Tuesday 12 February 2013

Ibrah dari Bumi Kerinduan




Bismillah..dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.hanya kepadanya segala pujian,hanya kepada kita berserah.selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah saw serta kepada keluarga Baginda saw.
Assalamualaikum wbt..kaifa halukum?

Alhamdulillah,setelah diberi nikmat untuk bermujahadah meneroka bumi Mesir selama 9 hari..banyak input yang ana dan sahabat dapat untuk diserap ke dalam hati,inshaAllah!
Pengalaman yang ana paling takkan lupakan adalah waktu pendakian di Jabal Musa kerana pengalaman tu banyak mengajar ana tentang erti kehidupan.kalau antum kenapa?sudilah bukak link ni dan seterusnya J



http://nazierahuda.blogspot.ru/2013/02/kembara-sinaiegypt.html


Camne?ana harap daripada apa yang antum baca,bermula dari “Musafir di bumi Mesir” hingga ke post ana yang latest sedikit sebanyak dpt memberi input kpd antum.dan jika ada peluang,jelajahlah bumi para nabi dan rasul.x akan rugi,lagi banyak manfaat adalah.yang penting niat tu.


Kat sini ana ada selitkan video sepanjang kami bertapak di bumi barakah,jom tengok?!tapi sebelum tu tekan button music pause dulu  kat bawah ni ye?hee


Ada 1 perkara yang ana nak kongsikan tentang apa yang paling ana akan kenang sampai bila2.ini berkenaan tentang “cakap lepas”.sebenarnya sebelum ana ke Mesir,salah seorang sahabat ana cakapla yang kita kena pakai cincin (bagi perempuan je) sebab nak elak diganggu.lepas tu ana dengan bangganyaaa cakap kat sahabat2 ana yang lain yang dah x perlu beli cincin sebab ana dah ada cincin.at last,bila sampai kat Mesir,cincin ana hilang.cincin emas pulak tu,Allah.Masya Allah..time tu Allah nak tegur ana yang kita kena waspada dan hati2 time berbicara.HasbiAllahufatawakkal a’la Allah.

And 1 lagi,sebelum ana Mesir juga ,ana buat solat istikharah .sama ada ke Mesir atau just rehat kat Moscow.ana buat solat tu sebab sebelum ni kaki ana sakit and di’operated’.ana takot kalau ke sana,kaki ana makin teruk.even berjalan ke kelas pun dh terasa sakit,apa lagi nak mengembara.last2  naluri ana berkata “pergi Mesir!”.time tu juga ana berubah fikiran.
Sebaik saja ana menjejakkan kaki ke Mesir,sepanjang pengembaraan ana,hanya sekali je kaki ana sakit.itupun time mendaki Jabal Musa.lepas tu dah x rasa sakit dah sampailah hari yang ke 9.

Tapi,sebaik sahaja ana menjejakkan kaki ke Domodedovo airport,Moscow tiba2 terasa sakit kat kaki ni.Allah je yang tahu.aneh kan?tapi tulah,betapa berkatnya bumi Mesir,bumi kesaksian dakwah para nabi dan rasul.mungkin ni adalah sign daripada Allah.masyaAllah..SubhanAllah!Alhamdulillah

inshaAllah kami akan datang lagi
Alhamdulillah,kembara kami berjalan baik dan dipermudahkan Allah.semoga di waktu yang lain Allah akan izinkan kami untuk bertapak lagi di bumi kerinduan.amin..

sekian dari insan yang serba kekurangan.barakAllahufikum
wasalamualaikum wbt


Monday 11 February 2013

kembara sejarah Nabi Yusuf a.s dan Qarun di Fayoum,Egypt


Bismillah..
2 hari sebelum kami kembali ke moscow,kami sempat berkunjung ke Fayoum.perjalanan hampir 2 jam dari Cairo .(dah hampir sama jarak hostel ana ke kelas) .



fayoum diambil daripada perkataan 'alfun' dan 'yaum' yang bermaksud seribu tahun.nama ini berkait rapat dengan sejarah Nabi Yusuf a.s.kalau antum nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Nabi Yusuf a.s,bolehla check it out dalam surah yusuf:4-101.ingat x kisah Nabi Yusuf yang dibuang oleh saudaranya ke dalam perigi lalu dia dijual dengan harga yang murah oleh saudagar di mesir(fayoum).berdasarkan surah yusuf,Nabi Yusuf hanya dijual dengan harga beberapa dirham.

