Friday 16 March 2012

SUBHANALLAH!


Segala puji bagi Allah yg Maha Pemberi Nikmat
Assalamualaikum ,
PERJALANANKU DALAM MENCARI SINAR >>>>>>>>.KAZAN
4 FEB 2012
Alhamdulillah,kami sume selamat sampai di Kazanski Vokzal,Tartastan,jam 10.16 pagi setelah hampir 12 jam di dalam train.Jaulah kami selama 3 hari diiringi oleh kak fida(6th year),kak nabilah(6th year),kak nadhirah(5th year).kami dibawa oleh pemilik hostel,Kate menuju ke tempat penginapan.Alhamdulillah,walaupun hostel tersebut masih lagi dalam pembinaan,kami dapat tinggal di sana dgn keadaan yang sangat selesa.Dalam pukul 12,kami semua pergi melawat masjid kul sharif,x jauh dari hostel.dalam masjid tu ada museum islam in Russia,galeri islam,and banyak lagi.masjid kul sharif merupakan masjid yang terbesar di eropah!subhanallah!!kami juga diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bersolat dan berhalaqah di dalam masjid tersebut.halaqah pada waktu itu diterajui oleh kak fida dan kak nab.masjid ni siap dibina dan dibuka pada tahun 2005.Diberi nama kul sharif sempena nama salah seorang ulama islam yang pada satu masa dulu cuba mempertahankan islam dan tanah air dpd rusia.namun,beliau syahid dan kazan telah dikalahkan oleh rusia.bagi meraikan kemenangan,rusia telah membina saint basil yang terletak di Moscow.

Setelah hampir 2 jam melawat masjid kul sharif,kami menuju ke Baumana street.kalo kat KL die mcm Petaling Street,kalo kat Moscow mcm Arbat street.kat sane kami berpeluang tuk mkn di sebuah kedai halal,Meat CafĂ©.lepas tu kami berjalan menuju ke masjid Nurullah untuk solat maghrib dan isyak jama’.Disana ,kami bertemu dgn seorang hamba Allah yg zuhud,alim.kami juga dipertemukan dengan seorang doctor(lupe pulak ape nama die).sesudah solat kami dibawa oleh pakcik tadi untuk makan lagi di sebuah restoran halal.,dan kami dibelanja oleh pakcik.Alhamdulillah,byk urusan kami dipermudahkan sepanjang jaulah.contohnya,di sana memang terdapat banyak kedai halal ,masjid,dan orang2 islam kat sini sangat2 peramah sehingga dorang sanggup nk ajak kami yg seramai 14 orang untuk bermalam selama kami di kazan.Namun,permintaan tu ditolak sopan oleh kami atas alasan untuk tidak menyusahkan mereka.

5 FEB 2012
Hari kedua,kami menuju ke gorky park.kat sane kami diberi peluang untuk merasa permainan ski.for the beginners,kami salu j jatuh sbb x dapat nak seimbangkan badan.p Alhamdulillah,lame2 kami dah jadi makin expert(cewahhh).lepas puas berski,kami pergi ke masjid manjani untuk solat zohor dan asar.walaupum masjid tu tidaklah secantik masjid di msia ttpi setiap kali masuk waktu solat,ramai yang datang untuk bersolat jemaah.kadang2 aku sendiri malu dengan dorang.kalo kat msia,banyak masjid yang besar,lawa tapi kurang yang datang untuk solat jemaah same2.astaghfirullah..selepas solat kami diberi ceramah oleh salah seorang jemaah muslimat di situ,tp disebabkan ketidakfahaman kami dalam bahasa tartarstan,(kecuali kak2 senior).,kami hanye mengangguk je ape yang die sampaikan sambil berkata “da da”(betol2).selepas itu,kami bertemu lagi dgn doctor yang telah kami berjumpa di masjid Nurullah pada hari sebelumnya bersama anak pompuan beliau.kali ni,kami dibawa oleh doctor menuju ke sebuah kafe halal yang sangat sedap makanan2nya dan sangat berbaloi hargenye.kat sane aku berpeluang untuk merasa kebab kazan.sangatla sedap,rasenye macam makan roti tempayan di msia.subhanallah!sesudah,kami dibawa lagi menuju ke sebuah university islam yg hanya terdapat di kazan,xde di Moscow.Russia Islamic University.pembelajaran di sane termasuklah ilmu fiqh,hadis,tajwid ,arab,usuluddin,tasawur islam dan banyak lagi.Sebenarnya islam di Rusia lebih jauh berkembang berbanding islam di msia.selepas puas menelaah tentang RIU,kami solat maghrib dan isyak di Masjid Alira’.Di masjid kami bertemu dengan doctor dan anak die,di masjid juga kami berpisah,.sebelum berpisah,kami sempat berkongsi pendapat dan pandangan masing tentang suasana di kazan.kami juga sempat bergambar untuk dijadikan kenangan terakhir.sesudah itu,kami ,.yang diketuai oleh kak fida membeli belah di Tsum Mall.kat sane,makanan kering like biskut,roti lebih mahal kalo nk dibandingkan dengan Moscow.

6 FEB 2012
Hari terakhir kami di kazan,perasaan amat berat untuk kami tinggalkan Bandar tu.pada hari terakhir,kami berkunjung lagi ke masjid kul syarif.,sbb kunjungan pertama kami terase amatlah singkat.kali ni,kami berkunjung lebih lama.setelah itu,kami MAKAN lagi,di chak-chak kafe.kalo di Moscow,kafe ni like livan house,kalo kat msia mcm chicken rice shop.ape yang mngejutkan kami,harga makanan kat kafe tu amatla murah!ye,murah sangat.kalo 4 menu,harga die x sampai 150 rub/rm 15.lepas tu,kami brkunjung ke busana muslimah.disana ade dijual baju2 pengantin,tudung,baju muslimah,souvenier pun ade.akhir skali,sblm berangkat ke stesen kereta api,kami singgah lagi ke kafe untuk ?paham2 jela.kami bertolak pulang ke gagang(Moscow) pada jam 5.40 petang.


Itulah perjalananku dan kawan2 dalam mencari reda Allah.Alhamdulillah,ukhuwah antara kami semakin kukuh di bawah keberkatan Allah swt,iA.suasana di Kazan telah banyak membuka mata kami untuk mensyukuri nikmat Allah dan merenungi kebesaran Allah swt.Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah! =D
kat bawah ni ada sedikit kenangan dari KAZAN :)
subhanallah!

dihadapan masjid kul sharif
the most biggest Al-quran(800 kg)
musa jalil

sayembika tower
                                                              

No comments:

Post a Comment