Sunday 21 April 2013

perang badar

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (al-anfal:2)


Assalamualaikum.
baru lepas tengok Umar Series ,dan paling tertarik kat part waktu tercetusnya perang badar.menarik sebenarnya perang ni,sangat menarik!nak tahu,jom baca lagi...

perang ni berlaku pada 7 Ramadhan 2H (17 Mac 624 M) di antara Mekkah dan Madinah dan merupakan perang pertama dalam islam

Kerisauan Rasulullah SAW

kenapa?

  • Baginda baru sahaja 2 tahun di Madinah
  • jumlah para sahabat ansar juga lemah
tujuan
Pada mulanya,Rasulullah dan para sahabat hanya mencegah  kafilah dagang Abu Sufyan yang dipercayai menggunakan harta kaum muslimin di Makkah sewaktu mereka berdagang ke Madinah.

keadaan ini mengundang rasa tidak puas hati dalam diri Rasulullah SAW,lalu Baginda SAW bertindak untuk mencegah kafilah tersebut dan menuntut hak mereka.

Dhamdham dihantar ke Makkah untuk memohon bantuan dpd Abu Jahal.lalu Abu Jahal bangkit membawa seramai 1000 tentera dan bout 100 pasukan berkuda.

keadaan ini membuatkan Rasulullah menjadi risau kerana waktu tu tentera mukimin hanyalah 313 orang,2ekor kuda,70 unta dan mereka tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap seperti baju besi,topi.

salah seorang daripada tentera ansar,Miqdad berkata kepada Rasulullah SAW:
"Wahai Rasulullah SAW,laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu,demi Allah kami sentiasa bersamamu.Kami takkan berbicara sepertimana perkataan bani israel terhadap Nabi Musa as ,"pergilah kamu bersama Rabbmu dan berperanglah kamu berdua,kami semua hanya duduk di sini sahaja (Miqdad membacakan surah al-Maidah:24).akan tetapi  kami berkata,pergilah kau bersama Rabbmu dan berperanglah kamu berdua,sesungguhnya kami menyertai kamu."

mendengarkan pengakuan dari Miqdad,Rasulullah kembali ceria dan bersemangat

sewaktu perperangan tercetus,tentera mukmin telah dibantu dengan 1000 malaikat yang diturunkan Allah,seperti yang dinyatakan dalam surah al-anfal.

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Dia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Anfal:9-10)


Daripada 1000,berpecah kepada 2 kumpulan :kanan dan kiri
bahagian kanan diketuai oleh Malaikat Jibril as manakala bahagian kiri diketuai oleh Malaikat Mikail as.
jibril as juga diriwayatkan menunggang kudanya yang bernama Haizum.dalam peperangan tersebut,tentra mukmin sebenarnya sedar akan kehadiran dari tentera misteri yang tidak dikenali namun akibat sibuk melawan musuh,mereka mendiamkan diri.

Melalui pertolongan dari Allah,akhirnya tentera mukmin menang walaupun hanya dengan 313 orang.Abu Jahal,musuh utama Rasulullah SAW antara yang terbunuh.Kemenangan tentera Rasulullah SAW menandakan kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab.

so daripada kisah perang ni sendiri banyak pengajaran yang kita dapat ambil .antaranya .,

  • yakinlah dengan pertolongan Allah jika kita di jalan yang benar dan di jalan agama Allah.jika kita menolong agama Allah,Allah pasti akan menolong kita
  • jangan mudah berputus asa dengan kekurangan yang dimiliki,kerana Allah hanya memandang hati yang sentiasa bergantung kepadaNya
  • semangat juang yang tinggi perlu dalam menghasilkan natijah yang excellent!

No comments:

Post a Comment