Fayoum kaya dengan hasil pertanian dan penternakan sejak zaman Nabi Yusuf a.s lagi dan Nabi Yusuf a.s telah membina 12 kincir air untuk pertanian.sedikit cerita tenang Nabi Yusuf a.s.jika ditanya manakah nabi yang paling handsome ,mestila kita akan menjawab nabi yusuf a.s kan.tapi sebenarnya yang paling handsome adalah nabi kita,Nabi Muhammad SAW.cuma Allah SWT tidak menzahirkan kekacakan Nabi Muhammad SAW..jika Allah menzahirkan kekacakan Baginda di hadapan penduduk,pastilah mereka akan mati akibat terpegun melihat kekacakan Baginda SAW .

mcm kat kampung ana je suasana ni

salah satu kincir air yang dibina Nabi Yusuf a.s

rimbunan pokok zaitun


di Fayoum juga terkenal dengan kisah Qarun,Qarun merupakan sepupu Nabi Musa a.s dan beragama islam.untuk kisah ni,antum boleh rujuk surah ke 28,surah al-Qasas:76-82.pada mulanya dia hanyalah seorang yang miskin,sering beribadah kepada Allah SWT.hinggalah Allah mengurniakan nikmat kekayaan ke atasnya ,dia menjadi lupa diri dan mengatakan bahawa kekayaan itu adalah dari usahanya sendiri,bukan dari Allah SWT.dia juga sering menunjuk-nunjuk kekayaannya dan hartanya,.bagi orang2 yang berkeinginan dengan dunia ,mereka pasti akan merasa cemburu dengan kekayaan yang dimiliki Qarun dan menganggap kekayaan itu sangatlah menuntungkan,tapi bagi mereka yang memiliki ilmu,mereka akan menganggap bahawa kesenangan dunia itu adalah ujian Allah sedangkan pahala di sisi Allah itu lebih baik.

tasik Qarun



Qarun menjadi tamak dengan hartanya sehingga dia enggan membayar zakat,keadaan ini mengundang kemurkaan Allah lalu Allah menenggelamkan seluruh harta kekayaan qarun dan bandar Qarun ke dalam bumi.Itulah Allah,tiada siapa mampu mengatasi hukuman kepada orang yang dikehendakinya. di sini kami berkunjung ke Temple of Qarun,yang dibina semula sewaktu zaman tamadun Yunani.

bandar Qarun yang ditenggelamkan

temple of Qarun



so ibrah yang dapat ana ambil dari Fayoum ni,kesenangan dalam kehidupan dunia merupakan ujian dari Allah.ingat,Allah berikan kita nikmat dan kekayaan bukan untuk menunjuk-nunjuk,tetapi untuk melihat penerimaan hambanya terhadap nikmat itu dan kebanyakan manusia menjadi tewas dan tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Dan katakanlah,"segala puji bagi Allah,dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda (kebesaran)-Nya ,maka kamu akan mengetahuinya.Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan."(surah an-Naml:93)
                                                                                                                                                







Sunday 10 February 2013

Kembara Iskandariah,Egypt


Bismillah..assalamualaikum wbt.makin lama ana di Mesir,makin berat hati ana untuk balik ke moscow.tapi apakan daya ,perjuangan masih panjang.bukankah kita dicipta untuk beribadah kepada Allah dan mununtut ilmu pun merupakan salah 1 ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.kan3 ?hehe

Tayyib,inshaAllah kali ni ana nak share musafir ana dan sahabat ke Iskandariah ataupun alexander.perjalanan memakan masa lebh kurang 2 jam setengah.lskandariah terkenal sebagi bandar persisir air,macam terengganu juga.jika bandar Kuala Terengganu mengadap Laut China Selatan,bandar ni menghadap Laut mediteranean.pantainya memang lawa,jernih airnya .masyaAllah.bumi yang berkat.

Laut Mediterannean



 Di sini kami sempat melawat Montaza.masyaAllah,subhanAllah..lawa.dikelilingi taman dan di sini juga terletaknya istana Raja Farouk,raja terakhir Mesir.sambil menikmati keindahan alam,kami bertaaruf dengan musyrif yang membawa kami ,Ustaz Muaz
Istana Raja Farouk,Montaza
.seterunya kami melawat pula maktabun atau perpustakaan yang terbesar di afrika


maktabun
 dan akhirnya kami berkunjung ke Qatbiey Qalaah,sebuah kubu yang dibina oleh Raja Qatbiey di persisir pantai sebagai pusat perdagangan.
nampak qalaah ?ala,kat sane tu...

kita telah dijodohkan untuk berjumpa!



