Saturday 16 June 2012

istiqaMah

sebelum tu,jom kita lafazkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ke atas keluarga baginda :)

istiqamah...satu perkataan yang senang disebut,tapi untuk menjalankan erti istiqamah amat berat.ISTIQAMAH..

Semenjak diri ini bertapak di rusia,pelbagai cabaran dan dugaan yang menimpa and semua itu menjadikan diri ini matang dan hanya bergantung kepada Allah dan kawan2 memandangkan parents tiada di sisi.sepanjang hampir 10 bulan aku mengikuti program usrah and sedikit sebanyak program tu membawa ku ke landasan yang baru di mana disitu aku temui diriku yang baru

namun,hati ini bimbang..tatkala diri ini pulang ke tanah air..tatkala diri ini kembali ke pangkuan parents yang sentiasa dirindui.tatkala hati ini dihibur oleh gelak ketawa kawan2 dan saudara di msia.tatkala diri ini mendapat kesenangan..mendapat kemewahan .Aku takut hati ini akan menjadi lalai,hati ini akan menjadi lemah dek godaan dunia.Aku takut hati ini akan kembali ke jalan yang lama.ya, ke jalan yang mana ketika itu diri ini terlalu jahil dalam mengenal tarbiyah Pencipta.Ya Allah,kuatkanlah hati ini!teguhkanlah iman hati hamba2Mu yang sedang bertatih mencari redaMu !

istiqamah..itulah yang perlu aku dan kita semua lakukan.Allah SWT telah beri hidayah buat hamba2Nya yang terpilih termasuklah kita.Hidayah itu akan menjamin hala tuju kita di alam kekal.Bukan senang nak dapat hidayah.bila dah dapat,grab betol2,genggam kuat2.

sepanjang 2 bulan pulang bercuti ke tanah air..aku harap diri ini dan sahabat2 seperjuangan mampu untuk istiqamah dalam menjalankan ibadah.Mungkin akan berlaku sedikit kecacatan dalam istiqamah nanti..jika di moscow kita gunakan masa lapang untuk 'berdating' dengan Allah ,di msia mungkin masa itu akan digunakan untuk enjoy dengan kgkawan,lepak2..


istiqamah itu jihad,  jihad fi sabilillah..
jomla kita renungkan mesej dari Allah ni..

"Sesungguhnya  orang2 yang beriman,dan orang2 yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang."[2:218]

Dalam ayat ni,istiqamah tu boleh dikatakan sebagai salah satu jihad,jihad dalam melawan hawa nafsu..jihad dalam melakukan kebaikan hanya kerana Allah semata2,bukan untuk mengharapkan junjungan dan pujian daripada manusia..tu sume  x akan jamin kita happy di alam sana nanti.

Ya Allah,pimpinlah kami..kuatkan hati kami dalam berjihad di jalanMu,kuatkan iman kami dalam menghadapi ujianMu,kuatkan tubuh kami dalam beribadah kepadaMu,jauhkan diri kami dari kemurkaanMu dan kumpulkan kami nanti di antara golongan yang dikasihiMu.amin,.amin,.amin

No comments:

Post a Comment