Wednesday 7 August 2013

selamat hari raya abah!

abah,abah tahu tak?
sehari sebelum syawal tiba,ma membawa kami adik beradik jumpa abah kat dungun.abah sedar tak?
lepas subuh kami bertolak,sepanjang perjalanan,ma senyap je.mungkin dia rindukan abah.bila sampai kt tempat abah tu ira tengok ma macam sangat berat nak jumpa abah.setiap langkah ma ibarat dibebani dengan batu yang berat.ira jalan belakang ma.dari jauh ira dapat rasa ma tengah sedih.

bila sampai kt abah,ma suruh kami bersihkan "rumah" abah.sebelum dibersihkan,"rumah" abah penuh dengan rumput2 liar.kami cabut rumput2 yang keliling "rumah" abah.alhamdulillah,sekarang rumah abah dah bersih,tapi rumah abah nampak kering,tiada seri,penuh debu2.lalu ma,ira,dan adik2 siram rumah abah.

abah sedar tak??

lepas tu kami doakan abah supaya abah dipakaikan dengan pakaian ketenangan dan rahmat.abah tahu x?air mata bergenang,tapi disekang sebab ma tak mahu abah tengok dia sedih.

abah tahu tak?

kami semua sayangkan abah walaupun abah dah lama tiada di hadapan kami.dan sayang itu x pernah berubah.

abah,,abah tahu tak?

kami selalu doakan abah.semoga doa2 kami tidak disia siakan.
abah?anak2 abah dah besar.inshaAllah anak2 abah sedang berusaha untuk tunaikan harapan terakhir abah.anak2 abah nak jadi orang berguna.

abah?
hari tu ira terjumpa gambar abah dalam album lama.handsome jugak abah ea..patutlah ma suka.dan kalau ira teringatkan abah,ira suruh ma ceritakan kisah abah dan mcm mana ma boleh kenal abah.rupa2nya abah ni sweetla!romantik.

memori terhenti.abah?kenapa tak menyahut ?kenapa abah tidak sambut kedatangan kami ke "rumah" abah?


tersedar,abah kini sedang dalam jagaan Allah..jadi kami x boleh nak cakap ngn abah,nak bermain ngn abah macam dulu lagi.

kami cuma nak abah tahu,kami sayang abah!

selamat hari raya abah,maafkan anakmu sepanjang anakmu dalam pangkuanmu.

-AL FATIHAH





No comments:

Post a Comment