Alhamdulillah,dapat juga kami menjamu selera dengan seafood dari laut mediteranean !memang fresh,sedap,lazat,enak.dan kenyang,..alhamdulillah.haih,kalau kat moscow susah benar nak cari seafood yang fresh.kalau ada,mesti mahal.


jemput makan..



 setelah kenyang,kami seterusnya berkunjung ke Makam Luqman Nur Hakim dan Makam Nabi Daniel.Alhamdulillah..

makam Luqman Nur Hakim

Luqman Nur Hakim merupakan salah seorang hamba Allah yang tidak mendapat gelaran nabi ,apa lagi Rasul.tapi namanya juga turut tercatat dalam al-Quran.(surah Luqman).

makam Nabi Daniel

Alhamdulillah,telah sempurna kembara kami di Alex.inshaAllah,lepas ni kita mengembara Fayoum pada coretan yang akan datang..

ilalliqa'!




Kembara Cairo,Egypt




Assalamualaikum wbt,alhamdulillah setakat ni Allah permudahkan perjalanan kami.

selepas ke Dahab,kami teruskan perjalanan ke Cairo.dalam pukul 1 pagi kami sampai ke Darul Rahim/Hayyu Sabi',tempat di mana kami bermalam sepanjang di cairo.


Darul Rahim :)

Alhamdulillah selesa!

sphinx

pyramid Giza

di Cairo,kami berpeluang melawat pyramid Giza dan sphinx.pyramid ni dibina sewaktu zaman firaun dan merupakan antara 7 keajaiban dunia !kerana binaan ni dibina tanpa menggunakan paku,tetapi bongkahan batu2.firaun laknatullah telah mengerah keras tenaga kaum bani israel untuk membia pyramid sebagai tanda kekuasaan dan kemegahan firaun yang mengangap dirinya sebagai tuhan sehingga Allah utuskan Nabi Musa untuk membebaskan bani israel dpd firaun dan seterusnya membawa firaun ke jalan yang benar.akibat keangkuhan firaun,akhirnya Allah melaknat firaun dan kisah firaun banyak di sebut dalam AQ.sebagai contoh,dalam surah ke 28,surah al-Qasas.terdapat 3 pyramid utama yang dibina firaun,kufu,kufra,mangkara.

daripada lawatan kami ke pyramid dan sphinx,dapatlah ana simpulkan sedikit ibrah yang dapat diambil dan dikongsi bersama.
menelusuri kisah firaun.,boleh dianalogikan sebagai ikan di laut dan di darat.di laut sebagai kehidupan dunia manakala di darat sebagai kehidupan akhirat.begitulah firaun,jika di dunia dia dikurniakan ilmu yang tinggi sehingga boleh membina binaan yang begitu unik namu di akhirat dia mendapat laknat Allah.
jikalau kita mempunyai ilmu dunia yang begitu tinggi sehingga mengalahkan professor namun kurangnya pegangan agama,itu x akan membawa kita ke mana2,di mata Allah kita tetap menjadi golongan yang rugi dan menzalimi diri sendiri.Allah SWT tidak memandang tinngginya ilmu seseorang,tapi dia memandang bagaimana keadaan hati kita sekembalinya kita menghadap Allah.adakah bersih?adakah dikotori dosa?adakah busuk baunya?Allahualam..

siapa x kenal masjid al-azhar?semua kenal kan..menarik sangat masjid ni.masjid ni berdekatan dengan university al-azhar.









dulu selepas ana dapat result SPM,ana memang berazam nak melanjutkan pelajaran di university al-azhar tapi rezeki ana berpihak kepada Moscow.masjid al-azhar ni berdekatan dengan masjid saidina hussain.sebaik ana melangkah masuk ke dalam masjid,apa yang membuatkan ana terpegun ,pelajar2 di sini asyik,bertadabbur dan bertasmi' Kalamullah.masyaAllah,waktu tu ana rasa bagaikan berada pada zaman kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyyah.terasa aura islam yang kuat waktu tu..SubhanAllah.di sana ana dan para sahabat dijemput untuk mendengar ustaz bertalaqin dengan penuntut .

masjid Hussain

di dalam masjid




makam Saidina Hussain
kemudian kami berkunjung pula ke masjid Hussain di mana letaknya hampir dengan masjid al azhar.dalam masjid inilah terletaknya makan Saidina Hussain,cucu kepada Rusulullah SAW.di sini kami berpeluang menunaikan solat mangrib dan isyak.selepas tu kami mula berbual dengan jemaah wanita masjid.sempat juga kami memperdengarkan bacaan surah al-Qiyamah kepada mereka,Alhamdulillah.rugilah kalau pergi ke masjid ni tanpa bertawasul di makam Saidina Hussain.hanya tubuhnya dimakamkan di situ manakala kepalanya dipercayai berada di Baghdad.




