di sinilah aku lebih terdidik dengan tarbiyah.betollah apa orang cakap..bila kita ditempatkan di tempat asing di mana umat islam sebagai golongan minoriti,mata hati kita terhadap kebesaran Allah azza wajalla terbuka lebih luas.Subhanallah!

    Sepanjang hampir 6 bulan aku di sini,banyak cabaran dan rintangan yang aku lalui.Dan semua dugaan aku tidak akan dapat atasi tanpa huluran tangan sahabat2 ku di sini.
  

                                                           


PERSAHABATAN;(DEDICATED TO ALL SAHABAT)
P o-> Perhubungan yang terjalin antara kita apabila.
E o-> Emosiku sering diubati olehmu.
R o-> Rasa amat tenang&aman sekali ketika itu.
S o-> Susah&senang yang kita selalu tempuhi bersama.
A o-> Adalah kenangan yang terindah buat diriku.
H o-> Hiasilah perhubungan ini dengan berteraskan.
A o-> Agama sebagaimana diredhai-NYA supaya.
B o-> Bertambah-tambah kukuh ukhwah yang terjalin ini.
A o-> Apa jua teguranku terhadapmu bukanlah ingin melukakan.
T o-> Tetapi ingin membentuk dirimu menjadi yang lebih baik di sisi-NYA.
A o-> Agar diriku tidak sia-sia setiap waktu berada di sisimu .
N o-> Nikmat bersamamu adalah kurniaan-NYA jua demi mengenali dirimu...


  Sesungguhnya kehidupan di sini banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar.Alhamdulillah,Allah sayangkan aku lagi,Dia kurniakan aku kesempatan untuk merasa indahnya ukhuwah persahabatan.Jatuh bangun,pahit manis kami lalui bersama.Disini,sahabatlah sebagai keluarga .hanya SAHABAT.

wahai sahabat

Dikala aku alpa,engkaulah yang ingatkan aku
Dikala aku hiba,engkaulah yang menjadi bahu untukku
Dikala aku terjatuh,engkau jua yang hulurkan tanganmu untukku
Dikala aku kesejukan,engkau juga yang menjadi selimut untukku
Dikala aku kepanasan,engkau jua yang menjadi kipas buatku

sahabat;
maafkanku jikalau selama ini hatimu terguris kerana sikapku
maafkanku jika diri ini telah menitiskan air mata sucimu
maafkanku jika aku x dapat nk jadi yang terbaik bagimu
maafkanlah diri ini

sahabat;
doaku semoga Allah memberkati ukhuwah antara kita,
semoga Allah memelihara kita dari segala perkara yang menyebabkan kita bermusuhan
semoga Allah mempertemukan lagi kita di syurgaNya.
amin~

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.iA..
.UKHUWAH FILLAH ABDAN ABADA

SEKIAN ,assalamualaikum











SUBHANALLAH!


Segala puji bagi Allah yg Maha Pemberi Nikmat
Assalamualaikum ,
PERJALANANKU DALAM MENCARI SINAR >>>>>>>>.KAZAN
4 FEB 2012
Alhamdulillah,kami sume selamat sampai di Kazanski Vokzal,Tartastan,jam 10.16 pagi setelah hampir 12 jam di dalam train.Jaulah kami selama 3 hari diiringi oleh kak fida(6th year),kak nabilah(6th year),kak nadhirah(5th year).kami dibawa oleh pemilik hostel,Kate menuju ke tempat penginapan.Alhamdulillah,walaupun hostel tersebut masih lagi dalam pembinaan,kami dapat tinggal di sana dgn keadaan yang sangat selesa.Dalam pukul 12,kami semua pergi melawat masjid kul sharif,x jauh dari hostel.dalam masjid tu ada museum islam in Russia,galeri islam,and banyak lagi.masjid kul sharif merupakan masjid yang terbesar di eropah!subhanallah!!kami juga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bersolat dan berhalaqah di dalam masjid tersebut.halaqah pada waktu itu diterajui oleh kak fida dan kak nab.masjid ni siap dibina dan dibuka pada tahun 2005.Diberi nama kul sharif sempena nama salah seorang ulama islam yang pada satu masa dulu cuba mempertahankan islam dan tanah air dpd rusia.namun,beliau syahid dan kazan telah dikalahkan oleh rusia.bagi meraikan kemenangan,rusia telah membina saint basil yang terletak di Moscow.

