Sunday 23 March 2014

before 'leaving'..to Him

assalamualaikum wrt,salam ambang musim bunga! ^^


semoga hati2 kita juga akan sentiasa mekar ,harum bebas dari segala kumbang2 maksiat,bebas dari udara2 dunia yang memperdaya dan sentiasa kuat walaupun badai ribut melanda!aiwah!!


there's something need to share from humbly me
its about HEART.and this sharing are taken from ustazah Yasmin Mogahed
sebelum mula membaca,sama2 kita berlapang dada dan membuka hati seluas luasnyaaaa! :)


cuba flash backward,adakah kita punya roh?and what soul really do??whats is the meaning of its creation?is it just to life on this dunia?


ruginya kita jika roh ditiupkan for the purposelessly!tak ada tujuan,kerana hakikatnya the heart that's beating is already 'died'.


dalam kehidupan sekarang,kita masih lagi terus menerus memberikan jasad kita makan ,namun roh kita dibiarkan kebuluran.bila jasad mati,kita menangis..tapi bila hati itu mati,we ignore it!
its not jasad will face on the day of judgement,but A HEART!(tamparan untuk diri)


apa yang boleh matikan hati kita??
antaranya adalah kita mencintai selain Allah


as we know,
THE HEART HAS CREATED BY AND FOR GOD.ONLY ALLAH
THE HEART HAS CREATED TO KNOW AND LOVE GOD
THE HEART HAS CREATED TO BE GIVEN TO GOD
TO BE FILLED WITH GOD


hati yg dipenuhi selain dari Allah sebenarnya adalah hati yang menderita ,malah lebih derita daripada jasad yang terluka.
astaghfirullah!
hati seperti itu ibarat penjara yang menghalang daripada melakukan kebaikan.
itulah hati yang lemah dan dia akan jadi makin lemah seterusnya hati itu akan mati!


ada dalam kalangan kita yang menjadi hamba duit,
yang menghambakan hati kepada orang lain instead of Allah
ada lagi yang menghambakan kepada darjat dan kerjaya


tanya diri kita,what do you love most??
pastinya kita akan menjawab,I DO LOVE ALLAH MOST.


really?love Allah most??
tanya lagi pada diri sendiri.,
ke mana kita pergi bila dilanda ujian?
siapa yang kita cari untuk mengadu segala masalah?
dengan siapa kita mohon perlindungan dari segala keburukan?
bila kita takut,di mana kita bersembunyi?
siapa yang paling banyak buat kita menangis?
apa yang kita buat di petengahan malam?
siapa yang selalu kita fikirkan,?
apa yang selalu kita sebutkan?
apa yang memenuhi fikiran kita sewaktu solat?


IS IT REALLY ALLAH??




tepuk dada tanya iman


persoalan itulah yang akan menjawab how is our heart actually.


be a loveseeker,who always seek refuge from Allah.u and me know when we were born,but no one of us know when we will die!


hati yang bagaimanakah kita nak persembahkan di hadapan Allah nanti??
*tersentap


sama2 ambil ibrah
untuk diri sendiri terutamanya T.T


ana aseefah jika bahasa penggunaan dalam wall ni banyak rojak :)
ila liqa..
wasalamualaikum wrt









Tuesday 18 March 2014

pentingya bahasa asing!

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.(An-Nur:35)





Alhamdulillah!
 kami diundang oleh seorang abang Russian ke rumahnya.katanya,"mama nak sangat berjumpa dengan kamu,nak berkenalan"abang tu namanya Vorik,adiknya nama Aram,mamanya pula Laura.
so lepas habis kelas kami serumah pergilah ke rumah jiran tu.perasaan tu sangat berdebar sebab kami berlainan agama,berlainan bangsa,adat.sebaik masuk,,.......


mashaAllah,terharu dengan layanan yang diberi.belum sempat kami berbual panjang makanan sudah terhidang di atas meja!
mungkin mereka belum tahu tentang hukum makanan dalam islam,so atas meja tu turut terhidang makanan yang kami tak boleh makan.tapi nasib baik ada molochni kek buatan mama laura,jadi bolehlah kami makan.mashaAllah sedap!


hajatnya nak berkunjung untuk 15 minit tapi berlarutan sampai 2 jam!banyak yang kami bualkan.dan yang paling kami terkejut pabila kami ditanya tentang agama yang kami anuti.iaitu agama Islam.
sebelum tu ,vorik banyak bercerita tentang agama kristian yang dianutinya.hoho..siap tunjuk kitab bible lagi.rasa macam usrah ala2 kristian!tapi yang pelik,varik tak percayakan symbol 'christ'.entah,ana pun tak tahu.
selepas dia bercerita tentang kristian,dia mula bertanya tentang islam.
soalannya berbunyi lebih kurang camnila..sbb ana sendiri pun belum mahir dalam ruski ni.