seterusnya kami berpeluang melawat makam2 ahlu bait.antaranya makan Sheikh soleh al jaafari.beliau berasal dari Sudan dan sewaktu hayatnya beliau sentiasa menghabiskan waktu untuk mengajar dan beribadah di masjid al azhar.beliau hanya keluar dari masjid itu jika ingin menunaikan haji dan umrah.MasyaAllah..menurut cerita dari ustaz,beliau telah bermimpi bertemu dengan Saidina Hussain sebanyak 55 kali dan bermimpi bertemu Rasulullah SAW beberapa kali .masyaAllah!dan beliau juga merupakan pengasas tarikat al-Jaafari.


Sheikh Soleh al-Jaafari

seterunya adalah makam Sultan Hanafi,garbenor Mesir bersama anaknya.namun kami tidak berpeluang untuk bertawasul di malam beliau kerana pintu makam ditutup.menurut cerita di dalam makam tersebut terdapat sebuah telaga yang digali oleh Sultan Hanafi.setelah digali,anaknya telah menuangkan air zam zam dari Mekah ke dalam telaga tersebut dan dengan kuasa Allah,air itu megandungi pH yang hampir sama dengan air zam zam.dan air itu x pernah kering malah air itu sering diambil sebagai minuman dan untuk membasuh lantai.habt kan kuasa Allah?tapi kenapa kita selalu je rasa bangga dengan diri sendiri padahal kita sangatlah lemah bahkan untuk gerakkan jari sahaja,kekuatan tu datangnya dari Allah.

"...ketahuilah bahawa semua kekuatan itu milik Allah."(an-Nisa':139)

makam Sultan Hanafi dan anaknya


banyak lagi makam yang ana dan sahabat lawat..kalau antum x keberatan,bolehla antum tengok dan hayati gambar yang ana tampalkan di wall coretan ana ni.


bertawasul di makam Sheikh Soleh al Jaaafari




sejarah Sheikh Soleh al-Jaafari


makam Sayyidah Zainab

makam imam Syafie



puncak masjid Imam Syafie berbentuk kapal kerana Imam Syafie suka merantau sewaktu hayatnya masih ada :)




di cairo,kami sempat singgah di embassy Malaysia,masyaAllah,ada restoran!kenapa ana terkejut dengan restoran makanan melayu?sebab kat embassy M'sia  russia x ada pun restoran.aha,apa lagi..kami kerjakan makanan kat sana habis2 hinggakan ustaz pun terlopong."ustaz,kat russia susah nak cari masakan camni,"itulah ayat yang selalu keluar dari mulut kali setiap kali berjumpa dengan masakan melayu ni.hee..malu pun ada.



embassy

banyak masjid yang kami sempat lawat sepanjang di Cairo.antaranya masjid sayyidah zainab,masjid ibn tulub,masjid ali pasha,masjid imam 4 mazhab,dan banyak lagi..ana dah lupa nama masjid tu.tak terkira dibuatnya !kat cairo juga terdapat kilang kristal yang terbesar di Afrika,dinamakan Asfur.

Masjid al-Azhar


Masjid Hussain

yang ni antum boleh baca kan?hee

Masjid Ali Pasha

Masjid Amru ibn Asr

Masjid Syyidah Zainab

Masjid Marmar
Masjid Ibn Tulun





kalau sebut pasal nisa' ataupun perempuan ,mesti selalu dikaitkan dengan shoping kan?ha..begitu juga kami!di sini kami bershoping di khan khalili,terletaknya hampir dengan masjid al azhar.sakannya shoping,smapaikan ustaz pun dah naik pening layan kami.maafla ustaz,kami bukan selalu nak sampai ke bumi bertuah.antara yang kami beli termasuklah jubah,tudung,keychain,banyak lagilah.setiap orang ,penuh tangan dengan beg2 plastik.haih,orang perempuan memang kuat nafsu shoping,memang x dinafikan lagi.


Lagi satu,makanan kat Mesir ni memang terbaikla..tak caye?tengok ni..




macam kat m'sia dah..

makarona.Masya Allah,sangat sedap!

ha...sape cakap kat Mesir xde masakan M'sia?ni buktinya..
ana rasa dah cukuplah ana pos sal makanan ni,kan ada yang x boleh tidur pula nanti.k,inshaAllah,serba sedikit ana kongsikan dari Cairo.and lepas ni ana nak kongsikan dari Alexander/Iskandariah..inshaAllah