Monday 1 July 2013

sabar itu jihad!

bukan senang nak bersabar

makin kuat ujian,makin kuat lagi mujahadah untuk kita bersabar.tapi itulah aturan hukum Allah

sebab itu Allah jadikan dunia ini hanya sementara.akhirat selamanya
di dunia,manusia ditimpa pelbagai ujian untuk diuji tahap kesabaran.bila kita mampu bersabar,itu membuktikan kita mampu untuk bermujahadah dengan iman.

dan ujian itu hanyalah sementara,manakala ganjaran di sebalik ujian tu kekal,unlimited di akhirat sana.jadi amatlah rugi kalau kita sendiri tidak mampu bersabar untuk yang sementara demi mendapat kebaikan yang kekal dan sempurna.Allahualam


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat;dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."(al-baqarah:45)

"Adakah kamu mnyangka kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar."(al-imran:142)

"..Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."(al-imran:146)

No comments:

Post a Comment