Monday 6 August 2012

hati membatu?

Alhamdulillah,kita dah masuk hari ke18 ramadhan..semoga hari2 kita yg lalu dan akan datang diisi dengan ibadah dan istiqamah keranaNya insyaAllah.bila diri terasa jauh dengan Sang Pencipta,segeralah muhasabah diri dan renovate hati..

hati?
bila sebut tentang hati..banyak persoalan yang boleh dikemukakan.and insyaAllah kali ni kita mengenal tanda2 hati yang dah membatu..
semoga bermanfaat..

  • bila diri terasa malas dan tidak serius untuk beribadah dan melakukan kebajikan.contoh,sengaja melewatkan solat,ibadah sunat ditinggalkan,dosa pahala dipandang ringan.
firman Allah;
"Dan mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan rasa malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka,melainkan dengan rasa enggan."[At-Taubah:54]
  • Apabila dibacakan ayat2 Kalamullah berkenaan janji dan ancaman Allah,hatinya tidak berasa gerun dan khusyuk malah dia merasa tidak senang hati apabila diperdengarkan alunan mutiara kata Allah SWT

  • terlampau taksub dengan duniawi yg hanya sementara sehingga melupakan akhirat yang kekal abadi.segala ibadah,sedekah,cinta,benci hanya untuk dunia!bukan kerana Allah..ketahuilah,orang yg sebegini amatlah rugi seruginya


  • kurang mengagungkan Allah sehingga kekuatan iman menjadi lemah.bila ada yang mencaci tentang islam,dia buat 'dunno' je

  • tidak belajar dengan perkara yang dapat memberi pengajaran.contoh,bila ada kematian..dia hanya menganggap tu hanya perkara biasa,hanya lumrah alam.padahal cukupla kematian sebagai nasihat dalam membentuk mujahid/ah sebagai pemenang di dunia,juara dia akhirat
firman Allah:
"Dan mereka (orang-orang munafik) memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau 2 kali setiap tahun kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran ?[At-Taubah:126]

Wallahualam..
hati-hati dengan hati..tersilap langkah ,hati itu akan mengheret kita ke lembah maksiat,dan yang paling teruk..hati itu juga akan menghumbankan kita ke dalam neraka ! nauzubillah

di dalam hati,letaknya hawa nafsu.dalam hawa nafsu,ada yang menyeru ke arah kebaikan,ada juga yang menyeru ke arah keburukan

sahabat,as a Muslim..we have been given a guide(AQ) ,so please don't misuse(buat perhiasan) that guide.selagi masih ada peluang,hayatilah mutiara kata Allah.insyaAllah hati akan tenang dan automatically renovated lebih2 lg dalam bulan barakah ni :)

barakallahufikum..

No comments:

Post a Comment