Monday 17 March 2014

aku munafik ke??

"Dan mohonlah keampunan daripada Allah ,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(2:199)


Allah telah gerakkan hati ini untuk membaca dan mentadabbur ayatnya dalam surah al hadid ayat 12-18.
Allah,tersentap!
bagi ana,bila terbaca ayat ke 12-14..ayat itu sangat menakutkan hati ni.kenapa?kerana Allah telah menyebut perbandingan antara orang beriman dan orang munafik.
di akhirat nanti orang beriman mendapat cahaya manakala orang munafik pula berada dalam kegelapan dan dalam keadaan terasing dengan orang beriman!nauzubillah moga dijauhkan dari tergolong dalam golongan munafik


teringat 1 hadis Rasulullah SAW.


"Ada 4 perkara,sesiapa yang melakukannya maka dia adalah munafik.sesiapa yang melakukan salah satu daripada 4 maka dia mempunyai salah satu dari sifat munafik hingga dia meninggalkannya.apabila dipercayai dia berkhianat,apabila bercakap dia berdusta,apabila berjanji dia mungkir,bila bertengkar dia menyebunyikan kebenaran."(HR Ahmad)


astaghfirullah,terasa keempat empat sifat tu macam dekat je dengan diri hamba ni.


setiap hari dalam hidup kita adalah ujian,dan ujian itulah yg menguji keimanan .dan kadang2 kita rasa amal kita dah cukup,ibadah kita sahih,tapi sebenarnya Allah tak pandang pun?kenapa?kerana diri kita masih lagi dibelenggu sifat2 munafik!
astaghfirullah
kepada yang membaca,inshaAllah kita sama2 muhasabah diri sebelum terlambat.


adakah kita benar2 ikhlas dalam beramal kerana Allah atau kerana manusia?
adkah kita benar2 amanah dalam berjanji ?
adakah kita seorang hamba Allah yang luarnya baik,tapi dalamnya busuk?
adakah kita suka menipu?bercakap dusta?


sebelum kita menjadi golongan rugi yang Allah maksudkan dalam surah Al-Hadid tu,masih belum terlambat untuk kita betulkan balik kompas iman kita.inshaAllah


segala salah silap mohon dimaafkan
kerana diri ini juga hamba
di hadapan Allah tiada apa2 kekuatan


wasalam wrt







No comments:

Post a Comment