Monday 23 July 2012

Sebaik-baik make-up

Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah..hari ni berbuka ngn family lagi untuk hari yg ke 3 ramadhan.tapi kali ni x nak cakap pasal berbuka.,cume nak cakap tentang 1 topik yang agak menarik,especially untuk akhowat(wanita).

kalau kita tengok zaman sekarang ni kan,ramai antara golongan wanita yang pentingkan kecantikan.ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu semata-mata untuk kelihatan cantik.bukan setakat wanita,lelaki pun same..sekarang,siap ada jualan produk kecantikan untuk lelaki lagi !hai..dunia2..

lepas tu bila dah nampak cantik,ala-ala miss universe..mulalah nak tinggikan hidung,bangga dengan diri sendiri.bila perasaan bangga mambara dalam diri,Allah pun x nak pandang.

tapi,kalau setakat cantik luaran je,xde guna..sbb kecantikan tu x kan dapat dibawa ke kubur pun.x kan dapat beri kita pertolongan di akhirat nanti..

so sekarang,jom kita tengok dan baca dan amalkan make up yang dapat mencantikkan kita secara rohani dan jasmani .make up ni dapat membawa kita sampai ke akhirat sana tau. ! jgn men2..

untuk muka -->wudhuk yang sempurna

untuk bibir-->zikrullah

untuk mata-->menundukkan pandangan

untuk suara-->alunkan Kalamullah

untuk tangan-->sedekah yang ikhlas,bukan untuk menunjuk-nunjuk

untuk sihat -->solat
solat ni ,kalau nak tahu..adalah senaman yang paling baik and perfect !bacaan  dalam solat leh bagi effect yang positif untuk psychology level

untuk hati-->taqwa kepada Allah

Subhanallah !ni je yang perlu dibuat.xyah susah2 nak keluarkan beribu2 untuk nampak cantik..x percaya?cubela,.tapi yang penting,segala apa yang kita buat,yakinlah kepada Dia sepenuh hati.hebatnya Allah,Dia Maha Mengetahui segala isi hati

"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi,dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati."[64:4]


ingatlah,Allah tu tahu apa yang ada dalam hati kita dan segala perbuatan kita.so,bila kita berbuat sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT semata-mata,pasti Allah akan tolong.

semoga bermanfaat..barakallahualaikum

1 comment:

  1. Make-up ni utk laki boleh gak kn? XD Insya-Allah adik amalkan..Ma kasih Kak Huda :-D

    ReplyDelete