"kalau islam tu agama yang benar,aman..kenapa masih ada lagi perang di sana sini?kenapa masih ada emosi2 yang tidak sihat?
kenapa orang yang jahat boleh masuk syurga?


tapi malangnya persoalan tu kami tak mampu jawab sebabnya soalan yang ditanya dalam bahasa ruski dan kami tak mahir nak 'berdakwah' dalam bahasa asing!Allah,itu satu kelemahan bagi ana sendiri.dan itu juga merupakan 1 motivasi untuk ana terus belajar bahasa ruski!


menjawab soalan tadi.kenapa masih berlaku perang sana sini.
sebenarnya perang dan kemanan yang tergugat itu datangnya daripada kita sendiri.


 “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (QS. An Nisaa : 79)


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS. Asy Syura : 30)


setiap manusia itu banyak dosa dan tidak lari dari melakukan dosa.kita tiada hak nak menilai siapa jahat,siapa baik.siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.
kadang2 sekecil amalan baik boleh membawa ke syurga dan kadang2 sebesar besar amalan baik boleh membawa ke neraka!kenapa?kerana kita lupa untuk menghadirkan hati kita dalam beramal,padahal hati itulah yang akan dinilai oleh Allah.




kalaulah mereka faham bahasa melayu..
tapi takpe,mungkin Allah letakkan ana di medan ni bukan saja2..inshaAllah,dengan mempelajari bahasa asing,kita boleh berdakwah dengan mereka.itulah yang ana dan housemate akan buat mulai sekarang!supaya boleh elakkan sebarang tuduhan kepada agama Islam dan fitnah.


tapi seluruhnya kami sangat terharu dengan layanan yang diberi.mereka sanggup nak bantu kami,dan menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.semoga Allah memberikan hidayah buat mereka.dan semoga Allah kuatkan hati kita untuk terus tabah di jalanNya!amin..





Monday 17 March 2014

aku munafik ke??

"Dan mohonlah keampunan daripada Allah ,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(2:199)


Allah telah gerakkan hati ini untuk membaca dan mentadabbur ayatnya dalam surah al hadid ayat 12-18.
Allah,tersentap!
bagi ana,bila terbaca ayat ke 12-14..ayat itu sangat menakutkan hati ni.kenapa?kerana Allah telah menyebut perbandingan antara orang beriman dan orang munafik.
di akhirat nanti orang beriman mendapat cahaya manakala orang munafik pula berada dalam kegelapan dan dalam keadaan terasing dengan orang beriman!nauzubillah moga dijauhkan dari tergolong dalam golongan munafik


teringat 1 hadis Rasulullah SAW.


"Ada 4 perkara,sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik.sesiapa yang melakukan salah satu daripada 4 maka dia mempunyai salah satu dari sifat munafik hingga dia meninggalkannya.apabila dipercayai dia berkhianat,apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkir,bila bertengkar dia menyebunyikan kebenaran."(HR Ahmad)


astaghfirullah,terasa keempat empat sifat tu macam dekat je dengan diri hamba ni.


setiap hari dalam hidup kita adalah ujian,dan ujian itulah yg menguji keimanan .dan kadang2 kita rasa amal kita dah cukup,ibadah kita sahih,tapi sebenarnya Allah tak pandang pun?kenapa?kerana diri kita masih lagi dibelenggu sifat2 munafik!
astaghfirullah
kepada yang membaca,inshaAllah kita sama2 muhasabah diri sebelum terlambat.


adakah kita benar2 ikhlas dalam beramal kerana Allah atau kerana manusia?
adkah kita benar2 amanah dalam berjanji ?
adakah kita seorang hamba Allah yang luarnya baik,tapi dalamnya busuk?
adakah kita suka menipu?bercakap dusta?


sebelum kita menjadi golongan rugi yang Allah maksudkan dalam surah Al-Hadid tu,masih belum terlambat untuk kita betulkan balik kompas iman kita.inshaAllah


segala salah silap mohon dimaafkan
kerana diri ini juga hamba
di hadapan Allah tiada apa2 kekuatan


wasalam wrt







Friday 14 March 2014

coming back!

Assalamualaikum wrt!mashaAllah dah lama rasanya jari ini tidak meloret di wall blog.bukan kerana sibuk,bukan kerana dah bertunang/berkahwin/tiada lagi di muka bumi ini tapi atas sebab2 yang dirahsiakan.kini ana kembali dan inshaAllah akan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman.


Alhamdulillah currently dah masuk sem 2 tahun 3.lagi beberapa bulan nak balik ke tanah air dan masuk tahun 4!Allah..cepatnya masa berlalu! ^^


semakin cepat masa berlalu,semakin singkat masa yang kita ada untuk bertemu dengan Pencipta kita.
bersediakah? :)


doakan untuk ummah
doakan untuk MH370