Setelah hampir 2 jam melawat masjid kul sharif,kami menuju ke Baumana street.kalo kat KL die mcm Petaling Street,kalo kat Moscow mcm Arbat street.kat sane kami berpeluang tuk mkn di sebuah kedai halal,Meat Café.lepas tu kami berjalan menuju ke masjid Nurullah untuk solat maghrib dan isyak jama’.Disana ,kami bertemu dgn seorang hamba Allah yg zuhud,alim.kami juga dipertemukan dengan seorang doctor(lupe pulak ape nama die).sesudah solat kami dibawa oleh pakcik tadi untuk makan lagi di sebuah restoran halal.,dan kami dibelanja oleh pakcik.Alhamdulillah,byk urusan kami dipermudahkan sepanjang jaulah.contohnya,di sana memang terdapat banyak kedai halal ,masjid,dan orang2 islam kat sini sangat2 peramah sehingga dorang sanggup nk ajak kami yg seramai 14 orang untuk bermalam selama kami di kazan.Namun,permintaan tu ditolak sopan oleh kami atas alasan untuk tidak menyusahkan mereka.

5 FEB 2012
Hari kedua,kami menuju ke gorky park.kat sane kami diberi peluang untuk merasa permainan ski.for the beginners,kami salu j jatuh sbb x dapat nak seimbangkan badan.p Alhamdulillah,lame2 kami dah jadi makin expert(cewahhh).lepas puas berski,kami pergi ke masjid manjani untuk solat zohor dan asar.walaupum masjid tu tidaklah secantik masjid di msia ttpi setiap kali masuk waktu solat,ramai yang datang untuk bersolat jemaah.kadang2 aku sendiri malu dengan dorang.kalo kat msia,banyak masjid yang besar,lawa tapi kurang yang datang untuk solat jemaah same2.astaghfirullah..selepas solat kami diberi ceramah oleh salah seorang jemaah muslimat di situ,tp disebabkan ketidakfahaman kami dalam bahasa tartarstan,(kecuali kak2 senior).,kami hanye mengangguk je ape yang die sampaikan sambil berkata “da da”(betol2).selepas itu,kami bertemu lagi dgn doctor yang telah kami berjumpa di masjid Nurullah pada hari sebelumnya bersama anak pompuan beliau.kali ni,kami dibawa oleh doctor menuju ke sebuah kafe halal yang sangat sedap makanan2nya dan sangat berbaloi hargenye.kat sane aku berpeluang untuk merasa kebab kazan.sangatla sedap,rasenye macam makan roti tempayan di msia.subhanallah!sesudah,kami dibawa lagi menuju ke sebuah university islam yg hanya terdapat di kazan,xde di Moscow.Russia Islamic University.pembelajaran di sane termasuklah ilmu fiqh,hadis,tajwid ,arab,usuluddin,tasawur islam dan banyak lagi.Sebenarnya islam di Rusia lebih jauh berkembang berbanding islam di msia.selepas puas menelaah tentang RIU,kami solat maghrib dan isyak di Masjid Alira’.Di masjid kami bertemu dengan doctor dan anak die,di masjid juga kami berpisah,.sebelum berpisah,kami sempat berkongsi pendapat dan pandangan masing tentang suasana di kazan.kami juga sempat bergambar untuk dijadikan kenangan terakhir.sesudah itu,kami ,.yang diketuai oleh kak fida membeli belah di Tsum Mall.kat sane,makanan kering like biskut,roti lebih mahal kalo nk dibandingkan dengan Moscow.

6 FEB 2012
Hari terakhir kami di kazan,perasaan amat berat untuk kami tinggalkan Bandar tu.pada hari terakhir,kami berkunjung lagi ke masjid kul syarif.,sbb kunjungan pertama kami terase amatlah singkat.kali ni,kami berkunjung lebih lama.setelah itu,kami MAKAN lagi,di chak-chak kafe.kalo di Moscow,kafe ni like livan house,kalo kat msia mcm chicken rice shop.ape yang mngejutkan kami,harga makanan kat kafe tu amatla murah!ye,murah sangat.kalo 4 menu,harga die x sampai 150 rub/rm 15.lepas tu,kami brkunjung ke busana muslimah.disana ade dijual baju2 pengantin,tudung,baju muslimah,souvenier pun ade.akhir skali,sblm berangkat ke stesen kereta api,kami singgah lagi ke kafe untuk ?paham2 jela.kami bertolak pulang ke gagang(Moscow) pada jam 5.40 petang.


Itulah perjalananku dan kawan2 dalam mencari reda Allah.Alhamdulillah,ukhuwah antara kami semakin kukuh di bawah keberkatan Allah swt,iA.suasana di Kazan telah banyak membuka mata kami untuk mensyukuri nikmat Allah dan merenungi kebesaran Allah swt.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah! =D
kat bawah ni ada sedikit kenangan dari KAZAN :)
subhanallah!

dihadapan masjid kul sharif
the most biggest Al-quran(800 kg)
musa jalil

sayembika tower