Friday 16 March 2012

SAHABAT

bismillahirahmanirahim,
assalamuailaikum wbt :)

Alhamdulillah,sekarang dah masuk pertengahan mac dan ini bermakna dah hampir 6 bulan aku berada di negara orang,selama itu juga aku tak dapat pelukan daripada ibuku(homesick).sedar x sedar kini aku dah masuk sem 2 sebagai seorang student medic.
  
    kehidupan kat sini sedikit sebanyak mengubah diriku.Alhamdulillah,di sinilah aku lebih terdidik dengan tarbiyah.betollah apa orang cakap..bila kita ditempatkan di tempat asing di mana umat islam sebagai golongan minoriti,mata hati kita terhadap kebesaran Allah azza wajalla terbuka lebih luas.Subhanallah!

    Sepanjang hampir 6 bulan aku di sini,banyak cabaran dan rintangan yang aku lalui.Dan semua dugaan aku tidak akan dapat atasi tanpa huluran tangan sahabat2 ku di sini.
  

                                                           


PERSAHABATAN;(DEDICATED TO ALL SAHABAT)
P o-> Perhubungan yang terjalin antara kita apabila.
E o-> Emosiku sering diubati olehmu.
R o-> Rasa amat tenang&aman sekali ketika itu.
S o-> Susah&senang yang kita selalu tempuhi bersama.
A o-> Adalah kenangan yang terindah buat diriku.
H o-> Hiasilah perhubungan ini dengan berteraskan.
A o-> Agama sebagaimana diredhai-NYA supaya.
B o-> Bertambah-tambah kukuh ukhwah yang terjalin ini.
A o-> Apa jua teguranku terhadapmu bukanlah ingin melukakan.
T o-> Tetapi ingin membentuk dirimu menjadi yang lebih baik di sisi-NYA.
A o-> Agar diriku tidak sia-sia setiap waktu berada di sisimu .
N o-> Nikmat bersamamu adalah kurniaan-NYA jua demi mengenali dirimu...


  Sesungguhnya kehidupan di sini banyak mengajar aku erti persahabatan yang sebenar.Alhamdulillah,Allah sayangkan aku lagi,Dia kurniakan aku kesempatan untuk merasa indahnya ukhuwah persahabatan.Jatuh bangun,pahit manis kami lalui bersama.Disini,sahabatlah sebagai keluarga .hanya SAHABAT.

wahai sahabat

Dikala aku alpa,engkaulah yang ingatkan aku
Dikala aku hiba,engkaulah yang menjadi bahu untukku
Dikala aku terjatuh,engkau jua yang hulurkan tanganmu untukku
Dikala aku kesejukan,engkau juga yang menjadi selimut untukku
Dikala aku kepanasan,engkau jua yang menjadi kipas buatku

sahabat;
maafkanku jikalau selama ini hatimu terguris kerana sikapku
maafkanku jika diri ini telah menitiskan air mata sucimu
maafkanku jika aku x dapat nk jadi yang terbaik bagimu
maafkanlah diri ini

sahabat;
doaku semoga Allah memberkati ukhuwah antara kita,
semoga Allah memelihara kita dari segala perkara yang menyebabkan kita bermusuhan
semoga Allah mempertemukan lagi kita di syurgaNya.
amin~

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.iA..
.UKHUWAH FILLAH ABDAN ABADA

SEKIAN ,assalamualaikum











No comments:

Post a Comment